Contoh Surat Rayuan Ke MRSM

0
275
Contoh Surat Rayuan Ke MRSM 1

Baca Contoh Surat Rayuan Ke MRSM bagi mereka yang gagal dalam memasukinya

Ramai emak ayah yang hendak anaknya masuk ke sekolah berasrama penuh MRSM. Namun kadang-kadang permohonan kemasukan tersebut tidak berjaya. Walaupun begitu mereka yang gagal ini masih mempunyai peluang kerana boleh membuat rayuan. MRSM biasanya akan membuat tiga kali pengambilan sepanjang bulan Februari sehingga April.

Ini bermakna mereka yang gagal mendapat tawaran ini mempunyai dua kali peluang lagi. Bagi pemohon yang gagal dalam permohonan dan memerlukan contoh surat rayuan bolehlah merujuk kepada contoh surat rayuan ke MRSM seperti di bawah ini. Difahamkan, rayuan ke MRSM kini boleh dibuat secara online.

Baca Juga : Contoh Format Surat Rasmi

Contoh Surat Rayuan Ke MRSM 1

Acap bin Zahir
PPD 79, Parit Punggur Darat,
Jln Sri Tanjung, 84150 Muar,
Johor.

Pengarah
Bahagian Pendidikan & Latihan (Pendidikan Menengah)
Ibu Pejabat MARA
Jalan Raja Laut
50609 Kuala Lumpur……………………………………………………………………………………………….4 Mac 2013

Tuan/Puan,

Perkara : Rayuan Kemasukan ke MRSM Tingkatan 1 2013

Merujuk kepada perkara diatas, saya ingin merayu kepada pihak Tuan/Puan untuk mempertimbangkan semula pemohonan kemasukan anak saya ke Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) tingkatan 1 sesi persekolahan 2013.

2. Dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun 2012 lepas, anak saya telah memperoleh keputusan yang cemerlang dengan keputusan 5A dalam semua mata pelajaran yang di tawarkan di sekolahnya dengan PEKA pada gred 1. Selain memperoleh keputusan 5A, anak saya juga bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum dengan menyertai badan beruniform Persatuan Pengakap peringkat sekolah, sukan olahraga peringkat daerah, Saintis Muda peringkat negeri, Kuiz Pendidikan Jasmani & Kesihatan peringkat zon dan Essay Writing peringkat zon.

3. Untuk pengetahuan pihan Tuan/Puan, anak saya ini merupakan anak bongsu daripada dua orang adik-beradik yang semuanya terdiri daripada lelaki. Jadi, besarlah harapan saya sebagai seorang ayah untuk melihat anak saya yang terakhir mencapai kejayaan yang lebih cemerlang dalam semua bidang terutama dalam aspek pendidikan.Kebanyakan anak sedara saya bersekolah di MRSM dan saya sudah tahu selok-belok dan jejak langkah apabila anak saya sudah habis belajar di MRSM.

4. Dengan kemudahan infrastruktur, suasana pembelajaran yang kondusif dan tenaga pengajar yang professional yang disediakan oleh pihak MARA di MRSM, saya percaya kemudahan yang disediakan adalah jauh lebih baik untuk dibandingkan dengan apa yang anak saya sedang jalani sekarang. Saya berharap anak saya yang terakhir ini dapat masuk ke MRSM Serting.

5. Butir-butir rayuan adalah seperti berikut :

Nama Pemohon: Khairul Anuar Asaari bin Farou
Sekolah: Sekolah Kebangsaan Parit Pinang Seribu, Muar, Johor
No.Sijil Lahir: AP*****
No. K/: 000226-01-****
Angka Giliran: JF1291008
MRSM dipilih: MRSM Serting, Negeri Sembilan

6. Diharapkan pihak Tuan/Puan dapat mempertimbangkan permohonan saya ini seterusnya memberikan peluang kedua kepada anak saya bagi melanjutkan pelajarannya di MRSM yang saya percaya merupakan sebuah institusi pendidikan yang terbaik di negara. Segala pertimbangan daripada pihak Tuan/Puan saya dahului dengan jutaan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

………………………………………

( Acap bin Zahir )

Contoh Surat Rayuan Ke MRSM 2

Siti Nurhaliza Taruddin,
130 taman long jaafar f3/4,
Kampung boyan, 34000,
Taiping,
Perak

Bahagian Pendidikan & Latihan (Pendidikan Menengah),
Tingkat 19, Bangunan Medan MARA,
Jalan Raja Laut,
50609 Kuala Lumpur ……………………………………………………………………………………………….30 MAC 2014

Tuan/Puan

RAYUAN PERMOHONAN KEMASUKAN KE MAKTAB RENDAH SAINS MARA BAGI SESI KEMASUKAN KE TINGKATAN 1 TAHUN 2018
Dengan hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas.
2. Saya ingin membuat permohonan rayuan secara rasmi kepada pihak Tuan untuk mempertimbangkan permohonan kemasukan saya ke Maktab Rendah Sains Mara.
3. Dalam keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) Tahun 2017 yang lepas, saya telah mendapat keputusan XXXXX
4. Antara faktor yang boleh dipertimbangkan untuk menyokong permohonan saya adalah seperti berikut:-
• Saya amat berminat dalam bidang Sains, dan keputusan untuk matapelajaran tersebut sentiasa cemerlang (UPSR 2017 – Sains A).
• Saya juga sentiasa bergiat aktif dalam bidang ko-kurikulum samaada diperingkat sekolah ataupun anjuran luar
• Saya memilih MRSM sebagai tempat untuk menyambung pendidikan menengah saya kerana MRSM menawarkan kemudahan pembelajaran yang kondusif.
• MRSM mempunyai tenaga pengajar yang terlatih dan juga cemerlang di dalam bidang akademik dan pembangunan sahsiah pelajar.

Besarlah harapan saya jika sekiranya pihak Tuan dapat mempertimbangkan permohonan saya ini seterusnya memberi peluang kepada saya bagi menempatkan diri di MRSM. Segala pertimbangan daripada pihak tuan, saya dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian, terima kasih.

…………………………………………
Siti Nurhaliza Taruddin

Selain online, surat tersebut mestilah dihantar secara pos ke alamat berikut:

Pengarah
Bahagian Pendidikan Menengah
Majlis Amanah Rakyat
Ibu Pejabat MARA
Jalan Raja Laut
50609 KUALA LUMPUR

Atau anda boleh cuba untuk email surat tersebut ke bahagian MARA seperti yang dinyatakan. Jangan lupa untuk sertakan surat sokongan (jika ada). Surat sokongan ini boleh anda dapatkan menerusi Guru Besar atau Wakil Rakyat di tempat anda bagi meningkatkan lagi peluang rayuan kemasukan ke MRSM.

Semoga perkongsian Contoh Surat Rayuan Ke MRSM ini memberi manfaat untuk semua pemohon dan memudahkan anda untuk membuat permohonan rayuan berdasarkan Contoh Surat Rayuan Ke MRSM yang diberi. Selamat mencuba dan semoga anda berjaya dalam permohonan rayuan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here