Kadar Zakat Fitrah 2023 Seluruh Negeri & Cara Bayar Online

Zakat Fitrah

Apakah Zakat Fitrah?
Zakat Fitrah adalah zakat yang diwajibkan ke atas setiap individu lelaki dan perempuan Muslim yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang tertentu pada bulan Ramadan atau menjelang Hari Raya Aidil Fitri.

Siapa Yang Wajib Bayar Zakat Fitrah

Zakat fitrah wajib atas Semua individu dari kalangan lelaki, wanita, tua, muda hamba atau merdeka yang mempunyai lebihan atau cukup perbelanjaan sehingga hari raya.

Anak perempuan yang masih belum berkahwin masih dianggap di bawah tanggungan bapanya. Namun begitu, jika anak perempuan tersebut ingin membayar sendiri zakat fitrahnya maka dia perlu meminta keizinan dari bapanya terlebih dahulu.

Begitu juga pelajar yang sedang menuntut di universiti dan seumpamanya jika mempunyai lebihan wang perlu membayar zakat fitrah jika tidak dibayarkan oleh orang tua mereka.

Kadar dan jenis zakat fitrah ialah segantang makanan asasi penduduk negeri tempat seseorang mukallaf itu bermukim.

Artikel kalini kami akan terangkan kadar bayaran harga zakat fitrah bagi setiap individu seluruh negeri di Malaysia untuk tahun 2023 bersamaan 1444 Hijrah sepertimana yang telah ditetapkan oleh Majlis Agama Islam Negeri serta pembayaran zakat fitrah secara online.

Umat Islam juga dinasihatkan supaya memastikan mereka membayar zakat fitrah kepada amil yang mempunyai kad kuasa dan resit bayaran yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Negeri.

Tujuan Zakat fitrah adalah untuk membersihkan diri dari dosa-dosa kecil yang terjadi selama bulan Ramadan, serta untuk membantu kaum fakir miskin agar dapat merayakan Hari Raya Aidil Fitri.

Bayar Zakat Fitrah Awal

Sebaik-baiknya adalah menunaikan Zakat Fitrah di awal Ramadhan bagi membolehkan agihan kepada golongan yang layak disempurnakan sebelum menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Baca Juga  Bantuan Pendidikan Zakat Selangor

Senarai Kadar Bayaran Harga Zakat Fitrah Tahun 2023 Seluruh Negeri Di Malaysia

Senarai kadar bayaran zakat fitrah bagi tahun 2023 yang disertakan ini adalah berdasarkan sumber rasmi dari Majlis Agama Islam di setiap negeri yang akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

Berikut ialah kadar bayaran zakat fitrah bagi setiap individu seluruh negeri di Malaysia untuk tahun 2023

NegeriKadar Zakat Fitrah Tahun 2023
PerlisRM7.00
KedahRM6.50/RM7.00/RM14.00/RM21.00
Pulau PinangRM7.00/RM13.00/RM20.00
PerakRM7.00/RM14.00/RM21.00
SelangorRM7.00/RM14.00/RM21.00
Negeri SembilanRM7.00/RM14.00/RM21.00
MelakaRM7.00/RM14.00/RM21.00
JohorRM7.00/RM13.00
PahangRM7.00/RM14.00/RM21.00
TerengganuRM8.00/RM10.00/RM24.00
KelantanRM7.00
SarawakRM7.00
SabahRM7.00
Kuala Lumpur/Putrajaya/LabuanRM7.00/RM14.00/RM21.00
  • Bayaran zakat fitrah bagi Negeri Kedah tahun 2023 ditetapkan pada empat kadar iaitu RM6.50, RM7, RM14 atau RM21
  • Bayaran zakat fitrah bagi Negeri Pulau Pinang tahun 2023 ditetapkan pada tiga kadar iaitu RM7, RM13 atau RM20
  • Bayaran zakat fitrah bagi Negeri Sembilan tahun 2023 ditetapkan pada tiga kadar iaitu RM7, RM10 atau RM21
  • Bayaran zakat fitrah bagi Negeri Johor tahun 2023 ditetapkan pada dua kadar iaitu RM7 atau RM13
  • Bayaran zakat fitrah bagi Negeri Terengganu tahun 2023 ditetapkan pada tiga kadar iaitu RM8, RM10 atau RM24
  • Bayaran zakat fitrah bagi Negeri Perlis, Kelantan, Perak dan Sabah tahun 2023 ditetapkan pada satu kadar iaitu RM7
  • Bayaran zakat fitrah bagi Negeri Melaka, Perak, Selangor, Pahang, Kuala Lumpur/Putrajaya/Labuan tahun 2023 ditetapkan pada tiga kadar iaitu RM7, RM14 atau RM21

Bagi negeri yang mempunyai lebih daripada satu kadar zakat, setiap pembayar zakat boleh memilih kadar zakat yang sepadan dengan harga beras yang menjadi makanan mereka.

