8 Restoran Ikan Patin Masak Tempoyak di Shah Alam Yang Sedap Dan Terbaik

Mencari-cari kedai patin tempoyak Shah Alam? Kalau nak tahu dekat Shah Alam pun ada kedai patin tempoyak tau. Ada dibawa khas ikan patinnya dari Temerloh supaya pelanggan dapat merasa masakan tempoyak menggunakan patin asli dari Sungai Pahang ini.

Walaupun tidak dapat melawan keenakan restoran patin tempoyak Temerloh tapi sesuai untuk pekena bagi yang jauh ataupun tiada masa untuk ke Temerloh.

Bagi yang dah baca tentang 15 resepi ikan patin yang boleh dicuba untuk masak sendiri tu tapi masih tidak berkesempatan nak masak, apakata baca tentang senarai restoran ikan patin tempoyak Shah Alam yang sedap dan terbaik untuk di makan.

Senarai Restoran Ikan Patin Tempoyak Shah Alam

Artikel kalini kami akan kongsikan restoran yang sedap menghidangkan patin tempoyak di Temerloh yang mendapat review tinggi dari kalangan yang pernah makan. Jom kita

Kedai Patin Tempoyak Dapur Mokde Subang

Patin Tempoyak Dapur Mokde Subang

Bukan aje masakan patin tempoyak ada di kedai ni, patin asam pedas, masakan ikan baung pun ada. Malah patin liar, patin buah, udang galah pun ada juga. DIbawa khas dari Sungai Pahang.

Alamat: 5, Jalan Lapangan Terbang Subang, U 5, 40150 Shah Alam, Selangor, Shah Alam
No Telefon: 0162796885
Waze / Google Map: Patin Tempoyak Dapur Mokde Subang

Restoran Temerloh Catering

Restoran Temerloh Catering

Antara kedai patin tempoyak Shah ALam yang paling top. Aroma keenakan isi IKAN PATIN segar dengan ramuan TEMPOYAK DURIAN yang seimbang dengan rasa MASAM, MANIS, MASIN dan PEDASnya menjadikan yang akan menerjah lidah dan mulut anda menjadikan LUNCH anda hari ni lebih sempurna dari hari-hari lain.

Alamat: CAWANGAN SHAH ALAM, 2-G, Jalan Pahat J 15/J, Dataran Otomobil, Seksyen 15, 40000 Shah Alam
No Telefon: 011-1789 6397
Waze / Google Map: Restoran Temerloh Catering

Restoren Dapor Che Lah

Ikan Patin Masak Tempoyak shah alam

Selain patin masak tempoyak, disini juga ada menawarkan masakan kampung yang sedap dan asli, seperti masakan ibu anda. Memang rugi kalau korang tak datang makan dekat sini, harga berbaloi dengan portion yang diberikan

Alamat: 84, Jalan Lawan Pedang 13/27 Seksyen 13 Shah Alam
No Telefon: 011-1069 7860
Waze / Google Map: Restoren Dapor Che Lah

Restoran Planet Patin

Restoran Planet Patin shah alam

Resotaran ni penuh dgn pelbagai menu patin, Patin Tempoyak ( wajib ) Patin Goreng ( awesome ) Patin Stim, Patin Masak kicap pun ada. Selain menu patin, ayam, udang, keli, siput & masak lemak telor itik pun ada (sedap wei). Rasa kelemakannya terserlah.

Alamat: 14, Jalan Balapan 13/32, Tadisma Business Park, Seksyen 13, 40100 Shah Alam
No Telefon: 018-205 3626
Waze / Google Map: Restoran Planet Patin

Chor RZ Restoran dan Katering

Set Tempoyak Patin shah alam

Chor RZ adalah restoran yang menyediakan menu Masakan Kampung Melayu dalam bentuk Set Talam. Masakan melayu kampung dalam bentuk set talam seperti Set Gulai Lemak Daging Petangni, Set Patin Tempoyak Shah Alam, Set Kari Bawal dan Set Asam Pedas Ikan.

Alamat: PT140583-B Jalan Bani BT 7 Off Jalan Kebun 42450 Shah Alam
No Telefon: 018-380 1081
Waze / Google Map: Chor RZ Restoran dan Katering

Restoran Patin Sedap Meletop

Restoran Patin Sedap Meletop

Kalau anda penggemar patin tempoyak pahang, dan tinggal di sekitar lembah kelang, restoran ini sangat sesuai untuk memuaskan selera anda. Selain patin tempoyak, masakan kampungnya yang lain juga SEDAP MELETOP!

Alamat: No 59 Jalan Pelabur B 23/B , 40300 Shah Alam Selangor Darul Ehsan. 40300 Shah Alam
No Telefon: 019-295 0996
Waze / Google Map: Restoran Patin Sedap Meletop

Restoran Selera Kampung Kite

Selera Kampung Kite patin tempoyak

Alamat: No 27 G, Jalan Setia Perdana BE, U13/BE,Seksyen U13 Setia Alam Shah Alam
No Telefon: 011-3709 6274
Waze / Google Map: Selera Kampung Kite

Restoran Temerloh Kitchen Signature

patin tempoyak Temerloh Kitchen Signature

Antara review dari pelanggan “Best tempoyak ikan patin dia, even lauk-lauk lain pun sedap. Datang sini wajib dua lauk ni – tempoyak ikan patin & ikan perkasam dia. Tak pernah disappointed kalau lunch dekat sini. Repeat kali ke5 dah, hasil racun dari officemate.”

Alamat: No 86 jalan kolam renang 13/26, 40100 Shah Alam
No Telefon: 03-5524 3726
Waze / Google Map: Temerloh Kitchen Signature

Akhir Kata

Kalau pembaca ada lagi kedai patin tempoyak di Shah Alam yang sedap, mohon tinggalkan komen diruangan komen ye untuk kami masukkan dalam artikel kami ini.

Leave a Comment