30 Contoh Teka Teki Haiwan Dan Jawapan Tak Masuk Akal

Kalini nak share teka teki haiwan. Jawapan memang tak masuk akal jugak kadang-kadang. Sebelum ni contoh.my dah share pasal teka teki lucu dengan teka teki lawak. Selamat membaca

Soalan Teka Teki Haiwan

PROMO – Android Smart LED TV Termurah di Shopee –> https://shope.ee/7zjk9xozKr

Teka Teki Haiwan ayam
  1. Sebab apa siput babi jalan lambat?
  2. Binatang apa yang kurang ajar?
  3. Ikan ni sangat rajin. Tak suruh pun ia buat
  4. Haiwan ni selalu je penat
  5. Burung apa yang boleh berdiri, boleh baring tapi tak boleh duduk
  6. Haiwan apakah yang mempunyai dua huruf sahaja
  7. Ikan apa yang boleh dibuat ikat
  8. Bagaimana masukkan gajah ke dalam peti ais
  9. Bagaimana masukkan zirafah ke dalam peti ais
  10. Hutan terbakar, binatang apa yang hmasih hidup
  11. Kenapa bangau berdiri angkat kaki sebelah je
  12. Jika anjing mempunyai kutu, maka biri-biri mempunyai apa?
  13. Di musim sejuk, apakah gelaran buat sang Burung?
  14. Apakah gelaran untuk lembu yang sedang marah?
  15. Kenapa katak selalunya bahagia?
  16. Rusa (deer) tanpa mata dan kaki dipanggil apa?
  17. Banyak kaki, ada gunting.
  18. Sangat kecil, berwarna coklat agar kemerahan, kalau digigit, sakit rasanya. Api ada di namaku, tekalah siapakah saya.
  19. Dimiliki oleh kerbau, kambing, dan rusa.
  20. Burung apa yang terlampau besar untuk terbang?
  21. Kucing apa ada tiga kaki?
  22. Asal dari ayam, tapi tak sebut ayam. Apakah itu?
  23. Malam dia hidup, siang dia mati. Siapakah dia?
  24. Bagaimana anda tahu carrot itu baik untuk mata anda?
  25. Ayam apa yang bertelur di mana saja?
  26. Saya mempunyai ketulan di belakang saya dan saya tinggal di atas pasir. Saya kuat dan saya membawa awak ke atas tanah
  27. Haiwan apa macam kucing tapi kecil daripada kucing?
  28. Dalam banyak-banyak binatang, binatang apa paling kaya?
  29. Benda apa yang lebih kecil dari kuman?
  30. Makanan apakah yang di dalamnya ikan, dan di luarnya ayam?
Teka Teki Haiwan katak

Jawapan Teka Teki Haiwan

Teka Teki Haiwan siput
  1. Sebab semasa berjalan, asyik berfikir samda ia siput ke babi
  2. Kutu sebab duk merayap je atas kepala
  3. Ikan bandaraya. Kerja cuci akuarium je 24 jam
  4. Anjing sebab asyik terjelir je
  5. Penguin
  6. Udang. U dan G
  7. Ikan tilapia
  8. Bukak peti ais dan masukkan gajah
  9. Bukak peti ais keluarkan gajah dan masukkan zirafah
  10. Zirafah sebab ia ada dalam peti ais tadi
  11. Kalau angkat dua- dua kaki macam mana nak berdiri
  12. Bulu biri-biri
  13. Burrrrrung
  14. Moo-ram (muram)
  15. Kerana katak makan apa-apa sahaja yang mengganggu mereka
  16. Masih tiada idea
  17. Ketam
  18. Semut Api
  19. Tanduk
  20. Burung Besar
  21. Kucing Cacat
  22. Telur Tembelang
  23. Ikan. Bila kena siang dia mati la
  24. Sebab arnab tidak pernah pakai cermin mata
  25. Ayam betina
  26. Seekor unta
  27. Anak kucing
  28. Beruang (ber-wang)
  29. Anak kuman
  30. Ikan sardin cap ayam
Teka Teki Haiwan kucing

Soalan Teka Teki Haiwan Dalam Bentuk Pantun

Kalau tuan pergi ke kedai,
Belikan saya buah keranji,
Kalau tuan bijak pandai
Apa binatang keris di kaki?

Teka Teki Haiwan ayam jawapan

Jawapan: Ayam

Pagi-pagi pergi ke kebun
Menebas rumput guna parang
Waktu siang matanya rabun
Waktu malam matanya terang

Jawapan: Burung Hantu

Pecah kaca jatuh berderai
Jatuh berderai ketika menyusun
Taringnya tajam bila menyeringai
Bila mengaum terasa gerun

Jawapan: Harimau

Naik basikal ke rumah Pak Harun,
Untuk melihat perlawanan gasing,
Binatang ini sangatlah gerun,
menggigit mangsa terkoyak daging.

Jawapan: Ikan Jerung

Kalau tuan pakai lencana
Pakailah songkok di atas kepala
Kalau Tuan bijak laksana
Binatang apakah tiada kepala?

Teka Teki Haiwan ketam

Jawapan: Ketam

Buat jahat selalu dikecam,
Buat baik selalu dipuja,
Binatang ini giginya tajam,
Kalau berehat mulut ternganga,

Jawapan: Buaya

Sakit terkena duri semalu
Ketika menangkap ikan siakap
Kalau adik ingin nak tahu
binatang apa pandai bercakap

Jawapan: Burung Tiung

Dari mudik menuju ke muara
Untuk mencari buah kelapa
Tahukah adik binatang apa
Darahnya hitam tulangnya satu?

Jawapan: Sotong

Berwajah cantik berbadan langsing,
Menjadi impian muda dan mudi,
Binatang ini berpinggang ramping,
Kalau menggigit sakitnya tidak terperi,

Jawapan: Kerengga

Pisang emas pisang restali
Bila dimakan manis sekali
Binatang ini kesayangan nabi
Mukanya comel jinak sekali.

Jawapan: Kucing

Jatuh di parit lutut berdarah
Sebab habuk masuk ke mata
Binatang ini menghisap darah
Bawa penyakit kepada manusia

Jawapan: Nyamuk

Cik Limah bersama anak lelaki
Duduk makan keropok lekor
Yang mengejar tidak berkaki,
Yang dikejar tiada berekor?

Jawapan : Ular dan katak

Kalau tuan bawa keladi,
Bawa juga sipucuk rebung,
Kalau tuan bijak bestari,
Apa binatang tandung di hidung.

Jawapan : Badak

Sumbe gambar: CANVA

Leave a Comment