Contoh Minit Mesyuarat

0
319
CONTOH MINIT MESYUARAT

Download Contoh Minit Mesyuarat Anda Sekarang

Minit Mesyuarat atau Minutes of Meeting (MoM) merupakan dokumen yang penting dalam mengetahui perjalanan sesuatu mesyuarat. Ini kerana ia akan menjadi panduan dan rujukan buat pekerja dan orang yang hadir atau tidak untuk mengetahui hasil keputusan sesuatu mesyuarat. Minit mesyuarat merupakan sebuah dokumen rasmi yang merekodkan pelbagai perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat. Penyediaannya perlulah lengkap dan mematuhi format yang telah ditetapkan.

Lazimnya, pelbagai sumber akan dirujuk oleh pencatat minit untuk menghasilkan minit mesyuarat yang berkualiti dan dapat dijadikan rujukan. Ianya penting kerana minit mesyuarat merupakan sumber rujukan masa hadapan dimana pada kelazimannya format minit disusun mengikut agenda mesyuarat dan perlu kelihatan kemas dan teratur.

Untuk menghasilkan minit mesyuarat, jangan ambil mudah dengan format minit mesyuarat, kerana format ini amat penting untuk menghasilkan minit mesyuarat yang betul. Antara perkara yang perlu ada dalam minit mesyuarat adalah Tajuk Minit Mesyuarat, Bil/Tahun, Tarikh, Masa, Tempat, Kehadiran (senarai nama mengikut kedudukan jawatan), Catatan Mesyuarat, Urusetia (catatkan nama bahagian / unit yang bertanggungjawab menguruskan mesyuarat), dan Tarikh (catatkan tarikh minit mesyuarat pada hari berkenaan).

Berikut disertakan cara buat dan contoh minit mesyuarat yang berkualiti, lengkap dan mudah beserta maklumat format dan contoh. Silalah download dan gunakan ia setiap kali anda dikehendaki membuat minit mesyuarat.

Download Contoh Minit Mesyuarat 1
(Klik Sini Untuk Download)

Download Contoh Minit Mesyuarat 2
(Klik Sini Untuk Download)

Download Contoh Minit Mesyuarat 3
(Klik Sini Untuk Download)

Download Contoh Minit Mesyuarat 4
(Klik Sini Untuk Download)

Tonton video Contoh Minit Mesyuarat di bawah untuk rujukan cara-cara nak buat Minit Mesyuarat

Semoga perkongsian Contoh Minit Mesyuarat ini dapat membantu anda menghasilkan minit mesyuarat yang lengkap. Selamat berjaya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here