Contoh Ucapan Hari Lahir Untuk Isteri Tersayang

Hari lahir perempuan ni sangat penting. Siap sedia ucapan hari lahir untuk isteri siap-siap. Lelaki kalau tak ingat hari jadi diorang ni boleh perang dunia dibuatnya. Maklumlah setahun hanya sekali.

Kalau setiap hari lahir diorang tu sediakanlah sejambak bunga, bawak pergi makan dekat kedai yang menarik, candle light dinner ke. Hanya kamu dan si dia. Mesti menambahkan lagi kasih sayang antara suami isteri kan. Sambil tu selitkan sekali pantun cinta untuk isteri tu dalam kad dengan bunga tadi tu.

Jangan lupa pula Hadiah Buat Isteri Tersayang bagi mengembirakan si isteri di hari lahirnya.

Hadiahkan ini untuk si dia yang bakal membuatnya semakin sayang pada anda.

Ucapan Hari jadi Untuk Isteri

Anak-anak minta la emak ayah jaga kejap. Setahun sekali je apa salahnya kan. Bukan hari-hari. Sambil susuli dengan hadiah untuk mereka, apakata selitkan sekali beberapa ucapan yang boleh mencairkan mereka. Ni nak kongsi beberapa contoh ucapan hari lahir buat isteri tersayang.

Koleksi Ucapan Hari Lahir Untuk Isteri

1. Ucapan hari lahir untuk isteri tersayang. Semoga dimurahkan rezeki dipanjangkan umur semoga dipermudahkan segala urusan aamiin. Untuk isteri tersayang. Semoga dengan bertambahnya usia, menjadikan insan yang mulia, sentiasa disayangi allah dan menyayangi allah, semakin barakah umurmu, pahala bertambah dan segala urusan dipermudahkan, semoga allah selalu ada, selalu menjaga dan melindungi dirimu dan insyaallah dengan izinnya dapat kurniakan kita zuriat yang soleh dan solehah aamiin. Selamat hari lahir buat isteriku yang tercinta.

ucapan happy birthday untuk isteri

2. SELAMAT HARI LAHIR untuk isteriku tersayang. Semoga dipanjangkan umur di limpahkan rezeki dan di permudahkan segala urusan didunia dan di akhirat. Semoga dengan bertambahnya usia menjadikan insan yang sentiasa disayangi Allah. Semoga Allah selalu ada menjaga dan melindungi dirimu, amin. Tiada susunan ayat yang istimewa untukmu sayang hanya ucapan dan doa. SELAMAT HARI LAHIR ISTERI KU TERSAYANG. Jadi isteri yang solehah ya.

3. SELAMAT HARI LAHIR ISTERIKU. Tiada susunan ayat yang istimewa untuk mu. Hanya ucapan ringkas yang mampu dilakarkan. Buat isteri tersayang, semoga Allah lindungi setiap langkah mu, semoga diberi kesihatan yang sentiasa sihat, dipanjangkan umur dilimpahkan rezeki, jadi isteri yang baik dan solehah, jadi ibu yang sempurna didunia dan akhirat. Aamiin. I luv you so muchhh. Semoga sentiasa sihat dan tabah menghadapi ragam Suamimu.

Baca Juga  Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Tadbir N19

4. SELAMAT HARI LAHIR ISTERIKU. Semoga panjang umur, dilimpahkan rezeki sentiasa dalam redha, rahmat dan lindungan Allah swt. Tiada kata-kata dan ayat yang mampu untuk lafazkan kepadamu wahai sayangku melainkan ucapan Selamat Hari lahir untuk mu yang sangat dicintai. Terima kasih sebab sudi memahami hati dan perangai suami mu ini. Kekasih satu dalam sejuta. I love You so much. Happy Birthday again. Selamat hari jadi isteri ku yg tercinta. Terima kasih untuk segalanya ..Terima kasih juga menjadi isteri dan ibu yg terbaik untuk suami dn anak mu.

Ucapan Hari Lahir Untuk Isteri

5. Happy Birthday To My Wife Ucapan Birthday untuk isteri tersayang. Tiada kata kata ayat istimewa hanya ucapan ringkas yang mampu dilakarkan buat kenangan SELAMAT HARI LAHIR untuk isteriku tercinta. Terima Kasih Ya Allah dan Alhamdulillah, syukur masih diberi kesempatan & peluang hingga ke usia ini. Semoga Allah melindungi merahmati setiap langkahmu sayang. Semoga diberikan kesihatan yang baik… dipanjangkan usia untuk beribadah dimurahkan rezeki & diberikan kebahagian bersama keluarga tersayang dan keluarga kita. Dipermudahkan segala urusan di dunia & akhirat .. Aaminn

