Lagu Negeri Pahang Beserta Lirik, Audio dan Video

Lagu negeri Pahang tidak asing lagi bagi mereka yang pernah bersekolah di dalam Negeri Pahang.

Bagi mereka yang selalu menonton perlawanan bola sepak atau bekerja di sektor perkhidmatan awam, sudah pasti biasa dengan lagu ini.

Mungkin ada diantara kita yang dah lama tak dengar Lagu Rasmi Negeri Pahang sungguhpun berasal atau tinggal di negeri ini. Kalau lupa meh kami ingatkan balik.

Sejarah Lagu Negeri Pahang

Selain dikenali dengan lagu negeri Pahang, lagu ini juga dikenali sebagai “Allah Selamatkan Sultan Kami”. Usia lagu ini sudah hampir 100 tahun dimana lagu tersebut telah dikarang oleh Miss Dorothy Lilian Sworder pada tahun 1924 dan dimainkan secara rasmi oleh State Band Council pada tahun 1925 di Kuala Lumpur.

Lagu ini diambil bersempena dengan garapan lagu Perang Pahang dan ia telah diwujudkan atas permintaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang ketiga, Al Marhum Al Mutassim Billah Al Sultan Abdullah Ibni Al Marhum Sultan Sir Ahmad Al Muazzam Shah.

Terdapat perubahan pada baris ketiga, istilah asal Kebawah Duli Yang Maha Mulia telah ditukar kepada Duli Yang Maha Mulia. Begitu juga pada baris ketujuh, Ke Bawah Duli Raja Kami telah ditukar kepada Duli Tuanku Raja Kami.

Tajuk Lagu

“ALLAH SELAMATKAN SULTAN KAMI” adalah tajuk lagu Negeri Pahang yang mula digunakan sebagai Lagu Kebangsaan Negeri Pahang yang baharu pada 1925.

Lirik Lagu Negeri Pahang

Lirik lagu negeri yang pertama digubah pada tahun 1924, oleh Miss Dorothy Lilian Sworder. Lirik asalnya adalah

Ya Allah Yang Maha Kuasa
Lanjutkan usia Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Dirgahayu Darul Makmur
Aman dan bahagia sentiasa
Ya Allah selamatkan Kebawah Duli Raja kami

Kemudian lirik asalnya diubah menjadi lagu seperti sekarang ini. Lirik lagu negeri Pahang di ubah kepada

Lirik Lagu Negeri Pahang

Ya Allah Yang Maha Kuasa
Lanjutkan Usia
Duli Yang Maha Mulia
Dirgahayu Darul Makmur
Aman Dan Bahagia Sentiasa
Ya Allah Selamatkan
Duli Tuanku Raja Kami.

Lagu Negeri Pahang

Berikut merupakan video lagu negeri Pahang dengan audio dan lirik

Audio Minus One

Anda juga boleh memuat turun audio minus one rasmi lagu ini melalui pautan di bawah

Leave a Comment