Contoh Resit Bayaran Dan Cara Buat Manual dan Online

Contoh resit bayaran yang terdapat diluar sana ialah merupakan bukti sesuatu pembayaran telah dibuat oleh pembeli kepada penjual dan merupakan sejenis bukti transaksi jual beli telah berlaku.

Tidak kira samada anda membuat servis, jual produk atau apajua dimana akad jual beli terjadi, resit hendaklah dikeluarkan untuk tujuan rekod.

Resit pembayaran adalah berbeza dengan invois dimana invois diberi kepada pembeli sebelum pembayaran berlaku. Boleh refer contoh invois untuk pemahaman lebih detail mengenai invois.

Tujuan Resit Bayaran

Setiap resit ada tujuan ia dikeluarkan. Samada untuk rekod, claim dan sebagainya, berikut merupakan tujuan resit bayaran dikeluarkan oleh penjual kepada pembeli

  • Sebagai bukti pembelian barangan ataupun servis
    • Resit yang diberikan kepada pembeli adalah sebagai bukti sesuatu urusniaga telah berlaku.
    • Juga sebagai rekod untuk penjual yang telah melakukan urusan jual produk ataupun servis
  • Rekod Audit
    • Ia juga sebagai rekod untuk audit samada tujuan cukai atau tujuan pemulangan barang oleh pelanggan
  • Rekod Bayaran Diterima
    • Ia juga sebagai rekod kepada penjual bahawa ada duit masuk ke akaun bank syarikat ataupun perseorangan
  • Bukti Transaksi
    • Sebagai bukti pembelian telah berlaku dan jika hendak membuat pemulangan barang atau servis
  • Stok
    • Sebagai bukti kiraan stok yang terdapat samada perlu tambah ataupun tidak

Contoh Resit Bayaran

Berikut merupakan contoh resit bayaran dari pelbagai kerja contohnya resit saman, resit order online, resit bayaran persekolahan dan sebagainya.

1. Resit Bayaran Saman

resit bayaran saman

Resit saman ini dikeluarkan melalui pembayaran online.

2. Resit Bayaran Online

resit bayaran online

Resit ini dikeluarkan ketika anda membuat pembelian produk atau servis secara online.

3. Resit Bayaran Rasmi

resit bayaran rasmi

Resit ini pula dikeluarkan oleh sesetengah pihak atau kedai dimana anda membeli barang. Kebiasaannya barang tersebut mengandungi warranty jadi resit adalah diperlukan apabila anda hendak membuat ganti rugi barang.

4. Resit Bayaran Sekolah

resit bayaran sekolah

Jenis resit bayaran sekolah ini biasanya dikeluarkan ketika anda buat pendaftaran untuk anak-anak sekolah. Kebiasaannya resit ini menunjukkan jumlah barang yang akan diberi pada anak. Sekiranya terdapat barang yang belum diterima maka resit ini diperlukan untuk mendapatkan barang tersebut.

5. Resit Bayaran Hotel

Resit Bayaran Hotel

Apabila anda membuat tempahan bilik di hotel, resit akan dikeluarkan. Setibanya anda di hotel, kebiasaannya pihak hotel hendak tengok resit bagi menunjukkan anda membuat tempahan tersebut.

Format Resit Bayaran

Setiap jenis resit ada format yang tertentu untuk menunjukkan bahawa sesuatu aktiviti jual beli telah berlaku. Berikut merupakan contoh format resit bayaran yang kena ada dalam sesuatu resit.

Contoh Resit Bayaran Jenis Manual dan Automatik

Antara format yang kena ada dalam resit bayaran ialah

  • Nama Pembeli
  • Nama Penjual
  • Jenis Barang atau Servis
  • Harga Barang atau Servis
  • Tarikh Transaksi
  • Tandatangan

Jenis Resit Bayaran Dalam Perniagaan

Kebiasaannya terdapat 2 jenis contoh resit bayaran yang ramai orang pakai dalam aktiviti jual beli. Tidak kiralah produk ataupun servis. Berikut merupakan jenis resit bayaran yang terdapat dalam perniagaan:

Resit Rasmi Bayaran Tunai atau Cek

resit bayaran rasmi

Resit rasmi ni biasanya dikeluarkan antara penjual dan pembeli yang melibatkan jualan barang yang sedikit seperti beli barang di kedai hardware, bayar orang membaiki paip air atau sebagainya.

Terdapat juga resit bayaran rasmi ini dugunakan untuk pembelian yang berjumlah besar.

Kebiasaannya resit rasmi ni ada dijual di kedai-kedai buku, pasaraya ataupun kedai runcit.

Contoh Resit Bayaran Tunai

resit bayaran tunai

Resit jenis ini terdapat banyak kolum yang menunjukkan pembelian dan terdapat nama-nama item yang dibeli dengan harga.

Kalau yang jenis tak rasmi pun ada. Ni biasanya penjual akan sekalikan dengan produk. Contohnya: “Tuan, resit kami sudah sertakan bersama-sama dengan produk ya.”

Cara Buat Resit Bayaran

Terdapat dua cara untuk resit bayaran kepada pembeli. Samada pembayaran melalui manual atau online.

Manual ni biasa akan ditulis dengan pen maklumat-maklumat pembelian. Dan buku resit bayaran ini boleh dibeli di kedai-kedai atau ditempah. Buku resit yang ditempah kebiasaannya akan mengandungi detail kita. Atau anda juga boleh menggunakan Canva untuk membuat resit.

Jenis online ni pula biasa anda akan dapat jika melakukan pembelian melalui online. Tidak kiralah beli tiket, buku asalkan online. Jua terdapat beberapa platform yang tersedia untuk membuat resit online seperti Simple Invoice, Invoice Simple, atau Zoho Invoice. Anda hanya masukkan sahaja maklumat dan aplikasi tersebut akan keluarkan resit.

Template Resit Bayaran

Terdapat 2 cara untuk buat resit secara online. Caranya cukup mudah je. Dengan template resit online ni anda boleh gunakan untuk resit bayaran, resit pembelian dan sebagainya.

Template Resit dari Invoice Simple

Berikut merupakan resit bayaran template yang diambil dari Invoice Simple. Saya ada berikan link download sekali jika anda berminat.

  • Contoh Receipt Template 1
receipt template 1
  • Receipt Template 2
receipt template 2
  • Receipt Template 3
receipt template 3
  • Receipt Template 4
receipt template 4
  • Receipt Template 5
receipt template 5
  • Receipt Template 6
receipt template 6
  • Receipt Template 7
receipt template 7

Kesemua template resit bayaran ini anda boleh muat turun di Resit Bayaran Template. Terdapat dalam bentuk excel, word, google doc dan juga google sheet.

Template Resit Microsoft

Pihak microsoft juga ada menyediakan resit secara percuma aje. Anda hanya perlu download dan edit untuk menjadikan resit tersebut sebagai resit bayaran anda.

Antara contoh resit yang ada di laman web tersebut adalah seperti gambar di bawah

resit online

Anda hanya perlu klik Muat Turun Resit Online Microsoft dan boleh muat turun. Jangan bimbang. Link ini selamat kerana ia dari microsoft sendiri.

Adakah resit pasaraya termasuk dalam resit rasmi?

Resit pembelian barang di pasaraya adalah jenis resit tunai.

Apa tujuan simpan resit ni?

Tujuan untuk simpan resit adalah bagi tujuan claim atau membuat claim ganti rugi ataupun urusan cukai nanti

Percuma ke download resit bayaran di atas tu?

Ya. Memang percuma ajer. tak kena bayar pun.

Baca juga:

Leave a Comment