Contoh Hantaran Kahwin

0
82
Contoh Hantaran Kahwin

Contoh Hantaran Kahwin dari pihak lelaki kepada pihak perempuan

Senarai ini adalah sebagai rujukan contoh sahaja. Bukan wajib, boleh pilih mengikut kemampuan masing masing.

Tetapi sebelum kita bermula, bilangan dulang barang hantaran adalah ganjil. Kebiasaan nya pihak lelaki akan hantar kurang 2 dulang daripada pihak perempuan.

Ratio hantaran ( lelaki kepada perempuan – perempuan kepada lelaki )

3 berbalas 5
5 berbalas 7
7 berbalas 9
9 berbalas 11
11 berbalas 13
13 berbalas 15

Dan seterusnya, bilangan bergantung atas kemampuan dan perbincangan antara kedua belah pihak.

Contoh hantaran kahwin dari pihak perempuan kepada pihak lelaki

– Sirih Junjung
– Kemeja/Seluar
– Beg duit/Tali Pinggang
– Al-Quran Biasa/Digital
– Sejadah
– Jam Tangan
– Set minyak wangi/Barangan peribadi
– Kasut
– Buah-buahan
– Kek/Kek Cawan
– Coklat
– Gajet contohnya telefon bimbit, iPad

Contoh hantaran kahwin dari pihak lelaki kepada pihak perempuan

– Mas kahwin/Duit Hantaran
– Cincin/Gelang/Barangan Kemas
– Tepak sirih
– Al-Quran Biasa/Digital
– Sejadah
– Potpourri/Bunga Rampai
– Jam tangan
– Kasut
– Telekung
– Beg Tangan
– Set wangian /Barang mekap
– Buah-buhan
– Kek/Kek Cawan/ Coklat

Kalau sudah ikut adat, barulah boleh ikut kemampuan masing-masing untuk menghadiahkan apa yang digemari pasangan kita itu tadi. Takut terlanggar adat nanti, ada yang akan tersinggung dan mulalah orang sekeliling berkata-kata yang tak manis untuk didengar.

Dah cukup senarai barang hantaran tu, boleh mula untuk design dulang dan barang hantaran tersebut mengikut tema atau warna majlis perkahwinan kita tu. Barulah meriah orang kata.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here