Kepada warga Selangor yang dalam kesusahan khususnya golongan Asnaf yang memerlukan bantuan, anda boleh membuat permohonan dari Lembaga Zakat Selangor. Sekiranya tiada masa untuk ke kaunter, anda boleh mohon secara online. Kami akan kongsikan kepada anda maklumat dan cara untuk membuat permohonan bantuan zakat online dari Lembaga Zakat Selangor.
LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (LZS)
Lembaga Zakat Selangor (MAIS) yang ditubuhkan 20 tahun lalu menjadi institusi zakat yang terus komited menguruskan dan memanfaatkan potensi kutipan zakat. Ianya bertekad memberi perkhidmatan berkualiti yang menyeluruh dan berterusan bagi urusan kutipan dan agihan zakat berlandaskan hukum syarak bagi memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan.
Syarat Umum Wajib Zakat
Setiap individu yang ingin membayar zakat harus di ambil kira syarat wajib zakat yang perlu difahami dan dipenuhi sebelum membuat taksiran. Syarat-syarat tersebut ialah:
Rukun Zakat
Kriteria Penerima LEMBAGA ZAKAT SELANGOR (LZS)
Setiap pemohon akan dinilai kelayakannya berdasarkan kadar Had Kifayah yang disediakan. Sekiranya kelayakan pemohon melebihi Had Kifayah, amil mesti mengambil kira kesukaran lain bagi pemohon jika ada untuk turut dipertimbangkan
Status pekerjaan pemohon iaitu sama ada tetap atau sementara.
Pemohon atau ahli keluarga menghadapi masalah kesihatan kronik, sakit yang memerlukan kos rawatan berterusan atau kecacatan anggota yang menghalang daripada bekerja secara aktif.
Pemohon berumur lanjut atau tidak berupaya bekerja
Pemohon menanggung anak yang ramai
Ibu bekerja atau bapa tunggal yang memerlukan tambahan kos penjagaan anak-anak semasa bekerja
Lain-lain kesusahan yang dikenalpasti
Permohonan Online Lembaga Zakat Selangor
Sudah buat permohonan bantuan dari Lembaga Zakat Selangor (LZS), tapi belum terima apa-apa pemakluman status bantuan anda?
Jangan risau, kini anda boleh layari E-Zakat Online (EZO) untuk menyemak status permohonan bantuan anda. Perkhidmatan selama 24 jam dan sentiasa dikemaskini untuk pemohon.
Layari https://ezo.zakatselangor.com.my/ untuk mengetahui status permohonan zakat anda. Dengan EZO, segalanya menjadi mudah dan pantas.
Cara Semak Online Lembaga Zakat Selangor
Mudah saja, anda hanya perlu daftar dahulu (jika pertama kali). Pastikan maklumat diri ketika daftar EZO adalah sama seperti dalam permohonan yang dihantar.
Selepas selesai mendaftar, segala permohonan anda yang telah disemak akan dipaparkan melalui EZO.
Untuk menyemak dan mendaftar Online Lembaga Zakat Selangor, sila klik: Semakan dan Pendaftaran Lembaga Zakat Selangor
Semoga dipermudahkan.
Semak Status Permohonan Lembaga Zakat Selangor
Semakan status permohonan bantuan Lembaga Zakat Selangor kini lebih mudah melalui online.
Tiga langkah mudah:
Selain semakan melalui online, status permohonan bantuan juga boleh di semak melalui talian 1 300 88 4343 atau datang ke cawangan Zakat Selangor berhampiran.
Bantuan Lembaga Zakat Selangor Kepada asnaf fakir/miskin dan muallaf
Sekiranya mereka berdaftar sebagai asnaf fakir/miskin dan muallaf boleh merujuk terus dengan Penolong Amil Kariah atau Eksekutif Operasi Agihan Daerah di kawasan masing-masing.
Layari: Bantuan Lembaga Zakat Selangor
Senarai Bantuan Lembaga Zakat Selangor
Antara senarai bantuan Lembaga Zakat Selangor yang sering dipohon oleh asnaf :
Cara Memohon Lembaga Zakat Selangor
Untuk memohon lembaga zakat selangor anda perlulah mengisi Borang Permohonan Bantuan Zakat. Borang Permohonan boleh diperolehi di bawah.
Bantuan Lembaga Zakat Selangor Kepada Pemastautin Tetap
Ramai yang bertanya samada Pemastautin Tetap boleh memohon bantuan Lembaga Zakat Selangor.
Ya. Ini adalah borang kami yang telah diguna pakai sekian lama.
Syarat Umum Permohonan Bantuan :
Selangor tidak kurang tiga (3) tahun (tidak tertakluk kepada asnaf Ibnu Sabil)
Download Borang Permohonan Bantuan Zakat Selangor
Boleh download borang di sini :
Klik Sini Untuk Download Borang Permohonan Bantuan Zakat Selangor
Tutorial permohonan dan semak bayaran
Mungkin ramai masih keliru cara nak tengok status permohonan atau semakan bayaran zakat di Lembaga Zakat Selangor. Tonton tutorial ini, kini lebih mudah untuk buat semakan. Jimat duit, jimat masa, jimat tenaga.
Borang Permohonan Bantuan Zakat Selangor di: https://www.zakatselangor.com.my/agihan-zakat/permohonan-zakat/
Contact
Lembaga Zakat Selangor, 3-01-1, Presint ALAMi, Pusat Perdagangan WorldWide 2, Persiaran Akuatik, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor,
Tel: +603-8314 2222
Fax: +603-8314 2233 / 2244
Talian Zakay Selangor: 1 300 88 4343
Baca juga: Cara Tukar Kad ATM Maybank Online