Contoh Bank Statement OCBC Bank Dan Cara Download Online

Bank statement OCBC atau penyata kewangan adalah satu dokumen yang menyenaraikan segala urusan kewangan yang berlaku dengan akaun anda, samada akaun persendirian atau akaun syarikat.

Apa Itu Bank Statement OCBC

Bank Statement OCBC ialah penyata kewangan dari bank OCBC di mana dalam bank statement tersebut akan terdapat jumlah amaun duit debit dan kredit beserta tarikhnya bagi akaun yang dibuka di Bank OCBC.

Contohnya anda nak melihat gaji anda yang dimasukkan ke dalam Bank OCBC samada dah masuk atau belum maka anda boleh melihat statement bank tanpa perlu bertanyakan pada finance syarikat.

Contoh Bank Statement OCBC Loan Rumah

Berikut merupakan contoh bank statement dari OCBC untuk loan rumah

Contoh Bank Statement OCBC loan rumah

Cara Semak Bank Statement OCBC

Kami akan menerangkan pada anda cara untuk lihat dan semak bank statement secara online. Sila passtikan anda telah mendaftar online banking OCBC terlebih dahulu. Anda boleh lihat e-Statements melalui OCBC Internet dan juga Mobile Banking.

OCBC Internet Banking

  • Log in akaun OCBC anda melalui OCBC Internet Banking.
  • Pergi ke Your accounts > View e-statements.
  • Click on the respective e-Statements for viewing.
  • Untuk melihat tahun lepas atau bulan lepas punya statement, sila pilih jenis akaun, tahun dan bulan dimana anda nak lihat penyata kewangan tersebut

OCBC Mobile Banking (Hanya untuk Flex Account Opening Sahaja)

  • Log in akaun OCBC anda melalui OCBC Malaysia Mobile Banking aplikasi.
  • Tap belah kiri bahagian Menu ‘=’ > e-Statement > View e-Statements.
  • Klik statement mana anda nak lihat
  • Untuk melihat tahun lepas atau bulan lepas punya statement, sila pilih jenis akaun, tahun dan bulan dimana anda nak lihat penyata kewangan tersebut
Baca Juga  Contoh Hadiah Untuk Kawan Lelaki Yang Terbaik Diberikan Pada Mereka

Perlu diingat yang anda hanya boleh lihat bank statement ocbc anda untuk 12 bulan teratas sahaja ye.

Cara Download OCBC Bank Statement

Anda juga boleh download bank statement anda secara online sahaja tanpa perlu pergi ke kaunter OCBC. Caranya

  • Layari laman web OCBC
  • Login username dan password OCBC anda
  • Pilih Your Accounts
  • Kemudian klik pula bahagian View E Staments
  • Anda kemudian pilih Select your e-statement dan pilih tarikh yang anda nak view
  • Bahagian bawah tu ada tempat untuk download e-statements anda
  • Klik sahaja kemudian statment bank ocbc anda bagi bulan yang anda pilih akan download dan save dalam komputer anda

Bank Statement Melalui Cawangan OCBC Bank

Selain dari mendapatkan bank statement secara online, anda juga boleh mendapatkan melalui kaunter bank OCBC yang berdekatan. Sila bawa kad pengenalan, buku bank OCBC sekiranya ada.

Sila ambil no giliran kemudian minta staff disana untuk mencetak penyata kewangan mengikut bulan yang anda kehendaki.

Contact

Sekiranya anda menghadapi masalah berkenaan akaun persendirian OCBC anda sila hubungi +603 8317 5000 untuk sebarang pertanyaan mengenai akaun anda dari jam 8.00 pagi sehingga 10.00 malam setiap hari.

Anda juga boleh ke cawangan OCBC yang berdekatan dengan anda juga.

Baca juga cara cetak

Leave a Comment

error: Content is protected !!