Contoh Surat Tidak Rasmi Beserta Format dan Penulisan

Sebelum ni kita sudah belajar mengenai surat rasmi yang digunakan untuk tujuan yang rasmi. Sekarang kita belajar pula mengenai Surat Tidak Rasmi.

Surat kiriman tidak rasmi bersifat peribadi. Surat jenis ini biasanya merupakan surat yang ditulis kepada sahabat handai, sahabat pena, ibu bapa, saudara-mara dan sebagainya.

Surat Tidak Rasmi

Surat tidak rasmi ni kebiasaannya digunakan untuk tujuan yang tidak rasmi seperti

  • Bertanyakan khabar kepada saudara ataupun rakan
  • Mengucapkan takziah atas kematian
  • Mengucapkan tahniah atas sesuatu yang gembira
  • Memberi ucapan atau kata-kata nasihat ke atas seseorang

Dalam peperiksaan bahasa melayu biasa akan ada soalan mengenai surat tak rasmi ni. Jadi pelajar kena memahami apa yang perlu ada dalam surat.

Kebiasaannya surat tidak rasmi ni tiada format yang khusus malah ia berbeza dengan format surat rasmi. Antara format yang ada dalam surat kiriman tidak rasmi ini ialah

Format SuratPenerangan
Alamat PengirimAlamat pengirim diletakkan di sebalah atas bahagian kanan
TarikhLetakkan tarikh surat ditulis di bawah alamat tadi. Letak noktah dihujung tarikh tersebut
Pembuka kataLepas tarikh, selang sebaris untuk buat pembuka kata. Tulis dalam perenggan pertama
Kata Ganti NamaKebiasannya menggunakan kata ganti nama.
IsiIsi selepas perenggan pertama tadi dan menerangkan tujuan surat. Kebiasaannya dalam 2-3 perenggan
PenutupPastikan tulis penutup untuk menutup surat dengan tujuan mengakhiri surat tidak rasmi tersebut
TandatanganSurat kiriman tidak rasmi ditandatangan di sebelah bawah sekali dan belah kanan.

Kata Ganti Nama dalam Surat Tidak Rasmi

Dalam surat tak rasmi ni biasanya kata ganti nama digunakan sebagai pengganti nama penerima. Antara kata ganti nama yang digunakan dalam surat tidak rasmi penerima ialah

  • Ayah -> Ayahanda
  • Ibu -> Ibunda/ bonda
  • Datuk/Nenek -> Nenda
  • Anak -> Anakanda
  • Abang/Kakak -> Kakanda
  • Adik -> Adinda
  • Cucu -> Cucunda
  • Rakan Lelaki -> Saudara
  • Rakan Perempuan -> Saudari

Kata ganti nama ‘engkau’, ‘awak’, ‘kamu’, ‘anda’ dan ‘aku’ kurang sesuai digunakan. Para pelajar harus menggunakan ‘saudara/saudari’ dan ‘saya’ / nama.

Format Surat Kiriman Tidak Rasmi

Format Surat Kiriman Tidak Rasmi

Contoh-contoh pembukaan dan penutup yang sesuai

Pembukaan

  1. Ketika anakanda menulis warkah ini, anakanda berada dalam keadaan sihat sejahtera. Bagaimanakah keadaan bonda dan ayahanda sekarang? Anakanda berharap ayahanda dan bonda dalam keadaan sihat walafiat dan dapat menjalankan tugas seharian dengan baik.
  2. Apa khabar saudara/saudari? Saya percaya saudara berada dalam keadaan sihat, gembira dan bahagia seisi keluarga. Terlebih dahulu saya mengucapkan terima kasih atas surat saudara/saudari. Surat saudara/saudari selamat saya terima hari yang lalu. Sewaktu saya menulis surat ini, saya berada dalam keadaan sihat sejahtera.
  3. Apa khabar saudara/saudari sekarang? Harapan saya semoga saudara/saudara berada dalam keadaan sejahtera. Saya di sini sihat walafiat. Sekarang saya sibuk mengulang kaji pelajaran. Bagaimanakah pula dengan pelajaran saudara/saudari?

Penutup

  • Sebenarnya banyak lagi yang ingin saya tulis tetapi cukuplah untuk kali ini. Jika ada kesempatan saya akan menulis lagi.
  • Sekian sahaja warkah saya pada kali ini. Pada lain kesempatan saya akan menulis lagi. Salam kasih untuk ibu dan bapa saudara/saudari.
  • Sekian sahaja warkah adinda pada kali ini. Terimalah salam kasih daripada adinda untuk kakanda di
  • Sekian sahaja lembaran anakanda. Salam kasih sayang daripada anakanda untuk ayahanda sekeluarga.
  • Hingga di sini surat saya kali ini. Saya akhiri surat saya dengan ucapan terima kasih.

Contoh Surat Tidak Rasmi

Berikut merupakan contoh-contoh surat kiriman tidak rasmi yang boleh dijadikan panduan

  • Contoh surat 1

Contoh Soalan:

Ceritakan tentang beberapa tempat menarik yang sesuai untuk dikunjungi di Melaka kepada rakan anda.

contoh karangan surat tidak rasmi
  • Contoh surat 2

Contoh soalan:

Kamu baru sahaja menerima surat daripada rakan lama kamu yang btelah berpindah sekolah. Rakan kamu itu ingin mengetahui persiapan kamu menghadapi UPSR. Balas surat tersebut.

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai surat tak rasmi ini anda boleh menonton video berikut

Baca juga

Leave a Comment