6. UCAPAN HARI LAHIR UNTUK ISTERI TERSAYANG. Tiada kata Yang istimewa, tiada hadiah yg mampu abg berikn hanya ucapan dan DOA sahaja yang akan senantiasa mengiringiMU sayang. Semoga dihari ulang tahun kelahiran hr ini, Allah S.W.T akn sentiasa memberikan hidayah, rezeki, kesihatan yang baik dan dipanjangkan usia, lindungilah,peliharalah Dan pagari Hatinya Daripada bisikan nafsu Dan Syaitan Yaa Allah. SELAMAT HARI LAHIR ISTERIKU. Semoga bahagia selalu dunia & akhirat…LOVE U SAYANG

ucapan selamat hari lahir isteri

7. Selamat ulang tahun isteriku! Di usia barumu kini, tetaplah kau menjadi suri terbaik untuk ku dan keluarga kecil kita . Inysaallah! Kaulah yang membawa begitu banyak warna2 rasa dalam hidup ini. Semoga semua impianmu akan segera menjadi realiti. Semoga kesihatanmu diberi kesembuhan jua. Semoga Allah SWT. mengizinkan kita sekeluarga bersama di syurga abadi. Aamiin. Happy Birthday Sayang

8. Wahai isteriku. Terima kasih kerana menjadi isteri terbaik buat diriku, Terima kasih kerana banyak bersabar, Berkorban masa, tenaga,wang ringgit, Semoga kita semakin tabah, Mengharungi Cabaran & ujian mendatang. Terima kasih selalu membantu suamimu ,Dirimu adalah Hadiah terindah dalam hidupku, Terima kasih kerana selalu mencintaiku dalam suka & duka. Semoga الله swt melindungi, merahmati, Juga diberikan kesihatan yg baik, dipanjangkan usia ,dimurahkan rezeki & diberikan kebahagiaan dunia & akhirat. May الله bless you. Di permudahkan segala urusan di dunia dan akhirat jugak. Aamiin Aamiin AamiinYa Rabbal Alamin

Ucapan Hari Lahir dalam Islam untuk Isteri Tercinta

  1. “Assalamualaikum, sayangku. Selamat hari lahir! Semoga Allah SWT sentiasa melindungi dan memberkati hidupmu. Terima kasih kerana menjadi isteri yang penyayang dan teman hidup yang setia. Doaku agar Allah melimpahkan rahmat, kebahagiaan, dan kesihatan yang baik untukmu. Semoga kita terus bersama dalam cinta dan iman hingga ke syurga. Ameen.”
  2. “Barakallah fii umrik, isteriku tercinta. Pada hari istimewa ini, aku berdoa agar Allah sentiasa memberikan yang terbaik untukmu. Semoga kau sentiasa diberkati dengan kesihatan yang baik, kebahagiaan yang berpanjangan, dan kasih sayang yang melimpah. Terima kasih kerana menjadi pelengkap dalam hidupku. Semoga Allah merahmati rumah tangga kita dengan cinta dan sakinah. Ameen.”
  3. “Selamat hari lahir, sayangku. Alhamdulillah, Allah telah memberikan umur yang panjang dan penuh keberkatan kepadamu. Doaku agar setiap langkahmu dilimpahi rahmat dan rezeki yang berkat. Terima kasih kerana menjadi isteri yang sentiasa memahami dan menyokongku. Semoga Allah terus memelihara kita dalam rahmat dan kasih sayang-Nya. Ameen.”
  4. “Isteriku yang dikasihi, selamat hari lahir. Semoga Allah SWT memberkati usiamu dengan kesihatan, kebahagiaan, dan kedamaian. Terima kasih atas segala pengorbanan dan cinta yang kau berikan untuk keluarga kita. Doaku agar Allah sentiasa melindungimu dan mengurniakan rezeki yang berkat serta kehidupan yang tenang. Barakallah fi umrik, sayang.”
  5. “Assalamualaikum, cintaku. Selamat menyambut hari lahir! Semoga Allah sentiasa merahmati setiap langkahmu dan memberikan kebahagiaan yang tidak terhingga. Terima kasih kerana menjadi isteri yang setia, penyayang, dan penuh pengertian. Doa dan harapanku agar kita terus bersama dalam cinta dan keimanan, kini dan selamanya. Ameen.”
Baca Juga  4 Kelebihan Air Fryer

Ucapan-ucapan ini menggambarkan kasih sayang yang mendalam dan penghargaan terhadap isteri, sambil mengandungi doa-doa yang baik dalam bingkai Islam.

ucapan selamat hari lahir untuk isteri

Cukuplah tu kot. Ada 8 kesemuanya dan 5 ucapan hari lahir dalam Islam. Bolehla buat isteri jadi cair dengan ucapan-ucapan tu. Kalau nak post ke media sosial, tambahla ikon sikit-sikit. Ikon luv, ikon kiss dan sebagainya bagi menambahkan lagi kesweetan ucapan anda.

Baca juga:

Leave a Comment

error: Content is protected !!