Contoh Invoice dan Kegunaan Serta Template Yang Betul Dalam Bisnes

Terdapat perbezaan antara invois, resit dan juga quotation. Artikel kalini nak share Contoh Invoice Terbaik Sebagai Rujukan Antara Penjual dan Pembeli.

Jana invois secara automatik apabila pembayaran telah disahkan dengan Onpay.

Apa Maksud Invois

Apa itu invois invoice. Invois ni cukup penting dalam bisnes. Maksud sebenar Invoice adalah dimana invois merupakan rujukan bertulis antara pihak penjual dan pihak pembeli.

Contoh invoice

Invois asal ni macam anda telah melakukan beberapa kerja untuk pelanggan, dan sekarang anda perlu dibayar.

Jadi anda akan menyenaraikan semua yang anda lakukan, butiran harga, dan memberikan jumlah yang pelanggan anda berhutang.

Contoh Invois

Setelah penjual menerima pesanan belian daripada pembeli, penjual akan menghantar barang niaga kepada pembeli bersama dengan nota serahan. Pembeli akan menyemak barang niaga yang diterima dengan nota serahan dan menandatanganinya.

Penjual pula akan menyediakan invois berdasarkan nota serahan yang disahkan oleh pembeli. Invois merupakan dokumen perniagaan yang penting dalam urus niaga jual beli secara kredit.

Invois asalnya disediakan dalam tiga salinan, satu salinan asal dihantar kepada pembeli dan dua salinan lain digunakan oleh penjual sebagai rujukan. Invois adalah dokumen penting yang digunakan sebagai sumber rekod perakaunan.

Pembeli merekodkan butir-butir invois dalam Jurnal Belian manakala penjual merekodkan butir-butir invois dalam Jurnal Jualan.

Fungsi Invois

Fungsi utama invois ialah untuk meminta pembayaran wang atas barang yang akan dibeli atau perkhidmatan yang akan diambil.

Fungsi Invois

Selain itu ia juga sebagai rekod transaksi bagi pembeli dan penjual. Ia juga sebagai bukti sesuatu kerja yang anda lakukan dan jumlah bayaran bagi tujuan cukai. Dalam invois juga akan ada detail transaksi seperti tarikh pembayaran, apa akan berlaku jika terlewat bayar dan sebagainya. Anatra lain fungsi invois ialah

  • Sebagai rekod jualan
  • Rekod pembayaran cukai
  • Untuk sebarang tindakan undang-undang
  • Sebagai strategi dalam perniagaan

Maksud Invoice Pembayaran

Invois asal akan dikeluarkan untuk selepas DO. DO ini ialah Delivery Order. Maklumat pembayaran diberikan kepada pelanggan. Pelanggan akan membuat pembayaran terhadap invois yang dikeluarkan, disertakan bank in slip, cek sebagai bukti pembayaran.

Jika pembayaran terhadap invois tersebut sudah dibuat, hanya resit bayaran rasmi akan dikeluarkan. Haa. jelas tak sekarang pasal invois? Sebab kita nak pergi ke bab seterusnya ni. Kalau ada yang tak paham saya minta anda komen dekat bawah ye. anda boleh refer contoh resit bayaran jika tak paham mengenai resit.

Contoh Invoice Pembelian

Berikut merupakan contoh invois yang digunakan untuk pembelian aplikasi online. Cuba anda tengok contoh invois tersebut. Simple je kan.

contoh invois invoice

Contoh Invois Terbaik

Ni saya ada share antara contoh invoice yang terbaik dan boleh dijadikan sebagai rujukan untuk anda apabila anda nak buat invois jualan untuk diberikan kepada pelanggan apabila meminta bayaran daripada mereka.

Contoh Invois Bayaran

Contoh Invoice Online

contoh invoice online

Berikut merupakan contoh invoice yang dibuat secara online. Mudah sahaja. Masukkan detail dan siappp.

