Cara Email Resume Yang Betul Sebagai Panduan

Ada cara yang betul untuk email resume bagi mohon pekerjaan. Bukan main email je tau.

Tahukah anda antara punca 367,000 orang masih GAGAL MENDAPAT KERJA adalah kerana tidak tahu menghantar resume yang memikat majikan.

rESUME TERBAIK BAHASA MELAYU INGGERIS

Ramai orang fikir mereka ‘boleh’ menyediakan resume mereka sendiri. Buat resume, bukannya susah pun pada fikiran mereka. Memang benar buat resume tak susah, tapi adakah resume anda itu akan membantu anda mendapatkan pekerjaan yang bakal anda minta?

rahsia resume kerja
tips resume kerja

Apa Itu Email

E-mail merupakan singkatan dari Elektronic Mail yang bererti surat menyurat dalam Internet. E-mail banyak digunakan kerana alasan mudah dikirim dan cepat sampai tujuan. E-mail tidak memerlukan kertas, melainkan cukup melalui keyboard dan dalam hitungan detik setelah dikirim, surat akan sampai tujuan meskipun jarak penerima mencapai ribuan kilometer, tanpa batasan ruang dan waktu.

E-mail merupakan salah satu fasilitas dari Internet yang paling sering digunakan dan paling popular. Setidaknya setiap orang yang mengakses Internet, mereka pasti tidak lupa memeriksa kotak masuk (inbox) dalam e-mailnya, kerana hanya inilah caranya pengiriman surat yang paling murah di dunia.

Pantang Larang dan Kesalahan permohonan melalui email

Ada beberapa perkara yang anda perlu elakkan untuk memohon pekerjaan menerusi email antaranya

1. Jangan hantar email tanpa format dan perenggan yang kemas – kandungan email perlulah mengandungi perenggan dan susunan yang jelas .
2. Jangan hantar sesuka hati tanpa mengikut format yang diberi. ( jika ada )
3. Jangan terus attach contoh resume atau file ke alamat email yang diberi. Kadangkala ada pemohon yang tidak menulis apapun kandungan attach. Kadangkala majikan tidak membuka file yang diattach.
4. Jika diarahkan menghatar resume online, anda boleh attach tetapi email tersebut perlu juga mengandungi ayat berbentuk surat menyatakan hasrat anda memohon pekerjaan.
5. Ayat menyatakan sebab dalam email telah dinyatakan tetapi lupa memaklumkan resume yang di attach.
6. Jangan merayu dalam email, tunjukkan kematangan anda terutama jika ia pertama kali anda menghantar email kepada pencari kerja.
7. Jangan hantar file atau gambar-gambar yang bersaiz terlalu besar dalam email.

Tips Mohon Kerja Melalui Email

Ada beberapa perkara yang perlu anda lakukan untuk memungkinkan anda mendapat pekerjaan jika memohon menggunakan email :

  • 1. Menghantar email berformat surat memohon
  • 2. Menyatakan dengan jelas nama anda, tujuan anda dan maklumat penting lain yang diminta
  • 3. Maklumat disertakan dengan jelas secara perenggan
  • 4. Dimulakan dan diakhiri dengan ucapan yang profesional dan matang

Contoh Email Resume Mohon Kerja

Terdapat beberapa contoh permohonan kerja melalui email yang mungkin boleh anda perhatikan. Cara olahan dan susunan maklumat adalah tersusun dan nampak lebih profesional.

Email Resume Mohon Kerja
Contoh Permohonan Kerja Melalui Email
Contoh Permohonan Kerja Melalui Email
Contoh Permohonan Kerja Melalui Email

Join telegram kami: Contoh.My

Leave a Comment