Contoh Senarai Ucapan Hari Lahir Buat Keluarga Mahupun Sahabat

Hari lahir adalah hari dimana seseorang itu menyambutnya saban tahun. Ada yang akan buat kenduri doa selamat ada juga yang akan jamu keluarga mahupun rakan-rakan.

Pelbagai cara akan dilakukan untuk menyambut hari lahir seseorang. Disamping jamuan makan akan ada juga hadiah diberikan. Maklumla setahun hanya sekali menyambut hari lahir.

Bagi yang berjauhan, hanya ucapan hari lahir mampu disampaikan. Maklumlah zaman sekarang ni cukup mudah. Dengan wujudnya internet, pelbagai medium digunakan untuk menghantar ucapan selamat hari lahir.

Pelbagai jenis ucapan hari lahir akan diberikan dengan tujuan untuk mengeratkan lagi perhubungan sesama keluarga mahupun sahabat.

Artikel kalini kami akan senaraikan beberapa jenis ucapan selamat hari lahir untuk ayah, ibu, adik beradik mahupun sahabat.

1001 Ucapan Hari Lahir Ringkas Dan Menarik

Ucapan Hari Lahir

Berikut merupakan antara ucapan hari lahir yang sesuai buat Ayah, Emak, Keluarga, Kawan & Kekasih

1. Ucapan Hari Lahir Buat Ayah

Berikut merupakan beberapa ucapan hari lahir buat ayah tersayang

Ucapan Hari Lahir Buat ayah

“Ayahku yang tercinta, Selamat Hari Lahir! Terima kasih atas segala kasih sayang, dukungan, dan pelajaran yang engkau berikan kepada kami. Semoga Allah melimpahkan berkat-Nya padamu dan memberikanmu kesehatan yang baik selalu.”

“Ayah, ucapan hari lahir yang penuh kasih untukmu. Semoga usiamu sentiasa dipanjangkan, dikelilingi kebahagiaan dan cinta dari keluarga tercinta.”

“Hari ini adalah hari istimewa, hari lahir seorang ayah yang hebat. Selamat Hari Lahir, Ayah! Semoga Allah melimpahkan berkat-Nya atas hidupmu dan memenuhinya dengan kejayaan dan kesejahteraan.”

“Selamat Ulang Tahun, Ayahku tersayang! Terima kasih atas segala bimbinganmu dan kelembutan hatimu. Semoga Allah memberikanmu kesihatan yang baik dan menjadikan hidupmu penuh keceriaan.”

“Pada hari spesial ini, aku ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir, Ayahku tercinta! Engkau adalah teladan yang luar biasa bagi kami. Semoga Allah melindungi dan memberkati hidupmu selamanya.”

“Ayah, semoga hidup Anda sentiasa dipenuhi dengan kebahagiaan, kesihatan dan kemakmuran di hari ulangtahun Anda yang istimewa ini.”

“Selamat Hari Lahir, Ayah! Aku berdoa agar hidupmu dipenuhi dengan kejayaan dan kesuksesan, dan semoga kita terus bersama dalam kebahagiaan dan harmoni.”

2. Ucapan Hari Lahir Buat Suami

Sesekali berikan ucapan buat suami sempena hari lahir dia

Ucapan Hari Lahir Buat suami

“Sanah Helwah buatmu suamiku yang tersayang, semoga dalam kehidupan sehari-hari bersamamu kau dianugerahkan kesihatan yang terbaik, dimudahkan segala urusan dan diberikan kebahagiaan berpanjangan.”

“Untuk SUAMI Tersayang. Tiada ucapan yang paling indah melainkan DOA yang sentiasa mengiringi setiap perjalananmu. Selamat Hari Lahir suamiku, Semoga dipanjangkan umur, diberikan kesihatan yang baik , dimurahkan rezeki, diberi kekuatan untuk hari-hari seterusnya dan sentiasa dibawah Lindungan Allah S.W.T. SELAMAT HARI LAHIR SUAMIKU”

“SELAMAT HARI LAHIR SUAMIKU TERCINTA
Semoga di hari yang bahagia ini,Allah s.w.t sentiasa memberikan taufik,rahmat,barakah juga lindungan kesihatan,hidayah dan redhaNYA.
Semoga dipanjangkan umur,dilimpahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan dunian dan akhirat.”

