Contoh Surat Perjanjian Sewa Kereta

Adakah anda sedang mencari kandungan penyewaan contoh surat perjanjian sewa kereta? Saya akan terangkan di artikel ini mengenai tujuan surat perjanjian, apa maklumat yang kena ada, contoh surat serta tips untuk penyewa kereta.

Servis sewa kereta di Malaysia semakin mendapat sambutan di khalayak orang ramai kerana mudah untuk bergerak ke destini yang diingini.

Contoh Surat Perjanjian Sewa kereta kenderaan

Dengan adanya servis kereta sewa pandu sendiri, pergerakan anda akan lebih fleksibel, cepat dan lebih jimat untuk perjalanan jauh berbanding sistem pengangkutan awam yang ada. Oleh itu, anda tidak perlu menunggu lama dan mengeluarkan kos yang banyak untuk ke mana sahaja dalam satu masa.

Ianya kerana pengangkutan awam seperti bas, komuter dan LRT terikat dengan jadual masa yang telah ditetapkan. Anda mungkin tak sempat untuk sampai ke destinasi yang ingin dituju dengan pantas, atau mungkin anda harus bersiap awal.

Bagi yang mempunyai kereta dan ingin menyewakan kepada orang lain, pastikan anda ada surat perjanjian sewa kereta terlebih dahulu.

Tujuan Surat Perjanjian Sewa Kereta

Tujuan Surat Perjanjian Sewa Kereta

Tujuan surat perjanjian ini adalah untuk memberikan kebenaran kepada pihak penyewa untuk menyewa kereta anda dalam tempoh tertentu.

Walaupun penyewa hanya menyewa dalam masa yang singkat, namun surat perjanjian perlu dibuat untuk mengelakkan kejadian tidak diingini seperti kemalangan, kecurian, kerosakan dan sebagainya terjadi.

Jadi pihak tuan kereta kena menyediakan surat perjanjian sewa kereta sebelum menyerahkan kereta tersebut.

Antara tujuan lain surat perjanjian ini ialah

  • Mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku terhadap kereta yang disewa.
  • Segala butiran terkandung mengenai tanggungjawab empunya kereta dan juga penyewa.
  • Identiti penyewa kereta terbabit dapat dikenal pasti terlebih dahulu

Maklumat Surat Perjanjian Sewa Kenderaan

Sebelum menyerahkan surat perjanjian sewa kereta, sila pastikan maklumat berikut ada dalam surat perjanjian itu. Antara maklumatnya ialah

  • Nama Tuan Kenderaan
  • Nama Penyewa
  • No Kad Pengenalan
  • Alamat Penyewa
  • Jenis dan Model kereta
  • No Pendaftaran Kereta
  • Tempoh Sewa
  • Kadar Sewa
  • Tanggungjawab Penyewa
  • Tanggungjawab Tuan Kereta

Contoh Surat Perjanjian Sewa Kereta

Berikut merupakan contoh surat perjanjian sewa kenderaan yang boleh dijadikan rujukan. Saya juga ada menyediakan link untuk anda muat turun.

  1. Contoh Surat Perjanjian 1
contoh surat perjanjian sewa kereta

Muat Turun Surat Perjanjian Sewa Kereta dalam bentuk PDF

Klik Sini Untuk Muat Turun

  1. Contoh Surat Perjanjian 2
Surat Perjanjian sewa kereta

Muat Turun Surat Perjanjian Sewa Kenderaan dalam bentuk PDF

Klik Sini Untuk Muat Turun

Tips Mencari Kereta Sewa

  1. Pilih Pengusaha Kereta Sewa Yang Ada ‘Track Record’
    • Langkah pertama dalam mencari servis kereta sewa ialah anda mestilah mencari beberapa syarikat kereta sewa untuk membuat perbandingan tawaran dan harga yang paling terbaik.
    • Pastikan anda tidak tertipu dengan sindiket penipuan yang menawarkan harga terlalu murah yang tidak masuk akal dalam pemasaran kereta sewa.
  2. Hubungi Dan Berikan Maklumat Penyewaan
    • Seterusnya, anda hubungi dan sahkan syarikat tersebut adalah syarikat yang anda pilih tadi. Tanyakan sama ada syarikat itu masih beroperasi.
  3. Dapatkan Harga Sewa
    • Anda boleh lihat harga kereta di laman web syarikat tersebut atau bertanya terus di panggilan telefon/ whatsapp untuk berbincang harga yang ditawarkan. Lebih baik jika anda meminta sedikit diskaun untuk mengurangkan kos perbelanjaan anda.
  4. Dapatkan Maklumat Caj-Caj Lain
    • Tips sewa kereta ini ramai yang terlepas pandang. Baca betul-betul ya!
    • Kebiasaanya ramai orang terus bersetuju mendapat kereta sewa tanpa menanyakan caj-caj yang akan dikenakan.
  5. Membayar Deposit Sewa Kereta
    • Setelah anda bersetuju dengan harga sewa dan caj-caj lain yang ada, tiba masa untuk buat bayaran deposit. Deposit sewa kereta adalah untuk sahkan anda memang berminat untuk menyewa kereta tersebut.
  6. Sediakan Dokumen Sewa Kereta
    • Anda diminta untuk sediakan dokumen-dokumen berikut dan diserahkan kepada pihak syarikat sewa kereta semasa mengambil kereta. Dokumen yang diperlukan untuk sewa kereta :
      • Salinan IC
      • Salinan Lesen Kereta
      • Salinan Bil Utility
      • Salinan Pelajar (Pelajar shj)
  7. Baca Dan Fahamkan Terma Dan Syarat Sewa Kereta Sebelum Tandatangan Agreement
    • Sebelum pengambilan kereta, anda akan diminta untuk tanda tangan Perjanjian Kereta Sewa.
  8. Periksa Keadaan Kereta Sebelum dan Selepas Sewa Kereta
    • Semasa pengambilan kereta sewa, anda hendaklah memeriksa keadaan kereta luar dan dalam sekiranya ada defect (kecacatan) seperti scratch, crack, kemek atau part yang hilang pada kereta. Maka, anda mestilah terus beritahu kepada petugas.

Soalan dan Jawapan Tentang Kereta Sewa

  1. Seandainya kereta disaman siapakah yang bertanggungjawab membayar?

    Penyewa bertanggungjawab sepenuhnya di atas setiap saman yang terhasil sepanjang tempoh penyewaan.

  2. Jika kereta rosak atau radiator panas penyewa kena buat apa?

    Sila hubungi tuan kereta dan anda akan diberi kenderaan baru

Kesimpulan

Surat sewa kenderaan adalah penting untuk dibuat sebelum penyewa menyewa kenderaan anda.

Terdapat pelbagai template surat perjanjian yang anda boleh gunakan sebagai kontrak sewa kenderaan anda.

sewa kereta surat

Untuk anda yang mempunyai kenderaan untuk disewa atau anda seorang penyewa yang memerlukan surat sewa kereta, boleh dapatkan template surat perjanjian sewa keretaini dengan link di bawah. Template contoh perjanjian sewa kereta ini akan memudahkan anda untuk menulis surat perjanjian mengikut format.

Baca juga

Leave a Comment