Antara Contoh Resume Kerja 2024 Yang Membawa Kepada Temuduga

Ada banyak cara untuk membuat contoh resume kerja bagi memohon pekerjaan. Sekiranya anda taknak buat resume sendiri dan nak download aje template resume bahasa melayu yang boleh edit, boleh terus ke Contoh Resume Bahasa Melayu yang kami telah sediakan ini.

Tahukah anda antara punca 367,000 orang masih GAGAL MENDAPAT KERJA adalah kerana tidak tahu menghantar resume yang memikat majikan.

rESUME TERBAIK BAHASA MELAYU INGGERIS

Ramai orang fikir mereka ‘boleh’ menyediakan resume mereka sendiri. Buat resume, bukannya susah pun pada fikiran mereka. Memang benar buat resume tak susah, tapi adakah resume anda itu akan membantu anda mendapatkan pekerjaan yang bakal anda minta?

rahsia resume kerja
tips resume kerja

Apa Itu Resume

Resume adalah sejenis dokumen yang menggariskan beberapa perkara tentang anda seperti pengalaman kerja, pelajaran, skill dan lain-lain.

Resume sepatutnya ringkas dan tersusun supaya ia mudah dibaca oleh penemuduga. Isi kandungan resume biasanya ada pengalaman anda yang berkaitan dengan temuduga anda serta apa skill dan juga kekuatan anda dan ia mesti berkaitan dengan kerja yang anda hendak temuduga.

Amatlah penting untuk sentiasa update resume anda mengikut keperluan supaya ia memudahkan anda di kemudian hari jika nak apply kerja lain.

Contoh Resume Kerja

Berikut merupakan antara contoh resume kerja yang akan menyebabkan anda dipanggil temuduga. Kami ada bagitahu sebab apa resume ini adalah resume kerja yang terbaik di Contoh Resume Terbaik 2023 Untuk Fresh Graduate Dapat Kerja

Panduan Membuat Resume Kerja

resume kerja kerajaan

Sebelum anda download template resume yang diberikan, ingin kami kongsikan beberapa tips dan panduan penting yang perlu anda tahu untuk membuat contoh resume terbaik serta nampak catchy bila majikan anda tengok.

Tips dan Format Resume Kerja Terbaik

format cara buat resume

Untuk membuat sesuatu resume pastikan anda ikut tips dan format yang kami berikan ini. Ini kerana format resume berikut adalah yang terbaik, menarik dan memudahkan syarikat serta para penemuduga anda.

Berikut adalah antara contoh format cara membuat resume yang terbaik, serta 6 tips membuat contoh resume bahasa melayu terbaik yang simple dan ringkas untuk para pembaca kami.

FormatPenerangan
Template ResumeMemudahkan Syarikat Baca Resume
FontFont Kena Jelas dan Terang
Bilangan Mukasurat1-3 Muka Surat
Maklumat DiriMaklumat yang Sesuai
Semak EjaanJangan Ada Kesalahan Ejaan

1. Template Resume
Pilih template resume yang terbaik, nampak simple dan clean. Ini memudahkan syarikat tersebut untuk membaca resume anda.

2. Font
Pastikan anda memilih tulisan atau font yang jelas dan senang dibaca. Jangan font yang pelik nanti syarikat tersebut pandang pelik. Pastikan font standrad sahaja.

3. Bilangan Mukasurat
Resume yang baik adalah 1-3 mukasurat sahaja dan sebaik-baiknya 2 mukasurat. Pastikan anda menulis maklumat secara ringkas dan padat dalam resume.

4. Maklumat Diri
Masukkan maklumat diri yang berkenaan dan bersesuaian dengan kerja yang akan anda pohon seperti pengalaman kerja dan kemahiran anda.

5. Semak Ejaan
Semak kembali ejaan dan typo untuk mengelakkan sebarang kesilapan dan maklumat yang anda berikan adalah betul.