“Semoga dengan dipertambahkan usia,dijadikan insan yang mulia, sentiasa disayangi Allah dan menyayangi Allah.”

“Ya Allah, panjangkanlah usianya, lindungilah dia dari sesuatu yg buruk berlaku kepadanya, permudahkanlah segala urusannya sepanjang dia keluar mencari rezeki buat keluarga kami, berkatilah rezeki yang diperolehnya dengan rahmatmu. Kau bantulah dia,permudahkan urusannya agar tercapai segala cita-citanya. Limpahkanlah ampunanMu kepada suamiku ya Allah, seperti dia selalu memaafkan kesalahan dan kekuranganku. Semoga segala kebaikannya di dunia dan setiap titik peluh keringat yang keluar di balas pahala serta syurga buatnya.”

3. Ucapan Hari Lahir Buat Emak

ANtara senarai ucapan hari jadi buat emak

Ucapan Hari Lahir Buat ibu

“Selamat hari jadi mak, terima kasi kerana telah mengandungkan kami anak2 mak, melahirkan, membesarkan, mendidik dan membesarkan kami semua, sememangnya tidak terbalas segala penat lelah dan jasa mu.”

“SELAMAT HARI LAHIR IBUKU
Semoga diberi kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki sentiasa, dalam rahmat dan lindungan Allah SWT. Tiada kata² yang mampu anakmu lafazkan untukmu wahai Ibuku melainkan ucapan Selamat Hari Lahir buat Ibu tercinta. Terima kasih sebab sudi memahami hati dan perangai anakmu ini”

4. Ucapan Hari Lahir Buat Isteri

SELAMAT HARI LAHIR ISTERIKU
tiada susunan ayat yang istimewa untuk mu. Hanya ucapan ringkas yang mampu dilakarkan. buat isteri tersayang, semoga allah lindungi setiap langkah mu, semoga diberi kesihatan yang sentiasa sihat, di panjangkan umur dilimpahkan rezeki, jadi isteri yang baik dan solehah, aminnnnnn”

“Semoga dengan bertambahnya usia. Menjadikan insan yang mulia.
Sentiasa disayangi Allah dan menyayangi Allah. Semakin barakah umurmu. Pahala bertambah dan segala urusan dipermudahkan. Semoga Allah selalu ada.Selalu menjaga dan melindungi dirimu dan InsyaAllah menjadi mama yg terbaik untuk anak kita. Selamat Hari Lahir Buat Isteriku Yang Tercinta”

“Tiada susunan ayat yang istimewa, Hanya ucapan Ringkas yang mampu diLakarkan SELAMAT HARI LAHIR SAYANG”

Boleh belikan hadiah Untuk mereka dengan senarai Hadiah Untuk Perempuan ini

5. Ucapan Hari Lahir Buat Anak

Ucapan Hari Lahir Buat anak

“Selamat ulang tahun kelahiran buat anak ku sayang Semoga Allah melindungi setiap langkahmu, di murahkan rezeki, diberi kesihatan yg baik dan dipanjangkan umur, serta menjadi anak yg soleh serta taat akan perintah Allah..juga doakan semoga berjaya di dunia dan akhirat.. Aamiin”

“Semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dunia akhirat dan dalam lindungan Allah SWT selalu serta menjadi contoh teladan terbaik buat adikmu. Tiada kata-kata dan ayat yang mampu untuk dilafazkan kepadamu wahai anak ku tercinta melainkan ucapan Selamat Hari lahir Buat Mu”

“SELAMAT HARI LAHIR KE- XX TAHUN
Semoga Sentiasa Dilindungi Dan Dirahmati Allah Swt … Diberikan Kesihatan Yang Baik… Dipanjangkan Usia… Dan Dipermudahkan urusan dunia akhirat”

” Ya allah jadiknlh anakku orang yg engkau pilih untuk menabur kebaikkn..”

