Bank Statement Bank Islam atau penyata kewangan Bank Islam merupakan satu penyata yang menunjukkan debit kredit atau apa jua transaksi yang berlaku dengan akaun anda, samada akaun persendirian atau akaun syarikat.
Apa Itu Bank Statement Bank Islam
Bank Statement Bank Islam ialah penyata kewangan yang menunjukkan segala detail transaksi dari bank Islam.
Dalam bank statement dari Bank Islam tersebut akan terdapat jumlah amaun duit debit dan kredit beserta tarikhnya bagi akaun yang dibuka di Bank Islam.
Contohnya anda nak melihat gaji anda yang dimasukkan ke dalam Bank Islam samada dah masuk atau belum maka anda boleh melihat statement bank.
Contoh Bank Statement Bank Islam Persendirian
Bagi akaun persendirian atau orang perseorangan, berikut merupakan contoh bank statement Bank Islam mereka
Dan sekiranya ada pihak yang meminta header bank akaunBank Islam anda, maka anda perlu memberi gambar macam yang saya buat di atas. Jangan pula menutupi dengan watermark nama, alamat dan no akaun.
Contoh Bank Statement Bank Islam Syarikat
Cara Semak Bank Statemet Bank Islam
Untuk mendapatkan penyata Bank Islam secara online, akaun perbankan internet online banking Bank Islam anda hendaklah diaktifkan terlebih dahulu.
Kemudian, ikuti langkah-langkah berikut:
- Log masuk akaun Bank Islam anda di https://www.bankislam.biz/
- Klik My Accounts
- Selepas pergi ke My Accounts, pergi ke E-Statement > Download
- Pilih Account yang ingin dilihat samada akaun persendirian atau akaun syarikat
- Pilih bulan penyata kewangan yang ingin disemak
- Klik buka untuk melihat penyata akaun
Cara Download Bank Islam Bank Statement
Untuk melihat bank statement ini komputer anda kenalah ada perisian Adobe Acrobat Reader atau apa jua pdf aplikasi. Jika masih belum ada, sila download terlebih dahulu. Cara untuk muat turun penyata bank secara online ialah
- Pilih E-Statement
- Pilih Download
- Pilih Account / Card dari dropdown list
- Tekan Submit
- Senarai E-Statement akaun akan diperlihatkan
- Pilih dan klik Statement Date untuk download E-Statement kepada komputer anda
- Window lain akan terbuka dan akan bertanyakan dekat mana anda nak save bank statement bank islam tersebut
- Pilih Open jika anda nak melihat di komputer anda
- Pilih Save dan ikut arahan selanjutnya jika anda nak simpan salinan E-Statement bank islam di dalam komputer sebagai rekod
Bank Statement Melalui Cawangan Bank Islam
Selain dari mendapatkan bank statement secara online, anda juga boleh mendapatkan melalui kaunter bank islam yang berdekatan. Sila bawa kad pengenalan, buku bank islam sekiranya ada.
Sila ambil no giliran kemudian minta staff disana untuk mencetak penyata kewangan mengikut bulan yang anda kehendaki.
Contact
Jika anda hadapi sebarang masalah berkaitan bank statement sila hubungi customer services Bank Islam di
03 26900 900
Bahagian khidmat pelanggan Bank Islam bersedia menjawab segala permasalahan anda 24 jam sehari, 7 hari seminggu
Baca juga cara cetak