Contoh Soalan PKSK

Sejak terbatalnya Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) pada 15 April 2020, Kementerian Pendidikan Malaysia telah memperkenalkan satu kaedah baharu bagi pemilihan murid untuk kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Kolej Vokasional (KV), Maktab Tentera Diraja (MTD) dan Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) iaitu Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK).

Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK)

PKSK adalah kaedah terbaharu bagi pemilihan murid untuk kemasukan ke Sekolah Khusus (SK).
Sekolah Khusus adalah terdiri daripada Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD).

Persedian Semasa Membuat Permohonan PKSK

  • Pemohon perlu memuatkan nombor kad pengenalan MyKad atau MyKid dan nombor MyKad Penjaga Utama (yang didaftar dlm APDM) untuk memasuki sistem. Sistem akan membuat padanan dengan maklumat murid yang terdapat dalam APDM
  • Pemohon boleh membuat pilihan jenis sekolah SBP/SMKA/SMT/KV/MTD, jenis aliran atau pengkhususan sekolah atau kursus yang dipohon, nama sekolah pilihan, pusat pentaksiran pilihan serta beberapa butiran lain yang diperlukan

Format PKSK

Format PKSK

PKSK terbahagi kepada 3 bahagian iaitu

PerkaraBahagian A
(Kecerdasan Insaniah)
Bahagian B
(Kecerdasan Intelek)
Bahagian C
(Artikulasi Penulisan)
KaedahOnlineOnline
Bertulis (Bersemuka)
Jenis ItemObjektif Aneka PilihanObjektif Aneka Pilihan
Subjektif
Isi KandunganEQ, SQ, SSQIQ, Pengetahuan Am, Penyelesaian MasalahTajuk Ditetapkan
Pecahan Skor20%70%10%

Bahagian A : Kecerdasan Insaniah (EQ, SQ dan SSQ) – 20%
Objektif aneka pilihan yang melibatkan kecerdasan insaniah (EQ, SQ dan SSQ) secara dalam talian dalam masa 90 minit. Mempunyai 30 soalan objektif Tiada jawapan betul atau salah.

Bahagian B : Kecerdasan Intelek (IQ, Pengetahuan Am dan Penyelesaian Masalah) -70%
Objektif aneka pilihan melibatkan kecerdasan intelek secara dalam talian dalam masa 90 minit. Untuk mengukur tahap kognitif pelajar Ia merangkumi IQ, pengetahuan am dan penyelesaian masalah Soalan matematik dan sains bersifat kualitatif dan kuantitatif.

Terdapat 10 soalan Bahasa Inggeris untuk menguji tahap penguasaan dan kefahaman calon. Masa yang diberikan adalah 90 minit . Terdapat 70 soalan berbentuk objektif.

Bahagian C : Artikulasi Penulisan – 10%
Subjektif dimana calon dikehendaki menulis esei sekurang-kurangnya 100 patah perkataan bagi Tingkatan 1, dan 250 patah perkatan bagi Tingkatan 4 dalam masa 45 minit.

Untuk menguji idea dan pendapat calon dengan huraian karangan. Calon perlu memilih satu daripada 3 tajuk karangan Bahasa Melayu yang diberikan.

Contoh Soalan PKSK 2023

Contoh Soalan PKSK tingkatan 4
Contoh Soalan PKSK tingkatan 1
Contoh Soalan PKSK 2023

Download Contoh Soalan PKSK

Download Contoh Soalan PKSK 2023: Muat Turun Soalan PKSK Beserta Jawapan

atau muat turun soalan pksk di telegram: Download soalan PKSK

Sistem Permohonan PKSK

Pemohon boleh mengakses sistem permohonan PKSK di pautan
Tingkatan Satu boleh diakses melalui pautan https://spskt1.moe.gov.my
Tingkatan Empat melalui pautan https://spskt4.moe.gov.my

Persediaan Untuk Menduduki PKSK

  • Calon hendaklah membuat persediaan yang perlu untuk menduduki PKSK
  • Membuat semakan pusat untuk menduduki PKSK di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) www.moe.gov.my
  • Mencetak slip pendaftaran PKSK di laman sesawang tersebut untuk dibawa bersama-sama ke Pusat PKSK
  • Membawa kad pengenalan ke Pusat PKSK
  • Membawa peralatan tulis
  • Memakai pakaian seragam sekolah ketika menduduki PKSK

Baca juga:

8 thoughts on “Contoh Soalan PKSK”

  1. YA ALLAH, permudahkanlah urusan kami semasa mejawab ujian pksk ini Dengan hati terbuka minda yang just untk menghafal ilmu yang telah kami pelajari

    Reply

Leave a Comment