Hari lahir ni sambut setahun sekali. Bagi pasangan yang baru berkahwin tentulah nak sambut dengan romantik dengan suami. Ditambah pula dengan ucapan hari lahir untuk suami tercinta yang sweet-sweet kan. Sambil tu selitkan sekali pantun cinta untuk sang suami.
Haa ni saya ada kongsikan beberapa contoh ucapan hari lahir yang nescaya akan membuat suamimu romantik walau hanya setahun sekali.
Jangan lupa pula hadiah untuk suami bagi menambahkan lagi rasa cina dan sayangnya pada sang isteri.
Koleksi Ucapan Hari Lahir Untuk Suami
Berikut merupakan antara ucapan hari lahir buat suami
- “Sanah Helwah buatmu suamiku yang tersayang, semoga dalam kehidupan sehari-hari bersamamu kau dianugerahkan kesihatan yang terbaik, dimudahkan segala urusan dan diberikan kebahagiaan berpanjangan.”
Kredit Gambar: Canva
- “Untuk SUAMI Tersayang. Tiada ucapan yang paling indah melainkan DOA yang sentiasa mengiringi setiap perjalananmu. Selamat Hari Lahir suamiku, Semoga dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik , dimurahkan rezeki, diberi kekuatan untuk hari-hari seterusnya dan sentiasa dibawah Lindungan Allah S.W.T. SELAMAT HARI LAHIR SUAMIKU”
- “SELAMAT HARI JADI SUAMIKU TERCINTA
Semoga di hari yang bahagia ini,Allah s.w.t sentiasa memberikan taufik,rahmat,barakah juga lindungan kesihatan,hidayah dan redhaNYA. Semoga dipanjangkan umur,dilimpahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan dunian dan akhirat.”
- “Semoga dengan dipertambahkan usia,dijadikan insan yang mulia, sentiasa disayangi Allah dan menyayangi Allah.”
- “Ya Allah, panjangkanlah usianya, lindungilah dia dari sesuatu yg buruk berlaku kepadanya, permudahkanlah segala urusannya sepanjang dia keluar mencari rezeki buat keluarga kami, berkatilah rezeki yang diperolehnya dengan rahmatmu. Kau bantulah dia,permudahkan urusannya agar tercapai segala cita-citanya. Limpahkanlah ampunanMu kepada suamiku ya Allah, seperti dia selalu memaafkan kesalahan dan kekuranganku. Semoga segala kebaikannya di dunia dan setiap titik peluh keringat yang keluar di balas pahala serta syurga buatnya”. Ucapan Hari Lahir untuk SUAMI TERSAYANG
Artikel Menarik di Contoh.my
- Tiada susunan ayat yang istimewa dari Isterimu ini, Hanya ucapan ringkas yang mampu dilakarkan SELAMAT HARI LAHIR SUAMIKU. Semoga sentiasa dilindungi dan dirahmati الله swt. Juga diberikan kesihatan yg baik, dipanjangkan usia, diperluaskan rezeki & diberikan kebahagiaan dunia & akhirat. Di permudahkan segala urusan di dunia dan akhirat serta lebih berkat. Love U So Much.
- Alhamdulillah. Barakallah Fii Umrik. Tiada kata Yang istimewa, hanya ucapan dan DOA yang akan sntiasa mengiringiMU Suamiku. Semoga dihari ulang tahun kelahiran hr ini, Allah S.W.T akn sentiasa memberikan hidayah, rezeki, kesihatan yang baik dan dipanjangkan usia. Allahumma Ya Hafiz Ya Muhaimin. Lindungilah, peliharalah Dan pagari Hatinya Daripada bisikan nafsu Dan Syaitan Yaa Allah. SELAMAT HARI LAHIR SUAMIKU
- Ya rabb, panjangkanlah usianya, lindungilah dia dari sesuatu yang buruk berlaku kepadanya, permudahkanlah segala urusannya sepanjang dia keluar mencari rezeki buat keluarga kecil kami, berkatilah rezeki yg diperolehnya dengan rahmatmu Ya Allah
Limpahkanlah ampunanMu kepada suamiku ya Allah, seperti dia selalu memaafkan kesalahan dan kekuranganku. Semoga segala kebaikannya di dunia dan setiap titik peluh keringat yang keluar di balas pahala serta syurga buatnya.
