Contoh Ucapan Hari Lahir Untuk Ayah Tersayang

Ucapan hari lahir untuk Ayah kadang-kadang payah untuk di ucapkan oleh mulut. Jadi kami kongsikan dengan anda senarai ucapan hari lahir dan juga kad untuk anda bagi secara whatsapp atau mana-mana media sosial.

Ayah, Abah, Papa, Baba, Walid, dan sebagainya merupakan antara gelaran yang sering dipanggil oleh seorang anak kepada ayahnya.

Ayah ni nampak aje garang tapi sebenarnya ada satu sifat kelembutan dalam dirinya. Ayah tak pernah menunjuk akan sikap lembutnya namun ayah amat menyayangi anaknya.

Pernah suatu ketika ayah saya menasihati saya yang ketika tu tengah dalam keadaan rebel terhadap kerajaan. Ayah mintak saya supaya berhati-hati sebab kita ada keluarga. Nanti jadi apa-apa susah.

Sampai sekarang saya masih teringat akan nasihat ayah. Banyak lagi nak cerita tapi itulah, sebak pula nanti sebab ayah saya dah meninggal dunia hampir 2 tahun. Al Fatihah buat arwah.

Apapun jom kita tengok contoh ucapan selamat hari lahir untuk ayah tersayang.

Ucapan Hari Lahir Untuk Ayah Tersayang

Selamat Hari lahir AYAH
Untuk AYAH Tersayang..
Tiada ucapan yang paling indah melainkan DOA yg sentiasa mengiringi setiap perjalananmu.
Selamat Hari Lahir AYAH.
Semoga dipanjangkan umur,
diberikan kesihatan yg baik,
dilimpahi rezeki,
diberi kekuatan untuk hari-hari seterusnya
dan sentiasa dibawah Lindungan Allah S.W.T
‎اَللهُمَّ اغْفِرْلِىْ ذُنُوْبِىْ وَلِوَالِدَىَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِىْ صَغِيْرًا
YA ALLAH ENGKAU PANJANGKAN UMUR AYAHKU, KAU KASIHILAH DIA SEPERTIMANA DIA MENGASIHANI KAMI SERTA MENJAGA SEMASA KAMI MASIH KECIL…AAMIIN YRA
SELAMAT HARI LAHIR Ayah.

Sannah Helwah Barakallah Fil Umrik
Selamat Hari Lahir untuk ayah tersayang yang KE XX
Tiada ucapan yang paling indah melainkan doa yang sentiasa mengiringi setiap perjalanan ayah
Selamat Hari Lahir buat ayah,kami semua sayang ayah dunia akhirat.
Semoga dipanjangkan umur,diberikan kesihatan yang baik,dimurahkan rezeki,diberi kekuatan untuk hari-hari seterusnya dan sentiasa dibawah Lindungan Allah S.W.T
‎اَللهُمَّ اغْفِرْلِىْ ذُنُوْبِىْ وَلِوَالِدَىَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِىْ صَغِيْرًا
YA ALLAH ENGKAU PANJANGKAN UMUR AYAH KAMI DAN SIHATKAN
TUBUH BADANNYA.

Selamat hari lahir ayah…
Mungkin ucapan ringkas dari seorang anak itu sudah cukup untuk menceriakan hati seorang ayah..
Ayah..
Kasihmu tiada tandingan,
Ketegasanmu mencorak kehidupan kami semua ,menjadikan kami insan berguna,pengorbananmu tak terbalas,penat lelahmu tak terbayar,
Terima kasih ayah atas segalanya..
Selamat hari lahir ayah..
Semoga Allah memberkati hidupmu d dunia dan d akhirat,
Semoga ayah d kurniakan kehidupan yang baik dan bahagia berpanjangan,
Semoga d kurniakan rezeki yang melimpah ruah,
Semoga d kurniakan kesihatan yang baik serta panjang umur.
Amin..
Kami ank2 sayang ayah selama-lamanya..
Terima kasih ayah.