“Ya allah beriknlah anak kami kesihatan, keselamatan, murahknlah rezekinya,jadiknlh dia anak yang soleh dan dapat berbakti kepada kedua org tuanya serta berjaya didunia dan akhirat”
Jadilh yg terbaik untuk diri sendiri dan keluarga aminnn”

6. Ucapan Hari Lahir Buat Sahabat

“Sannah Helwah Barakallah fii umrik. Semoga Allah memberkati usiamu.
Ucapan Selamat Hari Lahir buat sahabat tersayang XXXX yg ke XX tahun. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Aaminn”

“Sannah Helwah! Semoga lebih banyak kegemilangan menantimu di masa-masa mendatang.”

7. Hari Lahir Buat Diri Sendiri

“Selamat hari lahir untuk diri sendiri. Terima kasih Allah kerana masih memberi kesempatan untukku terus menjalani kehidupan di muka bumi-Mu. Semoga hari-hari yang bakal mendatang lebih baik dalam kehidupanku. Semoga Allah melindungi saya serta orang orang yang tersayang.”

“Alhamdulillah..meningkat ke 1 anak tangga usiaku. Moga meningkatnya usiaku, bertambah juga amalanku, dikurniakan kesihatan yang baik agar dapat melakukan ibadah dengan baik dan selesa.mendapat umur yang barokah, kejayaan serta kebahagiaan didunia juga akhirat.”

“Syukur Alhamdulillah masih diberi Nikmat hidup & peluang bernafas lagi dibumi Allah ini.
Semoga Allah melindungi setiap langkahku, dipermudahkan segala urusanku, diberikan kesihatan yang baik…dipanjangkan usia.. dimurahkan Rezeki & dikurniakan kebahagiaan bersama ank²..menantu² & cucu² tersayang didunia & Akhirat”

8. Ucapan Hari Lahir Dalam Islam

“Selamat Hari Lahir! Semoga selalu diberikan kesihatan dalam sisa usia yang berkah, semoga dengan bertambahnya umur, Allah memberikan redhaNya dalam setiap langkahmu. Barakallahufiikum..”


“Semoga Allah selalu memberkati hidupmu, memberikan umur yang panjang. Semoga kehadiranmu selalu mampu menjadi penyeri hidup kami, serta ubat dan penyejuk hati kami. Selamat hari lahir anakku!”

“Sannah Helwah. Semoga fikiranmu semakin luas dan cerdas. Semoga hatimu semakin bersih dan bijak. Semoga akhlakmu semakin terampil menawan dalam kebajikan.”

“Barakallah Fii Umrik. Ya Allah, panjangkanlah umur sahabatku. Kurniakanlah kesihatan yang baik kepadanya. Terangkanlah hatinya dengan nur pancaran iman. Tetapkanlah hatinya. Perluaskanlah rezekinya. Dekatkanlah hatinya kepada kebaikan. jauhkanlah hatinya pada kejahatan. Tunaikanlah hajatnya baik hajat dalam agama, dunia mahupun akhirat.”

“Selamat Hari Lahir buat sahabat-sahabatku! Semoga rahmat Allah sentiasa bersama kamu. Mudah-mudahan dengan pertambahan umur, seiring dengan pertambahan ibadah kepadaNya.”

9. Ucapan Hari Lahir Buat Kekasih

“Tawa dan tangis silih berganti, menyertai setiap langkah perjalanan hidupmu, tanpa terasa sudah bertambah 1 tahun usiamu, biarkanlah aku mengiringi langkah kebahagiaanmu di hari ini esok dan seterusnya.”

“Selamat ulang tahun untuk seseorang spesial yang telah membawa banyak kebahagiaan di hatiku. Aku begitu bersyukur atas saat-saat yang kita lalui bersama, dan aku hara kebahagiaan kita tak pernah berakhir.”

“Terima kasih telah hadir dalam kehidupanku dan mewarnai hari-hariku. Semoga di usiamu yang sekarang, kamu akan semakin bahagia dan mencapai segala cita-citamu. Selamat ulang tahun kekasihku.”

Anda ada ucapan hari lahir yang best-best. Jom kongsikan dengan kami.

Jangan lupa subsciribe telegram kami iaitu Telegram Contoh

Leave a Comment