Contoh Bank Statement BSN Dan Cara Download Online

Bank statement BSN atau penyata kewangan adalah satu dokumen yang menyenaraikan segala urusan kewangan yang berlaku dengan akaun anda, samada akaun persendirian atau akaun syarikat.

Apa Itu Bank Statement BSN

Bank Statement BSN ialah penyata kewangan dari bank BSN di mana dalam bank statement tersebut akan terdapat jumlah amaun duit debit dan kredit beserta tarikhnya bagi akaun yang dibuka di Bank BSN.

Contohnya anda nak melihat gaji anda yang dimasukkan ke dalam Bank BSN samada dah masuk atau belum maka anda boleh melihat statement bank tanpa perlu bertanyakan pada finance syarikat.

Contoh Bank Statement BSN Persendirian

Bagi akaun persendirian atau orang perseorangan, berikut merupakan contoh bank statement BSN mereka

Contoh Bank Statement BSN Dan Cara Download Online

Dan sekiranya ada pihak yang meminta header bank BSN, maka anda perlu memberi gambar macam yang saya buat di atas. Jangan pula menutupi dengan watermark nama, alamat dan no akaun.

Rekod penyata disimpan di Perbankan Internet myBSN akan disimpan untuk rujukan sehingga 12 bulan (bulan semasa + 11 bulan sebelumnya).

Cara Semak Bank Statement BSN

Kami akan menerangkan pada anda cara untuk lihat dan semak bank statement secara online. Sila pastikan anda sudah mendaftar myBSN online banking terlebih dahulu.

  1. Layari laman web MyBSN di pautan https://www.mybsn.com.my/
  2. Masukkan Username
  3. Klik butang Login
  4. Sahkan Security Image
  5. Masukkan Password
  6. Klik Account Overview
  7. Klik E-Statement
  8. Klik Account Name
  9. Klik Transaction History
  10. Klik Print

Berikut pula cara semak kredit kad e-statement

bsn kredit kad statement
  1. Layari laman web myBSN Internet Banking
  2. Klik Account Overview
  3. Klik E-Statements
  4. Pilih Credit Card
  5. Pilih statement untuk bulan berapa
  6. Klik Download
download bsn kredit kad statement

Bank Statement Melalui Cawangan BSN

Selain dari mendapatkan bank statement secara online, anda juga boleh mendapatkan melalui kaunter bank BSN yang berdekatan. Sila bawa kad pengenalan, buku bank BSN sekiranya ada.

Sila ambil no giliran kemudian minta staff disana untuk mencetak penyata kewangan mengikut bulan yang anda kehendaki.

Contact

Jika anda hadapi sebarang masalah berkaitan bank statement sila hubungi customer services BSN di

Contact Centre BSN: 1300 88 1900
Dari oversea:  +603 2613 1900
Email: customercare@bsn.com.my

Bahagian khidmat pelanggan BSN bersedia menjawab segala permasalahan anda dari jam 8.00 pagi sehingga 10.00 malam. Selepas 10.00 malam, bahagian khidmat pelanggan hanya menerima masalah kehilangan kad atau kad dicuri serta penggunaan kad di luar negara sahaja.

Baca juga

Leave a Comment