Contoh Ucapan Selamat Pagi Yang Menarik

Ucapan selamat pagi adalah dengan tujuan untuk memberi kata-kata semangat pada diri kita dan juga sesiapa yang membaca. Jadi tiada salahnya jika kita memberi ucapan. Cuma janganlah lepas beri ucapan, terus kita tarik selimut balik.

Contoh Ucapan Selamat Pagi

Ni saya ada share beberapa ucapan selamat pagi beserta gambar background yang sesuai untuk semua dengan doa sekali supaya hari yang dilalui akan diberkati oleh ALLAH SWT.

  1. Assalamualaikum Selamat Pagi.
    Teruskan hari anda dgn rasa syukur.
    Teruskan hari anda dengan senyuman .
    Walaupun beribu dugaan melanda, yakinlah pasti ada jalan penyelesaiannya.
    Allah Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.
  1. Assalamualaikum.
    Selamat Pagi sahabat yang hebat.
    Ucapan Selamat Pagi Sabtu Yang Indah.
    Kebahagian Kita tidak sama dengan orang lain, Biar pun hidup Kita cuma sederhana Senyumlah dan syukurlah kerana Kita tetap Rasa BAHAGIA
    Ucapkanlah..
    ALHAMDULILLAH DIATAS SETIAP HEMBUSAN NAFAS YANG ALLAH BERIKAN KEPADA KITA
    Semoga Rezeki ku dan sahabatku yg positif dihujani rezeki yang berkat melimpah ruah dan di permudahkan segala urusan.
    Yakinlah rezeki itu jaminan Allah.
    Aamiin.
  1. Mulakan dengan Bismillah dan akhiri dengan Alhamdulillah syukur..
    Assalamualaikum
    Selamat pagi sahabat
    Semoga sentiasa sihat ceria, dilimpahkan Rezeki, diberkati , dilindungi ALLAH SWT hendaknya dan dipermudahkan dalam apa jua urusan kita hari ini.
    Aamiin Ya Allah Ya Mujib
  1. Allahumma solli ala muhammad
    Assalamualaikum
    selamat pagi semua
    “Ya Allah, Jadikanlah pagi ini, pagi yang penuh ketenangan, keberkatan, dibuka segala pintu2 rezeki ,pintu2 kebaikan dan dipermudahkan segala urusan kita semua,
    Aamiin ya mujib
  1. Selamat pagi dan salam jumaat semua..
    Semoga dipermudahkan urusan kita hari ini, dibukakan pintu rezeki yang luas dan segala pintu kebaikan buat diri kita, keluarga, sahabat2 dan semua orang yang kita hormati. Sayang dunia akhirat. Ameeen
  1. Bismillahirrahmanirrahim
    Assalamualaikum dan Selamat Pagi
    Allahumma Solli ‘ala Sayyidina Muhammad wa’ala Aali Sayyidina Muhammad.
    Ya Allah jadikanlah pagi ni awal yang indah,
    Semoga dipermudahkan segala urusan , digandakan rezeki dan makbulkan segala doa kita semua…
    Aamiin Ya Rabbal’alamiin
    Assalamu alaikum wbt..
    Selamat pagi.
  1. Ya Allah,
    Jadikan pagi ini sebagai pembuka pintu rezeki dan keberkatan, pintu kebaikan dan kenikmatan, pintu kesabaran dan kekuatan, pintu kesihatan dan keselamatan serta segala pintu REZEKI bagi kami.
    Aamin..
    Selamat pagi semua
  1. Banyak tak semestinya hebat,kurang tak semestinya terlewat. Semuanya tentang Waktu.Biar Allah tentukan kadar rezeki yang berkat untuk kita.
    Selamat Pagi
  1. Assalamualaikum….
    Selamat Pagi Semua Sahabat-Sahabat Hebat
    Tiada kata secantik bahasa
    Tiada ucapan seindah doa…
    Selamat Pagi sabtu yang berkat untuk semua Sahabat² Yang Positif
    Salam menjemput rezeki…
    Semoga setiap amalan harian kita diterima oleh Yang Maha Esa.
    Aamiin
  1. Assalamualaikum
    Selamat pagi hari yang indah
    Salam menjemput Rezeki
    Mulakan pagi dengan syukur
    Mulakan pagi dengan positif
    Mulakan pagi dengan semangat dan usaha