Happy birthday abah
Tiada susunan ayat yang istimewa
Hanya ucapan dan doa ringkas yang mampu dilakarkan untuk seorang bapa yang bernama Ayah
SELAMAT HARI LAHIR untuk Abah. Semoga Allah lindungi setiap langkah Abah , Semoga diberikan kesihatan yang baik , dipanjangkan umur , dimurahkan rezeki , diberikan kebahagiaan dunia dan akhirat . Aamiin . Kami semua sayang Abah

Happy birthday abah. Semoga setiap titis peluh yang mengalir kerana untuk membesarkan anak abah ini dibalas dengan ganjaran pahala yang tiada henti oleh Allah SWT. Thank you abah kerana menjadi abah saya yang tersangat terbaik.

Aku tahu setiap titik keringat yang ayah keluarkan adalah satu bentuk pengorbanan untuk keluarga. Ayah, selamat hari lahir. Semoga diberikan kesihatan dan rezeki yang diberkati, dan sentiasa berada dalam limpahan rahmatNya. Amin.

Istimewa untuk mu AYAH…
Hanya ucapan dan doa mampu dilakarkan. Selamat hari lahir ayah
ku
Semoga Allah lindungi setiap langkah mu…
Semoga diberi kesihatan yang baik serta dipanjangkan usia…
Dimurahkan rezeki…
Dipermudahkan segala yang dilalui…
Terima kasih jadi AYAH yang sempurna dunia akhirat buat kami sekeluarga…
Happy Birthday ayoh
.

Selamat Hari lahir buat ayah
Tiada ucapan yang paling indah melainkan DOA yang sentiasa mengiringi..
Semoga dipanjangkan umur, dilimpahkan rezeki, diberikan kesihatan yang baik,diberi kekuatan untuk hari-hari seterusnya Dan sentiasa dibawah lindungan ALLAH S.W.T.
Terima kasih menjadik ayah mentua yang baik
YA ALLAH…PANJANGKANLAH UMUR AYAH..
BERIKAN KESIHATAN TUBUHNYA…LIMPAHKAN REZEKINYA…LINDUNGILAH AYAH…RAHMATILAH DAN BAHAGIAKANLAH HATI NYER SELALU … Aamiin YRA
SELAMAT HARI LAHIR AYAH

Ucapan untuk Arwah Ayah yang Telah Meninggal

Selamat hari lahir buat arwah ayah
Tiada lagi ucapan ,hadiah yang paling indah melainkan doa buat ayah ..
Semoga Allah tempatkan ayah bersama orang-orang beriman, semoga ayah tenang dan bahagia disana Aamiin ya rabbal alamin..
Rindu tiada penghujung

Selamat Hari Lahir buat arwah ayah, Satu-satunya lelaki yg tak pernah kecewa kan hati aku, lelaki pertama yang aku cinta. Akak doakan ayah tenang disana. Akak rindu ayah sangat-sangat. Rindu nak dengar suara ayah, rindu nak dengar ayah marah, gurau senda ayah, nak dengar ayah nyanyi ..Perginya ayah ,akak hilang seorang yang selalu bagi akak nasihat, bagi kasih sayang, tempat ngadu masalah dan sokongan..Akak hilang semua tu. Rindu yg tiada penghujung. Akak sayang ayah. Al-Fatihah

Al-Fatihah untuk arwah Ayah. Walaupun ayah sudah tiada, saya dan adik-beradik yang lain sentiasa merindui, menyayangi, dan mendoakan ayah. Semoga tenang di sana ayah. Kita jumpa di syurga ya.

Kad Happy Birthday Wishes Untuk Ayah

Kad happy birthday wishes boleh muat turun untuk ayah anda dan pos di mana-mana media sosial. Jangan lupa pos sekali dengan ucapan hari lahir untuk ayah di atas ye. Kad ni dibuat dari canva aje. Kalau korang berminat boleh cari di canva juga tau.

ucapan hari lahir untuk ayah
selamat hari jadi ayah
ucapan birthday ayah
ucapan selamat hari jadi
ucapan selamat harijadi ayah
selamat harijadi ayah
ucapan hari lahir ayah
selamat hari lahir ayah
ucapan hari jadi ayah

Baca juga

Leave a Comment