8 Homestay Alor Setar Lengkap Dengan Private Pool

Kalau nak ke Kedah tu nak bermalam di Alor Setar mesti korang mencari Homestay Private Pool di Alor Star. Jom baca perkongsian kami.

Homestay Private Pool Alor Setar

Kedah ni banyak tempat menarik boleh dilawati. Sebenarnya bukan tempat menarik aje, malah kedai makan dia semua sedap-sedap. Kak yang gulai temenung, Nasi Yasmeen, Nasi Lan dan macam-macam lagi la. Dengan roti canai celarunya lagi. Fuh memang terliur. Alang-alang cuti sekolah dah dekat ni, dah bolehla start survey tempat mana nak pergi untuk bercuti nanti.

nasi lan kedah
nasi kandar yasmeen
Kak yang gulai temenung

Sekejap. Ada Voucher Agoda: Tekan [maxbutton id=”1″ url=”https://shope.ee/qAi1wpFOC” text=”Voucher Agoda 10% Off” ]

 

So kalau korang ada nak berhajat untuk ke Alor Setar, jangan lupa singgah dekat kedai-kedai makan yang min sebutkan ni tau. Kompem tak menyesal.

Alang-alang nak bercuti ke Kedah ni meh admin listkan beberapa homestay yang boleh muat ramai orang lengkap dengan private pool. Maklumla alang-alang nak bercuti tu, tak seronok kalau tak dapat bercuti dekat homestay yang ada kolam private kan. Kalini admin akan berkongsi senarai homestay di Alor Setar lengkap dengan private pool.

Homestay Murah Private Pool Alor Setar

Homestay Kenyalang Alor Setar with Private Pool

best homestay with private pool


Homestay Kenyalang Alor Setar with Private Pool terletak berhadapan masjid al bukhary jalan langgar dekat sangat dengan exit tol alor setar utara kedah. Homestay ini mempunyai 4 bilik tidur dengan 5 katil serta 2 bilik mandi.

Facebook: Homestay Kenyalang Alor Setar with Private Pool
Alamat Homestay: jalan langgar alor setar kedah , Alor Setar, Malaysia
Contact: 012-526 0263
Harga: RM650 semalam

Homestay Tanjung Bendahara

homestay ada private pool alor star


Apa yang best dekat Homestay Tanjung Bendahara ni bukan saja ada private pool malah tempat bbq pun ada dan yang paling best geng kaki-kaki memancing. Port dekat sini memang menarik bagi kaki pancing. Patin ada, toman ada, keli ada. Senang cerita macam-macam ada.

Antara kelengkapan yang terdapat di Homestay Tanjung Bendahara ini ialah
– 3 bilik (aircond)
– 2 bilik air
– set bbq
– freezer
– pantry
– unifi
– tv
– netflix
– wimming pool

Facebook: Homestay Tanjung Bendahara
Alamat Homestay: Tanjung Bendahara, Alor Setar, Kedah, Malaysia
Contact: 60134262480
Harga: RM350 semalam

Homestay Kak Ina

homestay private pool alor star


Homestay Kak Ina menawarkan 3 unit Rumah dan 2 unit Bilik Studio. Kolam mandi depan bilik je. Hiasa dalam homestay pun mewah. Yang mana kaki OOTD tu memang sesuai la kalau nak bergambar buat masuk insta atau tiktok.

Lepas tu, macam-macam aktiviti boleh buat kat sini tau. Nak mengail boleh, nak berbasikal pusing kampung boleh atau nak berkayak dalam tali air pun boleh. Lepas tu, memanah pun depa ada siap boleh battle lagi.

Harga pun berpatutan sangat-sangat dan memang sesuailah untuk beli jiwa family.

Antara kelengkapan yang terdapat di Homestay Kak Ina ini ialah

RUMAH

– 2 bilik tidur
– 2 katil queen. ber’aircond’ + kipas
– 2 bilik air – bilik air utama ada hot shower
– FOC sabun mandi
– dapur – dapur induksi + rice cooker dan kelengkapan dapur
– peti ais 2 pintu
– cerek elektrik
– teh, gula, garam, kopi 3 in 1
– iron dan ironing board
– tv LED 42 inci.
– telekung + sejadah setiap bilik

STUDIO
– 1 katil queen, aircond + kipas
– 1 bilik air. Ada hot shower
– FOC sabun mandi.
– peti ais 2 pintu
– cerek letrik.
– teh, gula, kopi 3 in 1
– iron dan ironing board
– tv LED 42 inci.
– telekung + sejadah

Facebook: Homestay Kak Ina
Alamat Homestay: KM8 / Batu 5, Kampung Kebun Pinang, Jalan Tandop, Alor Setar, Malaysia
Contact: 010-910 8411
Harga: RM230 semalam untuk rumah manakala studio RM140 semalam

Damai Pool Homestay Alor Setar with private pool

Homestay alor star Lengkap Dengan Private Pool


Damai Pool Homestay Alor Setar ada 3 bilik. Selesa. Ada dua tandas. Setiap bilik berhawa dingin. Rumah bersih dan selesa. Kolam pun terbaik dimana bukan air takungan semata-mana malah ada sistem untuk bersihkan air kolam. BBQ juga ada disediakan.

