Format dan Contoh Surat Rayuan ke MRSM

0
409
Contoh Surat Rayuan Ke MRSM 1

Format Contoh Surat Rayuan ke MRSM

Untuk kes surat rayuan, biasanya melibatkan permohonan bagi kali kedua untuk sesuatu perkara atau kemasukan. Surat rayuan ditulis setelah permohonan awal ditolak oleh pihak terbabit.

Antara beberapa jenis surat rayuan yang kerap ditulis biasanya melibatkan permohanan rayuan bagi memasuki Sekolah Berasrama Penuh (SBP), rayuan kemasukkan ke Maktab Rendah Sains Mara (MRSM), rayuan bagi memohon biasiswa JPN, rayuan pertukaran guru, rayuan mengurangkan bayaran saman dan pelbagai jenis rayuan yang lain.

Kami telah menyediakan satu jenis surat rayuan kemasukan ke MRSM di bawah untuk rujukan pembaca.

Beberapa panduan untuk menulis surat rayuan:

● Format yang digunakan untuk menulis surat rayuan adalah dengan menggunakan format surat kiriman rasmi
● Format penulisan ini merupakan satu format yang standard dan semua jabatan kerajaan atau syarikat menggunakan format yang sama
● Penulisan surat rayuan melibatkan tujuan dan urusan yang rasmi
● Bahasa perlu terus dan telus maksudnya, tidak perlu tulis terlalu berbunga-bunga atau menggunakan simpulan bahasa
● Lampirkan sekali lampiran seperti surat sokongan hospital, surat tawaran kemasukan ke SBP, transkrip keputusan peperiksaan.
● Pastikan hanya memberikan salinan bagi setiap lampiran, bukan yang sijil atau surat yang asli
● Dapatkan juga dokumen sokongan bagi membantu rayuan seperti surat sokongan daripada doktor, ketua kampung, wakil rakyat ataupun yang lebih baik sokongan daripada menteri sendiri.

Jom tengok contoh yang kami berikan di bawah sebagai rujukan anda. Format dia adalah berdasarkan contoh surat rayuan rasmi yang kami pernah tulis. Tarikh mungkin akan lari sikit. Anda refer gambar yang kami beri di bawah ye.

Contoh Surat Rayuan ke MRSM

Contoh Surat Rayuan ke MRSM

Nasrullah bin Syuaib
No 99, Lorong Nangka 3,
Taman Nangka Emas,
14300, Nibong Tebal,
PULAU PINANG.

________________________________________

Pengarah,
Bahagian Pendidikan Menengah.
Majlis Amanah Rakyat,
Ibu Pejabat MARA,
Jalan Raja Laut,
50609, KUALA LUMPUR. 20 JANUARI 2019

Tuan / Puan,

Per: Rayuan Kemasukan Tingkatan 1 ke MRSM Tahun 2019

Merujuk kepada perkara di atas, saya merupakan bapa kepada Tsaqifah Ajlaa Binti Nasrullah ingin membuat rayuan untuk anak saya. Saya ingin memohon untuk kemasukan ke Tingkatan 1 bagi sesi 2019.

2. Permohonan murid ini ke MRSM telah dilakukan, namun tidak berjaya. Berikut adalah maklumat peribadi murid tersebut:

● Nama murid: Tsaqifah Ajlaa binti Nasrullah
● No Kad Pengenalan: 060220-03-2211
● No Angka Giliran UPSR: PM0201020

3. Untuk makluman tuan, pada UPSR 2016, murid ini memperolehi keputusan cemerlang dalam peperiksaan UPSR 2018. Manakala peperiksaan UPKK 2018, dia mendapat 8A. Murid ini juga aktif dalam kegiatan kokurikulum semasa di sekolah rendah dalam badan beruniform Pengakap dan Kelab Muzik. Beliau juga pernah mewakili negeri Pulau Pinang ke Jamboree Peringkat Kebangsaan 2017 dan wakil negeri bagi pertandingan nyanyian. Saya turut melampirkan sijil penyertaan bersama-sama surat ini.

4. Untuk makluman dan perhatian pihak tuan juga, murid ini walaupun menerima surat tawaran ke Tingkatan 1 Sekolah Berasrama Penuh (SBP) Sekolah Menengah Sains Sultan Muhammad Jiwa tetapi menolak tawaran tersebut kerana lebih berminat untuk menyambung pelajaran di MRSM. Saya juga ada melampirkan sekali satu salinan surat rasmi tawaran ke SBP daripada KPM yang dikeluarkan oleh Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan. Ini adalah nombor rujukan bagi kegunaan pihak tuan. (Ruj: KPM800-2/3/12 Jld22) bertarikh 5 Januari 2019.

5. Saya bapa kepada murid sangat mengharapkan agar pihak tuan dapat memberikan pertimbangan sewajarnya terhadap rayuan kemasukan ke MRSM ini. Besar harapan saya sebagai seorang bapa untuk memberikan pendidikan yang terbaik ke MRSM.

6. Segala jasa baik daripada pihak tuan amat saya hargai dan dahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Yang benar

Nasrullah
————————
(NASRULLAH BIN SYUAIB)

Baca contoh lain untuk surat rayuan ke MRSM ini : Contoh Surat Rayuan Ke MRSM

Semoga perkongsian Contoh Surat Rayuan Ke MRSM ini memberi manfaat untuk semua pemohon dan memudahkan anda untuk membuat permohonan rayuan berdasarkan Contoh Surat Rayuan Ke MRSM yang diberi. Selamat mencuba dan semoga anda berjaya dalam permohonan rayuan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here