Tempat Menarik di Ipoh

Ipoh ni ada banyak sebenarnya hidden gems yang kena dicari. Kalau main jalan je susah nak jumpa. Tempat tempat best kat bawah ni korang boleh explore bila kesana nanti.

Yang bercadang ke Ipoh tu,ni list tempat menarik yang korang kena tahu dan wajib datang kalau ke Ipoh.

 

[maxbutton id=”3″ ]

Senarai Tempat Menarik di Ipoh Latest 2023

Tempat Penginapan Menarik: : Where to Stay in the Ipoh

Nasi Kandar Majeedia

Tempat Menarik di Ipoh


Kalau datang ipoh, ni salah satu tempat menarik di Ipoh untuk makan. Antara port makan yang memang padu dan wajib try. Terletak di Jalan Bendahara. Nasi kandar ni power tapi parking korang kene round sekali dua kalau waktu puncak. Korang amik ayam dia. Ayam merah dia pedas-pedas manis perhhh layan. Memang sedap teruk.

Lokasi: 58, Jalan Bendahara, Pasir Puteh, Perak, Ipoh Town, 31650

Pasar Loken

Tempat makan di Ipoh


Pasar Loken atau Pasar Karat. Orang Ipoh panggil Memory Lane. Dekat pasar loken ni macam-macam barang lama ada, pinggan zaman nenek moyang kita dulu pon ada. Memang menggamit memori.

Waktu Operasi: 7.00 pagi hingga 11.00 tengah hari
Lokasi: Jalan Horley, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Perak

Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village

Menarik di Ipoh


Ramai yang tak tahu kewujudan tempat ni. Ini antara tarikan menarik di negeri Perak. Vibes seperti di Taiwan, padahal dekat Ipoh je guys.

Macam macam aktiviti boleh buat kat sini tau. Selain berbasikal, dan beri ikan makan, pengunjung boleh menulis kehendak mereka pada reben merah dan akan digantung di pohon.

Waktu Operasi: 9.30 pagi hingga 5 petang (Ahad tutup)
Harga Tiket: RM10
Lokasi: 22A, Persiaran Pinggir Rapat 5A, Taman Saikat, 31350 Ipoh, Perak.

Tasik Cermin

Tempat Menarik pada waktu malam di Ipoh


Jangan terkejut kalau orang Ipoh sendiri tidak tahu lokasinya kerana ianya memang agak tersembunyi. Terletak di Gunung Rapat dimana kawasan masuknya ialah melalui jalan lori kerana ianya kawasan kuari. Jalan berbatu dan memang berdebu dan berselut habis.

Kalau jenis yang tak sabar, rasanya mungkin akan patah balik. Ruginya sebab di Tasik Cermin ini mesti ramai yang akan terkejut bila lihat sendiri keindahan suasana disana. Antara tempat menarik di Ipoh yang mesti pergi.

Lokasi: Jln Perniagaan Sengat, Pusat Perniagaan Sengat, 31350 Ipoh, Perak
Harga Tiket: Dewasa RM2, Kanak-kanak RM1

Taman Rekreasi Gunung Lang


Taman Rekreasi Gunung Lang terletak 5 kilometer dari bandaraya Ipoh, adalah satu daripada beberapa gunung batu kapur yang banyak terdapat di negeri Perak, khususnya di Lembah Kinta.

Taman rekreasi Gunung Lang cantik tempatnya. Tenang, boleh naik bot pusing tasik. Bawa anak-anak mesti seronok.

Waktu Operasi: 10.00 pagi hingga 7.00 malam
Lokasi: Jalan Kuala Kangsar, 30100 Ipoh, Perak, Malaysia
Harga Tiket: Masuk Percuma
Naik bot
Dewasa RM3
Kanak2 RM2
Warga Emas RM2

Petting Zoo RM6

Yasmin at Kong Heng

Tempat Menarik di perak


Terletak di BookXcess Ipoh. Turun je ke ruang paling bawah terdapat newseum kecil ‘Yasmin at Kong Heng’ untuk memperingati Yasmin Ahmad, seorang sutradara, penulis lakon layar dan kolumnis di Malaysia suatu ketika dulu.

Waktu Operasi: 10.00 pagi hingga 10.00 malam
Lokasi: 91, Jalan Sultan Yusof, Ipoh, Malaysia
Harga Tiket: Masuk Percuma

Kinta Riverfront Riverwalk

Tempat Menarik di gopeng


Antara tempat menarik di Ipoh pada waktu malam. Kinta Riverwalk, Ipoh kini jadi tumpuan orang ramai. Dah ada port riadah santai baharu untuk korang bawak family, boleh makan-makan dan kemudian bawak anak main game.

Waktu Operasi:
Lokasi: Jalan Lim Bo Seng, 30000 Ipoh City, Perak Darul Ridzuan.

