40 Contoh Teka Teki Lucu Pecah Perut Jawapan Tak Masuk Akal

Kalau stress tu apakata layan teka teki lucu ni. Layan sorang-sorang pun boleh buat ketawa tau.

PROMO – Android Smart LED TV Termurah di Shopee –> https://shope.ee/7zjk9xozKr

Teka Teki Lucu

Soalan Teka Teki Lucu 1

  1. Pasukan bola manakah yang sukakan pedas?
  2. Stadium manakah yang terkecil?
  3. Mengapakah pengadil memberikan kad merah kepada pemain yang melakukan kesalahan yang berat?
  4. Siapakah yang selalu mengejar bola, tetapi tidak pernah dapat?
  5. Siapakah penyerang terbaik di dunia?

Jawapan Teka Teki Lucu 1

  1. Brazil. Samba a.k.a Sambal… Hahaha…
  2. Stadium mini la…
  3. Kalau bagi kad kredit itu bukan main bola namanya.
  4. Pengadil perlawanan.
  5. Semua penyerang jahat. Contohnya penyerang berani mati dan sama waktu dengannya. Melainkan dia mempunyai niat yang baik
Soalan Teka Teki Lucu 1

Soalan Teka Teki Lucu 2

  1. Sekolah apakah yang tiada guru, murid, mahupun kakitangan?
  2. Binatang apa yang keluar haid?
  3. Kalau kita terus mengisi ke dalam lubang ini, ianya tetap tidak akan penuh. Lubang apakah ini?
  4. Semakin kita potong, ianya semakin tinggi?
  5. Harimau apakah yang sangat popular di Malaysia dan selalu ditayangkan di kaca Televisyen?

Jawapan Teka Teki Lucu 2

  1. Sekolah cuti.
  2. Kura-kura. Kalau dia nak keluar dari cengkerang, ianya akan mengeluarkan kepala(head).
  3. Lubang jamban.
  4. Kaki seluar.
  5. Harimau Malaya
Soalan Teka Teki 2

Soalan Teka Teki Lucu 3

  1. Kenapa lelaki perlu beristeri tiga?
  2. Kenapa burung kalau di terbang dan bawak makanan pakai mulut?
  3. Apa perbezaan lampu stadium ngan lampu bilik?
  4. Banyak-banyak mi, mi apa yang boleh makan ngan ais?
  5. Apa bahasa cinanya lantai basah??

Jawapan Teka Teki Lucu 3

  1. Kerana, kalau satu isONE, kalau dua pulak, isTWO, so, kalau tiga mestilah isTERI
  2. Kalau di pakai kepak, macamana dia nak terbang.
  3. Lampu stadium kalau ada ‘game’ dia pasang, tapi kalau lampu bilik ada ‘game’ dia padam
  4. Milo ais.
  5. li chin.
Jawapan Teka Teki lucu 3

Soalan Teka Teki Lucu 4

  1. Banyak-banyak tempat, di manakah air tidak pernah cerah?
  2. Kenapa idung lembu berair?
  3. Burung apakah yang paling penyayang?
  4. Kalau seorang, sendiri tau. Kalau berdua, dua-dua sama tau. Bertiga, tiada siapa yang tau kecuali orang yang buat. Kalau berempat, lagilah tak tau… apa dia?
  5. Apa dia: Bila kecik dia itam, bila besar dia jadik putih?

Jawapan Teka Teki Lucu 4

  1. Air hitam.
  2. Lembu tak tahu kesat idung dengan tisu. Lagi satu bau tuan dia.
  3. Burung belatuk. sebab dia bela atuk.
  4. Kentut.
  5. Micheal Jackson

Soalan Teka Teki Lucu 5

  1. Kenapa Penggali Kubur Gali Kubur Tak Pakai Selipar?
  2. Masa dia hidup kita menyanyi, masa dia mati kita tepuk tangan
  3. 4 orang awek cun berpayung dengan satu payung tapi nape tak basah langsung?
  4. Jilat-jilat bila dah basah baru cucuk, jilat-jilat bila dah basah baru cucuk
  5. Kangkang peluk, kangkang peluk, bila dah dekat climax pegang buah

Jawapan Teka Teki Lucu 5

  1. Selipar mana boleh buat gali tanah, guna cangkul lar hue hue hue
  2. lilin masa sambut Happy Birthday.
  3. Sebab tak hujan aduhai! Dahlah malaslah nak tanya lagi soalan bebudak pun takleh nak jawab!!
  4. Masukkan benang dlm lubang jarum.
  5. Panjat pokok kelapa amek BUAH KELAPA.
Jawapan Teka Teki Lucu 5

Soalan Teka Teki Lucu 6

  1. Kerja apakah yang paling meletihkan?
  2. Ada 2 mayat di atas lantai, sekeliling mereka ada air dan kaca yang pecah. Bagaimana mereka mati?
  3. Dari manakah asalnya kapur?
  4. Selalu dibasuh, tetapi tidak diseterika. Hinggakan berkedut. Apakah itu?
  5. Anggota badan buaya yang berada di atas darat?

Jawapan Teka Teki Lucu 6

  1. Menoreh(no rest)
  2. Akuarium ikan pecah, 2 mayat itu adalah ikan.
  3. Ayam(ayam berak kapur)
  4. Kulit testis. Hehehe.
  5. Lidahnya(lidah buaya)
Jawapan Teka Teki 6

Soalan Teka Teki Lucu 7

  1. Benda apakah semasa pergi terbang, semasa balik berenang?
  2. Manusia suka melombongnya, namun tidak mendatangkan keuntungan langsung. Apakah itu?
  3. Penyakit apa yang selalu dihidapi oleh orang kaya?
  4. Binatang apa yang mempunyai kereta?
  5. Atas berbulu, bawah berbulu, kalau di bukak luas-luas merah, kalau disumbat berair. Apakah itu?

Jawapan Teka Teki Lucu 7

  1. Batu ladung(pada pancing).
  2. Tahi hidung.
  3. Kayap.
  4. Lembu(kereta lembu).
  5. Mata.
Soalan Teka Teki lucu 7

Soalan Teka Teki Lucu 8

  1. Import apa yang penting?
  2. Kera apa yang akan basi?
  3. Ketika ianya lebat, ia tidak boleh dicukur. Apakah ia?
  4. Apakah nama panggilan untuk lembu hitam?
  5. Ianya tidak boleh dilihat, tetapi boleh ditimbang. Apakah ia?

Jawapan Teka Teki Lucu 8

  1. Important.
  2. Kerabu.
  3. Hujan lebat.
  4. Lembu Negro.
  5. Rasa(bertimbang rasa)
Jawapan Teka Teki lucu 8

Haa. Amacam koleksi teka teki lucu ni. Dah gelak ke belum? Kalau belum lagi dan masih tak puas hati apakata layan teka teki lawak ni pulak.

Kami pun ada teka teki haiwan untuk korang. Semua jawapan adalah dalam haiwan.

Nak lawak lagi boleh baca teka teki bodoh ni. Kompem tergelak-gelak korang.

Leave a Comment