Lagu Negeri Selangor Beserta Lirik, Audio dan Video

Lagu negeri Selangor tidak asing lagi bagi mereka yang pernah bersekolah di dalam Negeri Selangor.

Lagu ini kebiasaannya dinyanyikan ketika sesi perhimpunan mahupun sambutan yang berkaitan dengan sekolah ataupun Negeri selangor.

Jadi bagi para pelajar yang pernah bersekolah di Selangor semestinya sudah menghafal lagu ini.

Sejarah Lagu Negeri Selangor

Dalam mesyuarat Dewan Diraja Selangor pada 26 November 1963, DYMM Sultan Salehuddin Abdul Aziz berpendapat bahawa Selangor memerlukan lagu kebangsaan baru, dan ia harus sesuai dengan keadaan dan aspirasi rakyat.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohammad Sulaiman telah meminta Saiful Bahri yang merupakan Pengarah Muzik Filem Negara Malaysia pada ketika itu untuk mengubahnya. Hasilnya lagu gubahan beliau iaitu ‘Duli Yang Maha Mulia’ telah dipersetujui untuk diterima sebagai lagu Kebangsaan Negeri Selangor hingga ke hari ini.

Pada 16 Februari 1967, Majlis Mesyuarat Kerajaan Selangor telah bersetuju Lagu ‘Duli Yang Maha Mulia’ sebagai Lagu Kebangsaan Negeri Selangor yang baharu.

Majlis Mesyuarat Dewan Di Raja bersama-sama DYMM Sultan Salehuddin Abdul Aziz Shah Ibni Almarhum Sultan Hishamuddin Shah pada 20 Februari, 1967 telah menerima dan merasmikan lagu yang digubah dan disusun oleh Saiful Bahari ini pada 8 Mac 1967.

Tajuk Lagu

“Duli Yang Maha Mulia” adalah tajuk lagu Negeri Selangor yang mula digunakan sebagai Lagu Kebangsaan Negeri Selangor yang baharu pada 1967.

Lirik Lagu Negeri Selangor

Lagu negeri Selangor yang pertama digubah pada tahun 1908, tafsiran semula lagu rakyat Chantek Manis oleh Daniel Ortego. Liriknya adalah

Allah selamatkan Duli Yang Maha Mulia,
Kekal dan selamat di-atas Takhta,
Panjangkan umur dan aman sentosa,
Adil mewah murah memerintah rata,
Daulat!

Kemudian pada 16 Februari 1967 barulah lirik lagu negeri Selangor di ubah kepada

Lirik Lagu Negeri Selangor

Duli Yang Maha Mulia
Selamat di atas takhta
Allah lanjutkan usia Tuanku
Rakyat mohon restu bawah Duli Tuanku
Bahagia selama-lamanya
Aman dan sentosa
Duli Yang Maha Mulia

dan dijadikan sebagai Lagu Kebangsaan Negeri Selangor yang baharu.

Lagu Negeri Selangor

Berikut merupakan video lagu negeri Selangor dengan audio dan lirik

https://youtu.be/dnRnSm41Qi4?si=fgDI8rpsag1BpNHJ

Audio Minus One

Anda juga boleh memuat turun audio minus one rasmi lagu ini melalui pautan di bawah

Leave a Comment