Gua Tempurung


Gua Tempurung ialah sebuah gua batu kapur yang terletak di Gopeng, Perak, Malaysia. Panjang gua ini mencapai 1.9 km dan dipercayai telah wujud sejak 8000 SM lagi.

Waktu Operasi: 9.00 pagi hingga 5.00 petang
Lokasi: Jln Gua Tempurung, 31900 Kampar, Perak
Harga Tiket: Pelbagai. Ikut pakej. Tapi tidak digalakkan pergi ketika musim hujan.

Taman Jepun, Ipoh


Taman Jepun ini dihiasi dengan beberapa ‘rock lantern’ dan ‘rock water pitcher’ manakala di sepanjang laluan pejalan kaki, dihiasi taburan batu-batu kecil dan pelbagai tumbuhan renek.

Lokasi: D R Seenivasagam Recreational Park, Jalan Keliling Dalam, 30300 Ipoh, Perak

Kellie’s Castle

jalan-jalan di ipoh


Kellie’s Castle ni terletak di Batu Gajah. Kagum dengan senibina rumah agam ni. Binaan cantik kukuh dan masih elok. Tapi tidak siap. Ada cerita disebalik rumah agam ni.

Waktu Operasi: 9.00 pagi hingga 6.00 petang
Lokasi: Kellie’s Castle, 31000 Batu Gajah, Perak
Harga Tiket: Dewasa RM5, Kanak-kanak RM3

Lost World of Tambun

bercuti ke ipoh


Bukan setakat taman tema air jee. Zoo pun ada. Macam-macam haiwan ada, boleh tgk show harimau buat aksi, best sangat bawa anak-anak jalan-jalan dan mandi-manda sini.

Lokasi: No.1, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh, 31150 Ipoh
Waktu Operasi:
Isnin – Jumaat kecuali Selasa (11.00am – 6.00pm)
Sabtu, Ahad, Cuti Sekolah & Cuti Umum (10.00am – 6.00pm)
Selasa Kecuali Cuti Sekolah/Cuti Umum (Tutup)
Harga Tiket: Klik Sini

Gerbang Malam, Ipoh


Barang-barang yg dijual di sini sgt berbaloi. Bukan hanya untuk pelancong, orang tempatan pun selalu datang ke sini. Macam-macam ada, jam tangan, bag, baju, kasut dan lain-lain. Tukang urut halalan toiyyiban pun ada dekat sini.

Waktu Operasi: 6.00 petang hingga 12.00 tengah malam
Lokasi: Jalan Dato Tahwil Azar, Taman Jubilee, 30300 Ipoh, Perak

[WPSM_COLORBOX id=3123]

Pusat Rekreasi Hotsprings Lubuk Timah


Pusat Rekreasi Lubuk Timah mempunyai keunikan tersendiri kerana terdapat air terjun yang sejuk airnya dan kolam air panas. Kolam air panas yang dibina semula terletak dipinggiran sungai dan air terjunnya yang mengalir disisinya. Terdapat sebuah kolam utama yang dibina dan dialirkan ke kolam kedua dan seterus ke dalam sungai.

Waktu Operasi: 8.00pagi-6.30petang
Lokasi: Lubuk Timah, Simpang Pulai. Perak

Harga Tiket:
RM 5.00 (Dewasa 12 tahun ke atas)
RM 3.00 (Kanak-kanak 3-11 tahun)
RM 3.00 (Warga Emas 60 tahun ke atas)

Sewa : ​
RM 70.00 (Gazebo Eksklusif)
RM 50.00 (Gazebo)
RM 10.00 (Pondok)

Nasi Goreng Udang & Sotong Banjir


Nama hidangannya saja boleh membuatkan pelanggan berfikir dua atau tiga kali, masakan tidak, sotong dan udangnya saja ‘membumbung’ menutup sajian dipesan sesuai dengan namanya nasi goreng udang@sotong banjir.

Waktu Operasi: Dibuka setiap hari 4:00PTG–12:15PG
Lokasi: Gerai Nasi Goreng Udang, Jalan Panglima Bukit Gantang, Ipoh, Perak
Harga: RM16.50

Mesti ramai ibu bapa sudah mula tercari-cari bila tarikh cuti sekolah 2023 kan.

Atau dah mula rancang untuk bercuti tahun 2024 dan cari bila cuti sekolah 2024 yang sesuai untuk bercuti.

Apa kata cuba tengok senarai tempat menarik di ipoh dan booking homestay private pool di sana.

Atau sedang memikirkan untuk ke Melaka dan mencari tempat menarik di Melaka?

Apa kata ke Terengganu. Disana pun banyak tempat menarik tau.

Tapi kalau nak bercuti ke Alor Star jangan lupa cek homestay private pool di alor star ini.

Voucher Agoda

Dapatkan voucher Agoda untuk para pembaca kami di [maxbutton id=”3″ ]

Leave a Comment