Daftar di: Invois Online

Contoh Invois 1

  1. Contoh Invoice Bayaran ini saya buat melalui Canva. Canva lagi mudah. Senang sangat. Sebab ada banyak template invoice boleh digunakan. Korang pilih je nak template mana tau.
contoh invoice terbaik

Contoh Invois 2

  1. Yang contoh Invois Projek ini pun saya buat menggunakan canva. Mudah kan. Macam-macam template ada.
invoice template

Contoh Invoice 3

  1. Ini pula merupakan sample contoh invoice jualan paling ringkas. Ringkaspun semua maklumat ada. Bukan sebarang ringkas. Yang penting maklumat dalam invois ni lengkap.
invoice sample

Contoh Invoice 4

CONTOH INVOIS RESIT
  1. Contoh Invois projek ini dibuat melalui waveapp. Ramai pengguna menggunakan sistem ini sebab ianya percuma

Format Invois

Invois kena ikut format tertentu supaya senang jika apa-apa berlaku di kemudian hari nanti. Antara contoh format invois yang kena ada ialah

Format InvoisKeterangan
Tarikh InvoisTarikh bahawa invois telah dibuat
Nama dan AlamatNama dan alamat pelanggan dan pembekal
Nama KenalanNama kenalan individu di kedua-dua perniagaan (atau perniagaan dan individu)
KeteranganKeterangan barang yang dibeli dalam contoh invoice sama ada produk, makanan, projek, kontraktor, katering perkhidmatan, termasuk harga dan kuantiti
Syarat PembayaranSyarat pembayaran dibayar dalam tempoh sekian sekian

1. Tarikh Invois

Tarikh bahawa invois jualan telah dibuat. Jangan lupa! Tarikh invois bermula jam berdetik pada pelanggan. Sekiranya anda mempunyai istilah (had masa untuk pembayaran), anda ingin menyertakan tarikh supaya semua orang tahu bila pembayaran itu perlu dibayar.

2. Nama dan Alamat

Nama dan alamat pelanggan dan pembekal. Sekiranya anda membuat contoh invois dalam perisian perakaunan, anda hanya perlu alamat e-mel pelanggan, tetapi ia masih merupakan idea yang baik untuk mengumpul dan menyertakan alamat fizikal, sekiranya anda perlu menghantar surat atau dokumen sebenar.

3. Nama Kenalan

Nama kenalan individu di kedua-dua perniagaan (atau perniagaan dan individu). Ia adalah peraturan perhubungan pelanggan yang baik untuk memastikan anda mengeja nama dengan betul.

4. Keterangan

Keterangan barang yang dibeli , sama ada produk atau perkhidmatan, termasuk harga dan kuantiti. Selalunya anda akan mempunyai penerangan perkara standard dan nombor inventori. Tetapi menjadi seperti yang spesifik dan terperinci, apabila anda membuat invois. Ini mengelakkan kekeliruan dan “Saya tidak tahu” isu.

5. Syarat Pembayaran

Syarat pembayaran. Sebagai contoh, pembekal mungkin menyatakan “bersih 30 hari,” yang bermaksud bahawa jumlah keseluruhan akan dibayar dalam tempoh 30 hari.

Maklumat Penting Dalam Invois

Ada beberapa maklumat penting kena ada dalam invois yang diberikan kepada pembeli. Kebiasaannya bentuk invois adalah seperti dalam gambar rajah dibawah ini. Lihat format contoh invois dalam gambar ini.

contoh format invois

Format invois juga adalah bebas. Formatnya juga seakan-akan sebutharga, tetapi dibawah invois biasanya dinyatakan maklumat mengenai kaedah pembayaran, nombor akaun syarikat dan alamat bank. Ini akan memudahkan pelanggan untuk melakukan pembayaran mengikut terma yang anda telah tetapkan.

Buat Invoice Online

Kalau anda nak buat invois secara online dengan percuma boleh baca Cara Buat Invois Online menggunakan CANVA

Paling penting elakkan 9 Kesilapan Dalam Menghantar Invois

Kesimpulan

Invois adalah penting sebagai rekod antara anda dan penjual. Pastikan anda sediakan invois selepas delivery order diberi sekiranya ada pelanggan hendak membeli agar sebarang sebutharga, syarat-syarat antara penjual dan pembeli dipersetujui.

Soalan Contoh Invoice (FAQ)

Apa itu Invois / Invoice?

Invois atau dipanggil Invois Jualan ialah merupakan dokumen yang perlu dihantar oleh pembekal kepada pembeli.

Apakah beza antara resit dan Invoice?

Perbezaan antara invois dan resit ialah, Invois dikeluarkan sebelum pelanggan menghantar pembayaran, manakala resit dikeluarkan selepas pembayaran diterima.
Invois bertindak sebagai permintaan untuk pembayaran, dan resit bertindak sebagai bukti pembayaran. Detail dia: Invois Jualan, Resit dan Quotation

Bilakah Invoice bayaran akan dikeluarkan kepada pelanggan?

Invois biasanya akan dikeluarkan selepas barangan atau perkhidmatan disediakan, dan sebelum pembayaran diterima.

Leave a Comment