- Ya Allah,panjangkanlah usianya, berikanlah jesembuhan,sihatkanlah dia,permudahkanlah segala urusannya,berkatilah rezeki dan usia yang diperolehnya dengan rahmatmu Ya Allah. Limpahkanlah ampunanMu kepada suamiku ya Allah,seperti dia selalu memaafkan kesalahan dan kekuranganku.
- Untuk lelaki, hubby dan ayah yang paling kacak di dunia ini, wahai suami ku yang dikasihi ku ucapkan selamat hari lahir untukmu dan ketahuilah aku selalu ada di sini untukmu sayangku.
- Selamat ulang tahun, Imamku. Tidak ada yang mampu kupanjatkan selain kebahagiaan untukmu. Semoga kamu sihat selalu agar kita berdua dapat membawa bahtera rumah tangga ini sampai syurga.
Bagi yang ada suami beserta anak-anak sesuai pakai ucapan ini. Sebab ada ucapan hari lahir untuk suami dan juga sebagai bapa anak-anak.
- Selamat Hari Lahir sayang
Tiada susunan ayat yang istimewa hanya ucapan & doa ringkas yang mampu dilakarkan untuk your birthday. Semoga Allah sentiasa Melindungi setiap langkahmu dan Memanjangkan Usiamu, Memudahkan segala Urusanmu ,Melimpahkan Rezeki yg Luas Buatmu sayang dan bahagia dunia & akhirat. Terima kasih sayang sbb menjadi suami & abah yang baik serta penyayang utk ayg dan anak-anak. Terima kasih jugak atas setiap pengorbanan titik peluh keringat sayang selama nie menyara dan menjaga kami. Semoga kebahagiaan yg kita nikmati bersama akan berkekalan hingga ke syurga. Aminnnn
Ucapan Hari Lahir dalam Islam untuk Suami Tersayang
- “Assalamualaikum, suamiku tersayang. Selamat hari lahir! Semoga Allah SWT sentiasa memberkati hidupmu dengan kebahagiaan, kesihatan yang baik, dan rezeki yang melimpah. Terima kasih kerana menjadi suami yang penyayang dan pelindung keluarga kita. Doaku agar kita sentiasa dilimpahi kasih sayang dan rahmat dari-Nya. Barakallah fi umrik.”
- “Selamat hari lahir, cinta hati. Alhamdulillah, Allah telah mengurniakan umur yang panjang dan keberkatan kepada suamiku. Semoga setiap langkahmu dalam kehidupan ini sentiasa mendapat redha dan perlindungan-Nya. Terima kasih kerana menjadi suami yang terbaik dan selalu ada di sisi. Semoga kita terus bersama dalam iman dan kasih sayang hingga ke syurga. Ameen.”
- “Barakallah fii umrik, suamiku yang tercinta. Pada hari yang penuh bermakna ini, aku berdoa agar Allah sentiasa melindungi dan memberkatimu. Semoga Allah memberikan segala yang terbaik untukmu dan memudahkan segala urusanmu. Terima kasih atas segala kasih sayang dan pengorbananmu. Semoga cinta kita kekal abadi di dunia dan akhirat. Ameen.”
- “Selamat hari lahir, sayangku. Semoga Allah SWT melimpahkan rahmat dan kebahagiaan dalam hidupmu. Doaku agar kita sentiasa berada di bawah lindungan dan kasih sayang-Nya. Terima kasih kerana menjadi suami yang penyayang, sabar, dan bertanggungjawab. Semoga Allah mengurniakan umur yang panjang dan kehidupan yang diberkati. Ameen.”
- “Assalamualaikum, suamiku tercinta. Hari ini adalah hari istimewa kerana Allah telah memberikan umur yang panjang kepadamu. Semoga Allah sentiasa merahmati hidupmu dengan kebahagiaan, ketenangan, dan kesihatan. Terima kasih kerana menjadi pemimpin dan peneman hidup yang terbaik. Semoga kita terus bersama dalam cinta dan keimanan. Barakallah fi umrik, sayang.”
Ucapan-ucapan ini mengandungi doa dan harapan yang tulus untuk suami, sambil menunjukkan penghargaan dan kasih sayang yang mendalam dalam konteks nilai-nilai Islam.
Baca juga