Kod Kawasan Unifi

Unifi Problem?

Mesti ada yang pernah hadapi masalah internet kan? Call je 100, dia mintak kod kawasan unifi. Mesti pening nak tau kod kawasan kan. Baca untuk lebih lanjut mengenai kod kawasan unifi dan cara selesaikan masalah unifi selain call 100.

Join Channel WhatsApp Kami Untuk Bantuan Kerajaan Terkini dan Info Semasa 2023

Apabila internet Unifi mengalami masalah ada 3 cara untuk selesaikannya.

Cara Untuk Hubungi Pihak Unifi

Sekiranya anda menghadapi masalah dengan internet Unifi anda boleh menggunakan 3 cara di bawah

  • Live Chat

Boleh refer Cara Livechat dengan pihak unifi atau terus ke

https://unifi.com.my/personal dan chat dengan pihak unifi

  • Customer Service

Dail 100 melalui telefon bimbit anda dan dengar sampai habis. Anda boleh menghubungi Unifi Khidmat Pelanggan Hotline (Unifi Customer Service Hotline) melalui 100.

Khidmat pelanggan hotline adalah aktif mulai 8.00 pagi sehingga 10.00 malam setiap hari. Kebiasaannya apabila anda call 100, robot akan minta kod kawasan.

Kod Kawasan Unifi

Untuk Kod Kawasan Unifi TM boleh refer di bawah

Kod KawasanKawasan
03SELANGOR, KUALA LUMPUR, PUTRAJAYA, GENTING HIGHLAND
04PERLIS, PULAU PINANG, KEDAH, PENGKALAN HULU
05PERAK, BANDAR BAHARU KEDAH, CAMERON HIGHLANDS
06NEGERI SEMBILAN, MELAKA, MUAR, TANGKAK
07GEMAS, JOHOR
082KUCHING
083SRI AMAN
084SARIKEI, BINTANGOR, SIBU, KANOWIT, SONG, KAPIT
085LAWAS, LIMBANG, MIRI
086BINTULU, BELAGA
087PEDALAMAN SABAH DAN LABUAN
088KOTA KINABALU, KUDAT
089LAHAD DATU, SANDAKAN, TAWAU
09KELANTAN, PAHANG, TERENGGANU

03 Kod kawasan untuk negeri di Selangor, Kuala Lumpur Putrajaya dan Genting Highlands (Pahang)
04 Kod kawasan untuk negeri di Perlis, Pulau Pinang Penang, Kedah, dan Pengkalan Hulu (utara Perak)
05 Kod kawasan di negeri Perak (KECUALI Pengkalan Hulu), Kedah (Bandar Baharu) dan Cameron Highlands (Pahang)
06 Kod kawasan untuk negeri di Negeri Sembilan, Melaka, dan Muar serta Tangkak (Johor)
07 Kod kawasan di Gemas (Negeri Sembilan) dan negeri Johor (kecuali Muar dan Tangkak)


082 Kod kawasan di Kuching (Sarawak)
083 Kod kawasan di Sri Aman (Sarawak)
084 Kod kawasan di Sarikei, Bintangor, Sibu, Kanowit, Song, dan Kapit (Sarawak)
085 Kod kawasan di Lawas, Limbang, Miri (Sarawak)
086 Kod kawasan di Bintulu, Belaga (Sarawak)
087 Kod kawasan di daerah Pedalaman (Sabah dan Labuan)
088 Kod kawasan di Kota Kinabalu dan Kudat (Sabah)
089 Kod kawasan di Lahad Datu, Sandakan dan Tawau (Sabah)
09 Kod kawasan di negeri Kelantan, Pahang (KECUALI Cameron Highlands dan Genting Highland) dan Terengganu

kod kawasan unifi

Atau anda juga boleh tengok kod kawasan melalui bil unifi anda sendiri. Cari bahagian Residential Voice. Lepastu bila call 100 dan dia mintak kod kawasan maka masukkan no residential voice tu.

Jadi anda kena masukkan no telefon itu iaitu 05xxxxxxx. Masukkan kod kawasan dan nombor telefon, dan tekan butang # contoh atas tu 05xxx. xxx ni bukan no henpon korang, tapi no dekat residential voice tu. 05-xxx. Paham? Tak paham sila komen di bawah.

  • TMpoint
SENARAI TMPOINT UNIFI


Anda juga boleh terus ke TMpoint sekiranya internet anda menghadapi masalah teknikal atau apa jua kerosakan.

Untuk mengetahui TMpoint yang berdekatan dengan kawasan tempat tinggal samada di Pulau Pinang Penang Sabah Sarawak Melaka Negeri Sembilan Putrajaya Pahang Johor Kelantan Terengganu Kedah Perak Perlis Selangor Kuala Lumpur Kl Perak , anda boleh melayari pautan link, https://home.unifi.com.my atau

Senarai TMPoint Negeri Selangor: Senarai Lokasi Cawangan TM Point Unifi Negeri Selangor

Senarai TMPoint Negeri Sarawak: Senarai Lokasi Cawangan TM Point Unifi Negeri Sarawak

Soalan dan Jawapan

Saya call 100, tapi dia minta kod kawasan. Macam mana nak tau kod kawasan unifi saya?

Sila cek bil unifi anda dan cari bahagian residential voice. Masukkan no tersebut.

Payah la call 100? Ada cara lain?

Boleh ke tmpoint atau live chat. Live chat refer: Klik Sini untuk Live Chat

Pakai handphone boleh ke call 100?

Boleh. Tiada masalah. Dail sahaja 100 dari mana-mana talian

6 thoughts on “Kod Kawasan Unifi”

  1. Saya sudah 3 kali buat report dgn call100 tapi yg cakap tu sydah 3 kali tipu saya .saya akan report kes saya kpd mcmc pulak sebab unifi sudah tipu saya cas yg sy tidak langgan

    Reply

Leave a Comment