Mandi Wajib
Mandi wajib ni wajib bagi lelaki muslim mahupun perempuan muslimah. Selepas berjimak, keluar haid, lepas bersalin, orang kafir masuk Islam dan kematian seseorang muslim muslimah semua wajib mandi wajib.
Jika belum mandi wajib akibat hadas besar, maka adalah haram solat seseorang yang masih hidup itu jika tidak mandi wajib selepas melakukan solat terlebih dahulu.
Artikel kalini akan menerangkan tentang cara mandi wajib keluar air mani, cara mandi wajib lepas keluar haid, cara mandi wajib nifas selepas bersalin, dan sebagainya yang diwajibkan untuk mandi wajib. Teruskan membaca.
Hadas besar
Sebab kena mandi wajib adalah keluarnya hadas besar. Antara sebab hadas besar ialah
Keluar darah kotor setiap bulan bagi perempuan
Melakukan persetubuhan antara suami dan isteri walau tidak keluar air mani
Keluar air mani samada bersetubuh, sengaja atau tidak sengaja
Darah yang keluar selepas bersalin walau setitik
Tidak keluar darah nifas selepas melahirkan bayi
Niat Mandi Wajib
Di bawah adalah niat-niat untuk mandi wajib hadas besar (umum) dan niat mandi wajib selepas haid.
Niat Mandi Wajib Hadas Besar
Ini adalah niat cara mandi wajib hadas besar
Niat dalam Rumi :
“Nawaitu raf’al hadatsi akbari lillahi ta’ala.”
Maksudnya: “Sahaja aku mengangkat hadas besar kerana Allah Taala”
Niat Mandi Wajib Selepas Haid
Ini adalah niat cara mandi wajib bagi perempuan yang keluar haid
Niat dalam Rumi :
“Nawaitu ghusla ‘anil haidhi lillahi ta’ala.”
Maksudnya: “Sahaja aku mengangkat hadas haid kerana Allah Taala”
Cara Mandi Wajib
Cara mandi wajib yang betul adalah sangat penting. Ini kerana jika mandi wajib tidak betul, ibadat yang lain tidak sah. Tidak kira juga menggunakan air hujan, air paip atau air pancut shower, yang penting air tersebut ialah air mutlak.
Baca juga: 3 Barang Dalam Bilik Air Yang Anda Kena Ada
Tidak perlu mandi lama-lama. Biar cepat, mudah dan ringkas. Asalkan mandian itu sempurna. Panduan cara mandi wajib ini boleh digunakan untuk kedua-dua lelaki dan perempuan.
Cara Mandi Wajib
Berikut adalah ringkasan cara mandi wajib:
Disunnahkan menghadap kiblat dan memulai dari sisi kanan.
Cara Mandi Nifas
Wanita muslimah selepas bersalin juga mesti mandi wajib atau sebagai mandi nifas sebelum melakukan amal ibadah seperti solat dan berpuasa.
Cara mandi wajib ketika nifas ialah
Niat Mandi Nifas Selepas Bersalin
Selepas selesai mandi wajib, maka para ibu yang baru lepas bersalin pun sudah boleh melakukan amal ibadah seperti solat dan berpuasa seperti biasa.
Jemput masuk telegram kami ye: Contoh.My