Cara Renew SSM di BSN Jika Sudah Tamat Tempoh

Selain dari renew SSM online melalui ezbiz, anda juga boleh memperbaharui SSM anda di mana-mana cawangan Bank BSN. Suruhanjaya Syarikat Malaysia telah bekerjasama dengan BSN bagi memudahkan pemilik syarikat untuk renew SSM di BSN.

Ini memudahkan dan dapat menjimatkan masa pemilik syarikat lagi-lagi mereka yang berada di ceruk bandar kerana kebanyakan bank BSN ada terdapat di bandar-bandar kecil berbandng dengan pejabat SSM yang ada di bandar-bandar besar.

Sebelum ni kami dah terangkan melalui artikel cara renew SSM online melalui ezbiz. Artikel kalini kami akan terangkan pada anda mengenai cara untuk renew di BSN pula bagi memudahkan mereka yang tiada capaian internet ataupun kaunter SSM yang jauh.

renew ssm di bsn

Terdapat 400 cawangan BSN di seluruh Negara. Pendaftaran perniagaan yang telah tamat tempoh juga boleh dilakukan di BSN sekiranya tidak melebihi setahun dari tarikh tamat tempoh pendaftaran. Jika sudah melebihi setahun dari tarikh tamat tempoh, pendaftaran perniagaan anda secara automatik diluputkan dari rekod pendaftaran SSM.

Anda boleh semak cawangan BSN yang berdekatan di: Senarai Cawangan BSN untuk renew SSM

Cara Renew SSM di BSN

Hanya ikuti langkah-langkah berikut dan perbaharui SSM anda dengan mudah di mana-mana cawangan BSB terdekat. Langkahnya ialah

  • Sila bawa Kad Pengenalan asal anda
  • Lengkapkan borang Pembaharuan Pendaftaran Perniagaan (Borang A1) yang diberikan percuma
  • Sediakan wang secukupnya untuk buat pembayaran renew SSM di BSN
  • Serahkan borang yang telah diisi di kaunter BSN dan pegawai tersebut akan settlekan untuk anda
  • Anda akan menerima SSM yang telah di renew dari pegawai tersebut jika tiada apa-apa masalah

Anda boleh download borang A yang telah kami sediakan di bawah ini untuk memudahkan anda bawa terus ke BSN bagi renew SSM.

Renew SSM di BSN Borang A

Link download borang A SSM: Borang A Renew SSM

Panduan isi Borang A: Panduan Isi Borang A

Mudahkan cara untuk renew SSM di ban BSN ni. Tak sampai 30 minit pun boleh selesai. Jadi tiada masalah lagi untuk anda memulakan perniagaan walau dimana anda berada.

Baca juga

Leave a Comment