Contoh Penghargaan

0
267
CONTOH PENGHARGAAN

Jemput Baca Beberapa Contoh Penghargaan Sebagai Rujukan Anda

Mengikut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka penghargaan bermaksud: perihal (perbuatan) menghargai; penghormatan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Bagaimana untuk menulis penghargaan ?
Penghargaan terbahagi kepada 3 bahagian kebiasaannya.
3 Bahagikan penghargaan iaitu:
a)Pengenalan
b)Nama penyumbang
c)Penutup (boleh sertakan pantun @ yang sewaktu dengannya).

Berikut beberapa contoh penghargaan untuk rujukan anda

Contoh Penghargaan 1

Syukur Alhamdulillah dan setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kehadrat ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat saya menyempurnakan tugasan bagi kod subjek keusahawanan (SUK 1011) ini dengan jayanya.

Dengan kesempatan yang ada ini saya amat berbesar hati untuk menghadiahkan jutaan terima kasih kepada Puan Nor Kamilah Bt. Wan Idris ,selaku Pensyarah Usahawan kerana telah meletakkan sepenuh kepercayaan beliau kepada saya untuk melunaskan tugasan yang diberikan.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang tidak putus-putus dalam usaha membantu menyempurnakan tugasan ini terutamanya kepada pensyarah saya Puan Nor Kamilah Bt. Wan Idris atas budi bicara beliau dalam memberi tunjuk ajar sepanjang masa tugasan ini dijalankan. Selain itu, saya turut berterima kasih kepada rakan-rakan seperjuangan saya kerana telah banyak menghulurkan bantuan dan kerjasama bagi merealisasikan usaha menyempurnakan tugasan ini dengan jayanya.

Ucapan ini juga ditujukan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan tugasan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung . Segala bantuan yang telah mereka hulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan mereka semua tugasan ini mungkin tidak dapat dilaksanakan dengan baik.

Sekian, terima kasih.

Contoh Penghargaan 2

Alhamdulillah ,
dengan penuh kesyukuran kehadrat Ilahi kerana limpah kurnianya , dapat saya menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya . Saya mengucapkan sepenuh penghargaan kepada;

Puan Erni Binti Azmee ,
Pensyarah Kekomputeran (TIV 1021) , di atas kepercayaan beliau memberi tugasan ini kepada saya dan juga rakan seperjuangan saya . Dimana beliau banyak membantu saya sepanjang proses tugasan ini disiapkan .

Dengan kesempatan ini saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada kedua ibu bapa saya yang telah banyak mendorong saya untuk terus berusaha . Dan saya juga ingin menghadiahkan sekalung terima kasih kepada rakan-rakan saya yang telah banyak membantu dan mencetuskan idea saya sepanjang proses penyiapan tugasan dilaksanakan . Dalam menyiapkan tugasan ini , banyak yang telah saya pelajari sepanjang penyiapan kerja kursus ini dilakukan . Ianya memberi saya seribu satu makna dalam menimba ilmu ini .
Syukur Alhamdulillah .

Sebelum saya mengundur kata , terimalah serangkap kata
Bak kata pepatah melayu

‘’ Lentur Buluh , Kerana Rebungnya ”

Contoh Penghargaan 3

Bismillahirahmanirahim ,

Dengan penuh kesyukuran kehadrat Ilahi kerana limpah kurnianya, dapat saya menyelesaikan tugasan kerja kursus ini dengan penuh jayanya. Saya mengucapkan sepenuh penghargaan kepada Cik Faridah Bt. Mohamad kerana meletakkan kepercayaan beliau kepada saya untuk menyiapkan kerja kursus ini dalam tempoh yang ditetapkan.

Cik Faridah Bt. Mohamad pensyarah Pengajian Malaysia, beliau yang telah banyak membantu sepanjang proses tugasan ini disiapkan. Saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada beliau dan juga rakan-rakan saya yang telah banyak mencetuskan idea kepada saya sepanjang proses penyiapan tugasan ini .

Syukur Alhamudulillah, dalam menyiapkan tugasan ini banyak yang telah saya pelajari sepanjang proses penyiapan kerja kursus ini dijayakan. Ianya memberi saya seribu satu pengalaman yang amat bermakna.

Contoh Penghargaan 4

Alhamdulillah,
bersyukurnya saya Kehadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya memberikan saya kesempatan bagi menyiapkan tugasan laporan industri ini dengan dilaksanakan mengikut prosedur-prosedur yang telah ditetapkan.

Bagi menyiapkan tugasan laporan L.I ini yang meliputi kerja-kerja harian semasa praktikal dimana telah dilaksanakan semasa menjalani latihan industri selama tempoh enam bulan. Setiap tugasan adalah dibawah pemerhatian Pengarah Urusan dan Penyelia yang sentiasa berusaha untuk meningkatkan mutu kerja dan tugasan yang diberikan dalam masa yang telah ditetapkan.

Saya berharap agar kerjasama dan sokongan yang telah diberikan akan membuahkan hasil di masa hadapan dengan harapan akan beroleh kejayaan.
InsyaAllah.

Terima kasih juga diucapkan kepada penyelia, guru-guru dan rakan-rakan yang banyak membantu saya dalam tempoh penyiapan laporan ini dilaksanakan.Terima kasih juga kepada Penyelia saya yang sudi menerima saya untuk menjalani latihan industri di kilang beliau selama tempoh enam bulan.

Contoh Penghargaan 5

Assalamualaikum w.r.t…..

Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurnianya setelah bertungkus lumus dapat saya menyiapkan tugasan berkumpulan Pengenalan Hubungan Antarabangsa ini dalam jangka masa yang telah ditetapkan. Terlebih dahulu, jutaan terima kasih diucapkan kepada pensyarah mata pelajaran …………………….. kami iaitu Encik ……………. Beliau telah banyak membantu kami dalam menjalankan tugasan ini dan telah berusaha memastikan agar segala penyampaian pengajarannya difahami oleh kami.

Ucapan terima kasih juga kepada rakan-rakan saya yang banyak memberi sokongan dan kerjasama yang erat kepada kepada saya semasa proses menyiapkan tugasan ini. Budi baik rakan-rakan semua, saya ucapkan berbanyak terima kasih. Tanpa mereka mungkin saya tidak dapat menyiapkan tugasan ini dengan jayanya.

Akhir sekali, ucapan terima kasih kepada sesiapa yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam proses menyiapkan tugasan ini, saya ucapkan berbanyak terima kasih dan setinggi penghargaan kepada mereka yang terlibat. Sekian, Wassalam.

Begitulah serba sedikit mengenai contoh penghargaan untuk rujukan anda. Kami berharap dengan sedikit perkongsian ini boleh membantu anda untuk menulis penghargaan dengan baik.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here