100 Soalan Latih Tubi Penanda Wacana

Penanda Wacana

Penanda wacana BM ialah perkataan ataupun rangkaian perkataan yang berfungsi menghubungkan sesuatu ayat, sesuatu idea, hujah, dan pandangan seseorang semasa menulis ataupun berucap.

Kegagalan dalam penggunaan penanda wacana yang tepat akan menyebabkan seluruh wacana atau ayat tidak mempunyai kesinambungan yang lengkap.

Penanda wacana nampak menarik bila disertakan dalam sesebuah penulisan ataupun ketika bertutur (menyampaikan ucapan, ceramah, pidato dan sebagainya).

Tanpa penggunaan penanda wacana yang betul sesebuah penulisan tidak akan mempunyai perkaitan antara ayat sehingga boleh menjejaskan keberkesanan maksud yang hendak disampaikan kepada audiens.

Oleh sebab itu, pelajar akan mempunyai pilihan untuk memilih penanda wacana yang sesuai ketika menulis sesebuah karangan.

Penanda wacana yang biasanya ditulis dalam karangan atau perbualan seharian ialah

  • kerana
  • walaupun
  • mahupun

Penanda wacana juga sangat penting dalam peperiksaan Bahasa Melayu nanti. Ia bukan sahaja membuat karangan anda nampak menarik, malah boleh memberikan anda markah dalam peperiksaan.

100 Soalan Latih Tubi Penanda Wacana

Dalam artikel sebelum ni iaitu contoh penanda wacana BM korang dah belajar tentang apa itu penanda wacana, serta jenis-jenis penanda wacana. Artikel kalini kami ada kongsikan 100 soalan penanda wacana untuk anda latih tubi dan memahirkan lagi penggunaan penanda wacana anda.

Antara contoh soalan penanda wacana yang ada dalam 100 soalan latih tubi yang admin berikan ialah

  1. Encik Najib didapati bersalah kerana melakukan pecah amanah. ____, beliau telah dipecat oleh majikannya.
    A Selepas itu
    B Sebelum itu
    C Lantaran itu
    D Semenjak itu

  1. Berita tentang peletakan jawatan Encik Rafik heboh diperkatakan oleh para pekerjanya. ________, Encik Rafik telah menafikan berita tersebut.
    A Biarpun
    B Namun begitu
    C Bagaimanapun
    D Tambahan pula

  1. Pengawal keselamatan itu berasa amat mengantuk kerana sudah seharian dia berjaga.____, dia terlena di atas kerusi.
    A Selain itu
    B Sebaliknya
    C Lebih-lebih lagi
    D Oleh sebab itu

  1. Tiket bas untuk pulang ke kampung telah habis dijual.____, Mcgee tetap berusaha untuk pulang dengan mendapatkan tiket kereta api pula.
    A Namun begitu
    B Selain itu
    C Tambahan pula
    D Lantaran itu

  1. Karnival membeli-belah 2023 sudah bermula di seluruh negara. ____, suri rumah dinasihati supaya bersikap bijak semasa berbelanja.
    A Bahkan juga
    B Namun begitu
    C Tambahan pula
    D Lantaran itu

  1. Ryda sangat disayangi datuk dan neneknya. ____ dia merupakan cucu tunggal.
    A Oleh yang demikian
    B Di samping
    C Lebih-lebih lagi
    D Dengan itu
Latihan Penanda Wacana

Download Latihan Penanda Wacana

Anda boleh muat turun Soalan Latihan Penanda Wacana ini di: 100 Bentuk Soalan Penanda Wacana

Penutup

Semoga perkongsian kami mengenai 100 Soalan Latih Tubi Penanda Wacana ini dapat membantu sesiapa sahaja di luar sana lebih-lebih lagi semua guru dan juga semua ibu bapa dalam meningkatkan lagi pencapaian dan prestasi anak-anak ataupun anak murid dalam penguasaan tatabahasa. Ini kerana Bahasa Melayu merupakan subjek penting dalam peperiksaan, lebih-lebih lagi peperiksaan.

Leave a Comment