Apa itu penyata kewangan atau account statement
Penyata kewangan (atau laporan kewangan) ialah rekod formal kegiatan-kegiatan kewangan sesebuah perniagaan, orang perseorangan, atau entiti-entiti yang lain.
Apa Itu Bank Statement
Penyata kewangan memberikan pandangan keseluruhan keadaan kewangan jangka pendek serta jangka panjang bagi sesuatu perniagaan atau orang perseorangan. Semua maklumat kewangan perusahaan perniagaan yang disampaikan dengan cara berstruktur dan dalam bentuk yang mudah difahami dikenali sebagai penyata kewangan.
Penyata akaun biasanya diperlukan untuk urusan rasmi pembelian berjumlah besar seperti pembelian rumah dan kereta kerana pihak bank yang memberikan pinjaman mahu memastikan beberapa perkara berikut.
Contohnya anda nak melihat gaji anda yang dimasukkan ke dalam Bank Maybank samada dah masuk atau belum maka anda boleh melihat statement bank.
Pentingnya Bank Statement
Bank statement adalah penyata kewangan yang paling penting sekali bagi
- Aliran duit keluar masuk
- Duit tunai yang anda miliki dalam akaun
- Penyata kewangan ini seterusnya akan memudahkan pihak bank untuk memastikan anda layak dapat loan atau tidak. Dapat loan full atau tak dan sebaliknya.
Penyata bank atau bank statement tidak kisah dari bank mana di malaysia ini sangat penting terutama ketika anda nak declare income tax ataupun nak mohon pinjaman perumahan.
Bagi mereka yang bekerja sendiri, penyata dari bank sangat penting sebagai bukti duit keluar masuk kepada LHDN seperti yang anda declare kepada mereka.
Manakala bagi mereka yang nak mohon pinjaman seperti pinjaman perumahan, kereta atau lain-lain pinjaman, penyata bank digunakan sebagai bukti duit keluar masuk kepada pihak bank.
Sebenarnya, boleh sahaja minta salinan penyata dengan pegawai yang bertugas. Tetapi ada caj yang kena bayar. Jadi cara mudah dia semua bank sudah ada sistem online untuk anda download terus di portal. Lagi mudah, senang dan menjimatkan masa. Meh admin kongsikan Cara Download Statement Bank Maybank secara online.
Cara Download Bank Statement Maybank
Cara termudah untuk mendapatkan account statement adalah secara online sahaja melalui portal Maybank2u anda. Disini admin kongsikan bagaimana Cara Download Statement Bank secara online.
Log masuk ke Maybank2u
Pada bahagian menu, pilih e-Bills & Statements
Pilih Statements
Pilih akaun mana dan tarikh untuk account statement tersebut
Statement anda pada tarikh tersebut akan dipaparkan. Klik pada butang “Dowload” untuk memuat turun penyata Maybank tersebut bagi simpanan anda.
Selesai
Baca juga