    Mulakan pagi dengan Impian dan tindakan
    MASA manfaatkan dengan sebaiknya
    Semoga setiap usaha dan DOA Kita menemukan hasil yang Indah, bangkit dengan semangat baru, letakkan pengharapan kepada Allah SWT dan buat sesuatu dengan ikhlas dan rasai syukur dengan nikmat.. In syaa Allah
    Aamiin Ya Allah Ya Mujib
  1. Salah satu nikmat Allah yang patut kita syukuri adalah masih dapat bernafas dan menghirup udara pagi.
    Selamat pagi
  1. Assalamualaikum
    Selamat pagi yang indah
    Salam menjemput rezeki melimpah ruah sahabat positif
    Mulakan ucapan yang baik²
    Fikir yang baik²
    Insha’Allah semua datang yang baik²
    Semoga Allah permudahkan segala urusan dan memakbulkan segala doa kita semua
    Aaminn-aminn ya Rabbal Alamin
  1. Fokus dengan rezeki yang kita dapat. Jangan fokus apa yang ada pada orang lain.
    Rezeki tak penah salah Alamat. Akan datang pada kita tepat pada waktu nya. Andai tertulis memang rezeki kita, dihempas gelora tetap menjadi rezeki kita.
    Assalamualaikum, Selamat Pagi
  1. Assalamualaikum wbt…
    Selamat pagi Sabtu..
    Salam Sejahtera..
    Mulakan pagi yang indah ini dengan Basmalla …dan Senyuman..
    Selamat menjalankan segala urusan dengan niat kerana Allah..
    Lakukan yang terbaik dgn niat yang baik²..
    Semoga setiap apa² yang dilakukan akan diberkati Nya.
  1. Assalammualaikum.
    Selamat pagi yang indah. Semoga Hari ini baik baik untuk semua
    Jom perbanyakkan istigfar,
    dan perbanyakkan selawat.
    اَللَّهُمَّ صَلِّ على سيدنا مُحَمَّدٍ وَ عَلَى آِل
    سيدنا مُحَمَّدٍ.
    “Allahhumma soli’ala Saiyidina Muhammadh wa’ala ali Saiyidina Muhammad”ُ
  1. ASSALAMUALAIKUM. SELAMAT PAGI
    Ya Allah ringankan beban hidup kami hari ini.
    Bukakanlah pintu rezeki, berikan nikmat kesihatan jasmani dan rohani pada kami agar kami boleh terus berbuat kebaikan.
    Aamiin
  1. Assalamualaikum Wbt Selamat Pagi & Salam Sabtu Buat Semua Sahabat
    السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ..
    سلامت ڤاݢي..
    بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيم
    Ya Allah Di Pagi Yang Ceria Ini Ampunkanlah Dosa-Dosa Kami, Dosa Kedua Ibubapa Kami,Seluruh Ahli Keluarga Kami, Saudara-Saudara Kami, Sahabat-Sahabat Kami Dan Seluruh Umat Islam. Panjangkan Umur Kami,Kurniakan Kami Keselamatan & Kesihatan Yang Baik. Tunjukilah Kami Jalan Yang Benar. Berkatilah Kehidupan Kami Di Dunia Dan Di Akhirat Dan Masukkanlah Kami Ke Dalam Syurga Mu..
    Aamiin…Aamiin…Aamiin
    Ya Robbal’Alamin
    وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ.
    آمِّيْنَ, آمِّيْن, آمِّيْن,َ يا رَبَّ الْعَالَمِيْ
  1. Selamat Pagi. Ya Allah, jika rezekiku masih ada dilangit, aku mohon turunkanlah. Jika di bumi keluarkanlah. Jika sukar, permudahkanlah. Jika haram, sucikanlah. Jika jauh, aku mohon dekatkanlah.

Background yang Boleh Digunakan Dengan Ucapan Selamat Pagi

Ini antara beberapa contoh background yang korang boleh guna. Saya buat dari canva je ni. Cukup mudah. Search je template good morning

ucapan good morning
ucapan selamat pagi
kata-kata selamat pagi
selamat pagi kata semangat
kata kata semangat pagi

Penutup

Moga dengan ucapan selamat pagi dan doa ini, hidup anda akan sentiasa dirahmati ALLAH SWT. Sentiasa beri kata-kata positif supaya jiwa kita akan sentiasa positif.

Baca juga

Leave a Comment