11 Contoh Ucapan Hari Lahir Untuk Ibu Tercinta

Ucapan hari lahir untuk ibu kadang-kadang payah untuk di ucapkan oleh mulut. Jadi kami kongsikan dengan anda senarai ucapan hari lahir dan juga kad untuk anda bagi secara whatsapp atau mana-mana media sosial.

Ibu, emak, mama, ummi, dan sebagainya merupakan antara gelaran yang sering dipanggil oleh seorang anak kepada ibunya.

Ayah marah dekat kita, mesti ibu lindungi kita, pujuk ayah supaya jangan marah anak tu sangat kan. Memang dimana ada ayah tengah memarahi anak, akan ada seorang ibu untuk mententeramkan keadaan.

Apapun jom kita tengok contoh ucapan hari lahir untuk ibu tercinta.

Ucapan Hari Lahir Untuk Ibu Tercinta

Berikut beberapa contoh ucapan hari lahir untuk ibu. Anda boleh guna dan edit mana patut dan bagi dekat emak atau mak mertua atau mak sedara anda ye.

Selamat hari lahir Emak
Selamat hari lahir Mak, semoga dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yg baik, dimurahkan rezeki selalu, diberikan kebahagian dunia dan akhirat..Aamiin
Syukur Alhamdulillah, terima kasih juga jadi Mak yang terbaik untuk kami

Semoga Allah merahmati & melindungi Mak sentiasa, diberi kesihatan yg sempurna, panjang umur, murah rezeki, dipermudahkan segala urusan, bahagia selalu dismping ank2 trsyg & diberkati Ilahi dunia & akhirat..Aamiin yra
SELAMAT HARI LAHIR IBUNDA KU TERCINTA

Untuk mak Tersayang..

Tiada ucapan yang paling indah melainkan DOA yg sentiasa mengiringi setiap perjalanan Mak.
Selamat Hari Lahir Mak
Semoga dipanjangkan umur , diberi kesihatan yg baik , dimurahkan rezeki , diberi kekuatan untuk hari-hari seterusnya dan sentiasa dibawah Lindungan Allah S.W.T
‎اَللهُمَّ اغْفِرْلِىْ ذُنُوْبِىْ وَلِوَالِدَىَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِىْ صَغِيْرًا
YA ALLAH ENGKAU PANJANGKAN UMUR IBU KU,KAU KASIHILAH DIA SEPERTIMANA DIA MENGASIHANI KU SERTA MENJAGA SEMASA AKU MASIH KECIL…AAMIIN YRA
SELAMAT HARI LAHIR

Baca Juga  Senarai Penuh Menteri Kabinet Kerajaan Perpaduan

Selamat Hari Lahir Mak…
Tidak ada nikmat yg paling indah selain dipanjangkan umur dan diberkati usia serta dilimpahi rezeki oleh Allah SWT..
Semoga diberikan kesihatan yang baik dan sentiasa berada didalam lindungan Nya..
Aamin2 YRA

Selamat Hari Lahir Mak.
Mak saya yang cantik.
Mak saya yang baik.
Mak saya yang kuat & tabah.
Mak saya yang sihat.
Segalanya yang baik-baik hanya untuk Mak.
Selamat Hari Lahir Mak. Semoga Mak dimurahkan rezeki, dipanjangkan ibadah & dipermudahkan segala urusan. We luv you infinity moon & back.

Selamat Hari Lahir Mak! Moga selamat sejahtera Mak di dunia akhirat, dimurahkan rezki, dipermudah urusan, dikurniakan kesihatan yang baik, diberkati dan terus menerus dalam ibadah kepadaNya…
Terima kasih Mak atas segala penat lelah dan pengorbanan Mak, mengandungkan, melahirkan, membesarkan dan mendidik kami anak-anak Mak.
Sungguh, tidak dapat kami balas jasa dan kasih sayang Mak. Setitis peluh, sehela nafas mak, setitis darah mak ketika melahirkan kami itu pun tak dapat kami balas.. moga berbahagialah Mak sentiasa dan moga Allah merahmati Mak selama-lamanya hingga ke syurga…
Ya Allah, ampunilah dosa kami dan dosa kedua ibu bapa kami, dan rahmatilah mereka sepertimana mereka mengasihani kami ketika kami kecil… Aamiin ya Rabb.
Kami sayang Mak! Ya Allah, peliharalah fitrah kasih sayang ini…. Aamiin

Hari ni nak buat ucapan istimewa Selamat Hari Lahir buat emak, moga mak sihat selalu, dipermudahkan segala urusan, bahagia dunia dan akhirat.
Sesungguhnya mak insan yang sangat istimewa buat akak, akak bersyukur dikurniakan seorang mak yang sentiasa sabar dan tabah dalam setiap ujian yang Allah kirimkan.
Akak sayang mak dunia dan akhirat

