Anda kena ada online banking Bank Islam sebelum boleh semak bank statement Bank Islam.
Artikel kalini kami akan menerangkan cara untuk daftar online banking Bank Islam bagi memudahkan anda atau sesiapa yang ingin membuka online banking kemudian menyemak statement tanpa perlu lagi pergi ke kaunter.
Cara Daftar Akaun Bank Islam Online Banking
Untuk mendaftar internet banking Bank Islam, sila rujuk langkah berikut
- Layari laman web rasmi Bank Islam di url https://www.bankislam.biz
- Klik butang “FIRST TIME USER”.
- Baca terma dan syarat yang dipaparkan dan tandakan (/) dalam kotak kecil.
- Klik pada butang ATM/Debit Card.
- SIla masukkan nombor Kad ATM / Kad Debit 16 digit dan nombor pin ATM anda.
- Buat USER ID, Password dan lain-lain maklumat pada ruang yang disediakan.
- Semak semula maklumat yang dimasukk dan sahkan maklumat anda dengan mengklik “Confirm”;
- Anda akan menerima notifikasi setelah selesai mendaftar Bank Islam Online Banking.
Anda juga boleh layari youtube berikut untuk tutorial
Cara Daftar Aplikasi Mobile Bank Islam di GO Bank Islam
Bagi memudahkan pengguna Bank Islam sedia ada, Bank Islam juga menyediakan Mobile Apps yang boleh dimuat turun dari Google Play atau Apple Store.
Anda boleh menggunakan aplikasi GO Bank Islam dengan lebih mudah dan cepat.
Untuk mendaftar GO Bank Islam, anda boleh ikuti langkah berikut:
- Muat turun aplikasi GO Bank Islam samada di Google Play atau Apple Store
- Masukkan User ID dan password yang telah didaftarkan untuk internet banking tadi (rujuk cara di atas)
- Masukkan kod IAC yang diterima melalui telefon bimbit anda.
- Selesai mendaftar, anda boleh login semula menggunakan kata laluan yang telah didaftarkan atau mengaktifkan cap jari di telefon bimbit anda.
1 device hanya untuk 1 user ID sahaja. Sekiranya anda nak setup user id lain di device yang sama, sila deregister semula user ID tersebut di device yang sama.
Kemudahan Online Banking Bank Islam
Online banking islamic bank dapat memudahkan anda menjalankan pelbagai aktiviti seperti
- Check balance
- Transfer duit
- Top up kredit telefon bimbit
- Membayar pelbagai bil seperti elektrik, telefon, air dan insurans serta bil kad kredit melalui jompay
- Sedekah
- Pinjaman perumahan
- Tabung haji
Syarat Bank Islam Online Banking
Berikut merupakan syarat untuk buat akaun Bank Islam online banking
- Umur mestilah 18 tahun dan ke atas
- Ada akaun peribadi atau akaun semasa yang berdaftar
- Jenis akaun adalah pemilik tunggal
- Mempunyai kad debit atau kad ATM Bank Islam
- Mempunyai nombor pin ATM yang telah diaktifkan
Cara Menggunakan Bank Islam Internet Banking
Untuk membuat transaksi online atau menyemak bank statement, sila pastikan anda buat perkara berikut
- Sila login laman web bank islam di https://www.bankislam.biz
- Klik Internet Banking Login
- Masukkan User ID dan Password Anda
- Selesai
Semak Penyata Bank Islam
Selepas selesai mendaftar online banking, anda boleh menyemak penyata bank islam anda.
Layari Contoh Bank Statement Bank Islam Dan Cara Download Online untuk buat semakan penyata bank islam secara online.
Maklumat Lanjut
Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut,anda boleh hubungi melalui saluran berikut:
Laman Rasmi Bank Islam : https://www.bankislam.biz/
Phone No: +60326900900