Facebook: Damai Pool Homestay Alor Setar with private pool
Alamat Homestay: No 83, Jalan Lada 17, Taman Simpang Perdana 2, 06650 Alor Setar
Contact: 014-300 9225
Harga: RM350 semalam

Laman Bayu Homestay Alor Setar

Homestay Murah Private Pool di alor star


Laman Bayu Homestay Alor Setar merupakan homestay dimana persekitaran yang bersih dan cantik. Private pool yang ada di homestay ni memang luas dimana memang sesuai dengan percutian family besar. Privacy pun terjaga maklumla private. Tempat bbq pun ada disediakan tau.

Homestay bersih dengan 5 bilik fully aircond. Jadi memang terbaik la. Bila malam je memang sejuk.

Facebook: Laman Bayu Homestay Alor Setar
Alamat Homestay: 7Q, Lorong Bayu, Jalan Sultanah, Alor Setar, Malaysia
Contact: 012-515 5141
Harga: RM450 semalam

Arfa Home Private Pool homestay kedah

homestay swimming pool


Arfa Home Private Pool homestay menyediakan penginapan bermula dengan RM650 untuk satu rumah sehari semalam. Yang mana ada family besar atau gathering tu bolehla bawa ke sini untuk berehat. Bukan sahaja homestay yang besar malah luas dan juga selesa.

Yang paling best dia punya swimming pool lawa baq hang. Swimming pool tu ada 2 level iaitu untuk kanak-kanak dan orang dewasa. Kemudahan BBQ pun ada disediakan sekali, cukup lengkap mantap.

Antara kelengkapan yang terdapat di Arfa Home Private Pool homestay kedah ini ialah

– Kolam Mandi, ada 2 level, kanak2 & dewasa
– Kemudahan BBQ (BBQ PIT)
– 4 Bilik Tidur
Bilik Utama, 2 Katil Queen, kipas syiling & aircond
Bilik 2, 1 Katil Queen, kipas syiling & aircond..
Bilik 3, 1 Katil Queen, kipas syiling & aircond
Bilik 4, 1 katil Queen, kipas siling & aircond serta 2 tilam single.

 

– 3 Bilik air with heater
– Rice Cooker
– Microwave
– Single Induction Cooker
– Washer Dryer
– Water dispenser
– Peti Ais
– Meja Makan
– Kemudahan BBQ
– TV flat screen with home theater
– Iron
– Sejadah
– Tuala 12 helai
– Unifi
– Karaoke
– Peralatan basic memancing (ada anak sungai blkg rumah)
– Playground

Facebook: Arfa Home Private Pool homestay kedah
Alamat Homestay: No 38 Jalan Andalas 5, Taman Andalas, Hutan Kampung,Alor Setar
Contact: 60103667316
Harga: RM650 semalam

Riverpool Homestay Alor Setar

homestay with private pool near alor star kedah


Riverpool Homestay Alor Setar menyediakan 3 bilik yang lengkap dengan penghawa dingin. Kelengkapan memasak, penapis air COWAY pun ada so takyah pening bab nak minum.

BBQ port ada disediakan ditepi pool dan bersebelahan dining table. Siap boleh makan atas buaian. Lepas kenyang makan terus terjun kolam. Syiokkkk

Sekejap. Ada Voucher Agoda: Tekan [maxbutton id=”1″ url=”https://shope.ee/qAi1wpFOC” text=”Voucher Agoda 10% Off” ]

Facebook: Riverpool Homestay Alor Setar
Alamat Homestay: Taman Seri Empangan, Alor Setar, Kedah, Malaysia
Contact: 6018-267 4225
Harga: RM650 semalam

Akhir Kata

So inilah sebanyak senarai homestay yang ada private pool di Alor Setar. Kalau ada nak tambah boleh koen di bawah. Nanti admin update homestay private pool yang lain.

Mesti ramai ibu bapa sudah mula tercari-cari bila tarikh cuti sekolah 2023 kan.

Atau dah mula rancang untuk bercuti tahun 2024 dan cari bila cuti sekolah 2024 yang sesuai untuk bercuti.

Apa kata cuba tengok senarai tempat menarik di ipoh dan booking homestay private pool di sana.

Atau sedang memikirkan untuk ke Melaka dan mencari tempat menarik di Melaka? Jangan lupa cek homestay port dickson ni. Ada pool lagi.

Apa kata ke Terengganu. Disana pun banyak tempat menarik tau.

Sekian sahaja perkongsian homestay Alor Setar dengan private pool dari kami. Jumpa lagi artikel akan datang.

Leave a Comment