Selamat hari lahir buat SYURGA ku
Emak ku tersayang yg senantiasa syantiq
Di hari lahir emak adik doakan smoga Allah berikan kesihatan yg baik slalu buat emak
Allah berikan kesembuhan dan hindarkan segala penyakit dr tubuh badan emak
Allah kurniakan rezki yg berpanjangan seperti mengalir nya air zam2
Dan smoga Emak senantiasa happy bersama family kite yg tersayang
Aamiin2 ya rabbal alamin

Baca Juga  Cara Membeli Bitcoin (BTC) di Malaysia

Mungkin ada masanya diri ini pernah melukai hatimu.
Mungkin juga ada masanya diri ini pernah membuatmu terasa.
Pasti ada juga detik air matamu berguguran disebabkan oleh diri ini.
Ampuni salah silap diri ini terhadapmu, mak.
Sungguh, hanya kini diri ini menyedari betapa pentingnya mak disisi. Selamat hari lahir mak

Ucapan Hari Lahir Untuk Mak Mertua

Untuk Mak Mertua Puan Sarimah
Tiada Ucapan Yg Paling Indah Melainkan Doa Yg Sentiasa Mengiringi Setiap Perjalanan Mak..
Selamat Hari Lahir Mak..
Semoga Di Panjangkan Umur, Di Berikan Kesihatan Yg Baik, Di Murahkan Rezeki , Di Beri Kekuatan Utk Hari2 Seterusnya untuk terus beramal soleh Dan Sentiasa Di Bawah Lindungan Allah S.w.t Amiin Amiin..

SeLaMaT HaRi LaHiR BuAt mak mertuaku
Tiada susunan ayat yang istimewa dari menantu mak ni hanya ucapan dan doa ringkas yang mampu diucapkan…
SELAMAT HARI LAHIR. Semoga Allah melindungi setiap langkah mak,moga diberikan kesihatan yang baik,di panjangkan umur,murah rezeki,di berikan kebahagiaan dunia dan akhirat & serap semua kebaikan yang ada di dunia ini…Aamiin

Ucapan Hari Lahir Dalam Islam Untuk Ibu

  1. “Assalamualaikum, ibu tersayang. Selamat hari lahir! Semoga Allah SWT sentiasa melindungi dan merahmati ibu dengan kesihatan, kebahagiaan, dan ketenangan. Terima kasih atas segala pengorbanan dan kasih sayang yang tidak ternilai. Doa anakanda agar ibu diberkati dengan umur yang panjang dan penuh keberkatan. Ameen.”
  2. “Barakallah fii umrik, ibu! Pada hari istimewa ini, anakanda berdoa agar Allah melimpahkan rahmat-Nya ke atas ibu. Semoga setiap langkah ibu diberkati dan segala urusan dipermudahkan. Terima kasih kerana menjadi ibu yang terbaik, sentiasa memberi kasih sayang dan tunjuk ajar. Semoga ibu sentiasa berada dalam lindungan-Nya. Ameen.”
  3. “Selamat hari lahir, ibu tercinta. Alhamdulillah, Allah telah memanjangkan usia ibu hingga ke hari ini. Doa anakanda agar ibu sentiasa diberi kekuatan, kesihatan, dan kebahagiaan. Semoga ibu terus menjadi sumber inspirasi dan kekuatan bagi keluarga kita. Semoga Allah memberkati setiap detik kehidupan ibu. Ameen, ya Rabbal ‘Alamin.”
  4. “Ibu yang dikasihi, selamat hari lahir. Anakanda bersyukur kerana dikurniakan ibu yang penuh kasih sayang dan dedikasi. Semoga Allah memberikan ibu umur yang panjang, rezeki yang berkat, dan iman yang teguh. Anakanda doakan agar ibu sentiasa dilimpahi rahmat dan kebaikan di dunia dan akhirat. Barakallah fi umrik, ibu.”
  5. “Assalamualaikum, ibu tersayang. Selamat menyambut hari lahir! Semoga Allah SWT sentiasa memelihara ibu dengan kesihatan yang baik dan ketenangan jiwa. Doa anakanda agar ibu sentiasa dikelilingi dengan cinta dan kasih sayang dari keluarga. Terima kasih atas segala yang ibu lakukan untuk kita. Semoga Allah membalas dengan ganjaran yang terbaik. Ameen.”
Baca Juga  Nombor Customer Service AKPK Hotline Number

Ucapan-ucapan ini penuh dengan doa dan harapan baik untuk ibu tercinta, menunjukkan penghargaan dan kasih sayang yang mendalam dalam bingkai nilai-nilai Islam.

Kad Happy Birthday Wishes Untuk Emak

Ucapan Hari Lahir Untuk Ibu
ucapan selamat hari jadi emak
contoh ucapan selamat hari jadi ibu
contoh ucapan selamat hari jadi mak
kad ucapan selamat hari jadi ibu

Gambar ucapan hari jadi untuk emak ni dikreditkan kepada: CANVA

Baca juga

Leave a Comment

error: Content is protected !!