Tempat Menarik di Melaka

Melaka

Kalau ke Melaka je kita mesti ingat A Famosa. Padahal ada banyak lagi tempat menarik di Melaka yang ada. Melaka ni walaupun kecik tapi penuh dengan tempat menarik tau.
Jadi kita boleh rancang perjalanan kita terlebih dahulu.

Tempat Menarik di Melaka

Jom kita tengok apa lagi tempat menarik yang ada di Melaka.

Safari Wonderland

Tempat Menarik di Melaka

Tempat menarik dengan 4 show yang tidak kurang menarik juga. Gajah, pelbagai binatang, burung dan terakhir aksi stunt pistol koboi. Kena spend seharian dekat sini, sebab sini ada banyak aktiviti. Berbaloi sangat kalau datang, boleh tengok haiwan pun secara dekat and friendly staff. Berbaloi bawak anak-anak. Binatang banyak, show pun banyak.

Tiket boleh beli di

Safari Wonderland Melaka

Menara Taming Sari

Tempat Menarik di Melaka

Menara Taming Sari merupakan tarikan utama di pusat bandar Melaka. Di puncak tertinggi 105m atau 24 tingkat, anda boleh menikmati pemandangan panorama merentasi pusat bandar. Memandangkan hanya ada satu menara sahaja, jadi pada hujung minggu atau cuti sekolah akan sesak dengan pengunjung. Mungkin beratur panjang untuk masuk ke menara.
Terdapat tempat letak kereta yang terhad, dan pilihan terbaik adalah dengan hanya menempah pengambilan dari hotel anda. Jangan lupa bawa kad pengenalan kerana ia mesti ditunjukkan semasa membeli tiket. Anak tempatan atau yang beralamat di Melaka pada kad pengenalan, akan dapat harga tiket lebih murah daripada yang lain.

Tiket boleh beli di

Menara Taming Sari Melaka

The Shore Sky Tower

Tempat yang bagus untuk bersiar-siar. Lebih baik pada waktu siang / petang untuk menggunakan teropong yang disediakan di sana.

Kalau pada waktu malam, anda dapat melihat lampu di sekitar bandar melaka.

Tiket boleh beli di

The Shore Sky Tower Melaka

Melaka illusion 3D Art Museum


Terdapat begitu banyak gambar 3D untuk diterokai dan untuk di ambil gambar. Tempatnya juga bagus kepada anak-anak kerana ada maksud di setiap gambar. Tempat yang mesti dikunjungi oleh ibu bapa yang mempunyai anak kecil.

Tiket boleh beli di

Melaka illusion 3D Art Museum Melaka

Upside Down House

Tempat yang bagus untuk membawa anak-anak dan keluarga. Sangat menyeronokkan untuk semua peringkat umur dan tempat yang bagus untuk foto yang pelik-pelik. Ia adalah peluang yang baik untuk enjoy dan singgah semasa berjalan di Melaka.

Tiket boleh beli di

Upside Down House Melaka

A’Famosa Waterpark Melaka

Tempat yang bagus untuk bersantai dengan keluarga dan rakan-rakan. Terdapat banyak aktiviti yang menyeronokkan untuk percutian berkumpulan. Antaranya meneroka taman tema dan safari pada waktu siang dan menikmati aktiviti yang luar biasa dan menyeronokkan pada waktu malam. Jangan lupa untuk menonton pertunjukan Red Indian dan menikmati kawad haiwan peliharaan sepanjang malam.

Tiket boleh beli di

Upside Down House Melaka

Melaka Wonderland

Tempat yang bagus untuk bercuti dan basahkan badan. Anda bukan sahaja anda boleh berseronok di taman air dan gelongsor mereka malah anda juga boleh memberi makan binatang yang ada disana.

Tiket boleh beli di

Melaka Wonderland Melaka

Bayou Lagoon Waterpark

Taman tema air ini terletak di dalam kawasan resort yang menawarkan pelbagai aktiviti menarik. Jadi, anda tidak perlu tercari-cari atau memikirkan hotel untuk dijadikan tempat penginapan.
Lokasi Bayou Lagoon ini terletak hanya 15 minit dari bandaraya bersejarah Melaka dan juga berdekatan dengan Ayer Keroh yang mana menempatkan banyak tempat menarik di Melaka.

Tiket boleh beli di

Bayou Lagoon Waterpark Melaka

Cara Untuk Booking Hotel Menggunakan Shopee

Taktahu nak stay mana? Korang baca: Booking Hotel Menggunakan Shopee

Leave a Comment

This site is protected by reCAPTCHA and the Google Privacy Policy and Terms of Service apply.