Zakat fitrah selangor

Sebagai contoh, Umat Islam di Negeri Selangor yang menjadikan makanan hariannya iaitu beras daripada jenis super tempatan perlu membayar zakat fitrah selangor sebanyak sebanyak RM7. Manakala kadar RM14 pula bagi mereka yang menjadikan makanan hariannya daripada beras import termasuklah dari beras wangi, beras basmathi dan seumpamanya.

Baca Juga  Permohonan Bantuan Lembaga Zakat Selangor

Bayar Zakat Fitrah Online

Kini terdapat pelbagai aplikasi online yang menyokong pembayaran zakat mahupun zakat fitrah 2023 secara online. Antaranya Shopee, Maybank2u, Boost, dan lain-lain platform online.

Selain itu, anda juga boleh membuat pembayaran zakat secara online melalui portal zakat negeri masing-masing. Berikut kami senaraikan negeri dan laman web zakat negeri tersebut yang menerima pembayaran zakat secara online:

zakat fitrah negeri selangor

Negeri Selangor

Link Portal zakat Negeri: Lembaga Zakat Selangor

Negeri Sembilan
Link Portal zakat Negeri: Majlis Agama Islam Negeri Sembilan

Negeri Melaka
Link Portal zakat Negeri: Zakat Melaka

zakat fitrah negeri johor

Negeri Johor
Link Portal zakat Negeri: Majlis Agama Islam Negeri Johor

zakat fitrah negeri terengganu

Negeri Terengganu
Link Portal zakat Negeri: Majlis Agama Islam Terengganu

Negeri Kelantan
Link Portal zakat Negeri: Majlis Agama Islam Kelantan

zakat fitrah negeri pahang

Negeri Pahang
Link Portal zakat Negeri: Majlis Ugama Islam Pahang

Pulau Pinang
Link Portal zakat Negeri: Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang

zakat fitrah negeri kedah

Negeri Kedah
Link Portal zakat Negeri: Lembaga Zakat Negeri Kedah


Link Portal zakat Negeri: Majlis Agama Islam Negeri Perlis

Negeri Perak
Link Portal zakat Negeri: Majlis Agama Islam Negeri Perak

Negeri Sabah
Link Portal zakat Negeri: Majlis AGama Islam Negeri Sabah

zakat fitrah negeri sarawak

Negeri Sarawak
Link Portal zakat Negeri: Tabung Baitulmal Sarawak (TBS)

zakat fitrah kuala lumpur

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur<
Link Portal zakat Negeri: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

Soalan Lazim & FAQ

1. Adakah sah bayar zakat secara online tanpa akad dan bersalaman?

Syarat sah zakat, Niat dan berlaku perpindahan harta. Lafaz tu sunat. Bersalaman tu adat kita.

3. Saya pelajar/bujang/perempuan. Boleh ke bayar Zakat Fitrah sendiri?

Boleh. Tetapi perlu dapatkan keizinan terlebih dahulu dari suami, bapa, datuk yang beri nafkah kpd keluarganya.
Sebab afdhal tunaikan Zakat Fitrah oleh orang yang wajib bawah tanggungannya.

4. Saya ada pembantu rumah. Siapa yg perlu bayar Zakat Fitrah mereka?

Majikan boleh & afdhal bayar untuk pembantu mereka. Jika tak, mereka wajib bayar sendiri.

5. Adakah perlu bayar zakat anak dalam kandungan?

Tidak jika anak belum lahir. Kalau merasa Ramadan+Syawal, kena bayar.

6. Bolehkah saya tunaikan zakat fitrah menggunakan beras?

Boleh gunakan beras untuk bayar Zakat Fitrah. Namun kita kena cari dan beri sendiri beras tersebut kepada asnaf di sekeliling kariah kita.
Institusi zakat tidak menerima bayaran dalam bentuk beras.

Bagi penduduk Selangor yang ingin memohon bantuan Zakat Selangor boleh ke: Zakat Selangor

Bagi penduduk Kedah yang ingin memohon bantuan Zakat Kedah boleh ke: Zakat Kedah

Bagi penduduk Sabah yang ingin memohon bantuan Zakat Sabah boleh ke: Zakat Sabah

Leave a Comment

error: Content is protected !!