10 cara penulisan contoh resume Kerja terbaik

Selain itu berikut adalah tambahan 10 cara penulisan resume yang betul

1. Menyertakan objektif karier yang jelas dan spesifik.
2. Memilih format yang bersih, mudah dibaca, dan menarik.
3. Menggunakan kata kerja kuat untuk menjelaskan kejayaan dan hasil yang dicapai.
4. Menekankan kemahiran yang berkaitan dengan kerja yang dipohon.
5. Menunjukkan bagaimana kebolehan dan pengalaman berkaitan dengan keperluan pekerjaan.
6. Mencantumkan kelayakan dan pendidikan yang relevan.
7. Menunjukkan pengalaman kerja yang relevan dengan kerja yang dipohon.
8. Menyebutkan sumber rujukan atau testimonial jika ada.
9. Memastikan resume diperiksa dan disunting dengan teliti sebelum dihantar.
10. Menyesuaikan resume dengan keperluan kerja yang dipohon.

Senarai Kesalahan Resume Kerja

Berikut adalah senarai 10 Kesalahan yang biasa pencari kerja buat dalam Resume:

1. Tidak menyebutkan objektif karier yang jelas atau terlalu umum.
2. Terlalu panjang atau terlalu pendek.
3. Tidak menunjukkan hasil atau pencapaian yang spesifik.
4. Terlalu fokus pada tugas-tugas dan bukan kejayaan.
5. Tidak memadankan kemahiran dengan keperluan pekerjaan.
6. Terlalu banyak menggunakan kata-kata klise atau frasa kosong.
7. Tidak menunjukkan kebolehan untuk beradaptasi atau belajar.
8. Tidak memberikan butiran mengenai latihan atau pendidikan yang relevan.
9. Tidak menyelaraskan maklumat dalam resume dengan profil media sosial atau laman web profesional.
10. Terlalu banyak maklumat peribadi yang tidak relevan dengan kerja.

Sekejap. Baca juga: Contoh Soalan Temuduga Kerja Yang Sering Ditanya

Bila dah ada resume tu, boleh la apply kerja. Ni admin ada sediakan beberapa laman web cari kerja untuk anda yang sedang mencari kerja pertama kali atau untuk lepasan SPM. Terdapat beberapa website mencari kerja tersebut. Ada yang dari syarikat swasta dan ada juga dari kerajaan.

Mohon sebanyak mungkin kerana anda sedang berlawan dengan ramai pencari kerja diluar sana. Jadi untuk 1st impression apabila mendapat panggilan interview adalah resume anda. Semoga bermanfaat.

Jemput baca: 13 Laman Web Terbaik Untuk Cari Kerja Kosong

Jika anda merasakan perkongsian penulisan artikel contoh membuat resume terbaik ini membantu anda, diharapkan anda berkongsi artikel ini dengan rakan-rakan dan kenalan anda yang lain. Biar sama-sama kita semua mendapat manfaat daripadanya.

Contoh resume mana yang menjadi pilihan anda untuk apply kerja? Kalau admin yang no 2, resume dalam Bahasa Inggeris.

Rahsia Cara Buat Resume Kerja yang Terbaik

Berikut adalah 10 rahsia dan cara buat untuk menghasilkan resume kerja yang terbaik:

  • 1. Fokus pada kekuatan dan kebolehan diri sendiri yang berkaitan dengan kerja yang dipohon. Jangan sekadar senaraikan tugas yang dilakukan di tempat kerja terdahulu.
  • 2. Gunakan kata kerja kuat dan kosa kata yang berkaitan dengan industri dan pekerjaan yang dipohon. Ini akan membantu menonjolkan kebolehan dan kemahiran diri sendiri.
  • 3. Pastikan resume dipadankan dengan keperluan pekerjaan yang dipohon. Pelajari tentang pekerjaan yang dipohon dan cuba fahami keperluan yang dikehendaki majikan.
  • 4. Buat resume yang mudah dibaca dan mempunyai penekanan yang jelas pada hasil dan kejayaan yang dicapai. Ini akan membantu majikan memahami kebolehan dan pengalaman diri sendiri secara lebih cepat.
  • 5. Periksa dan sunting resume dengan teliti sebelum dihantar. Pastikan tidak ada kesilapan ejaan atau kesalahan fakta dalam resume.
  • 6. Sertakan butiran latihan dan pendidikan yang relevan dan diperolehi daripada institusi yang berakreditasi.
  • 7. Tambahkan rujukan atau testimonial dari majikan terdahulu yang boleh membuktikan prestasi dan kebolehan diri sendiri.
  • 8. Gunakan format resume yang menarik dan kemas untuk menonjolkan resume dari pesaing yang lain.
  • 9. Buat resume yang tepat panjangnya. Terlalu panjang akan membosankan, sementara terlalu pendek akan kekurangan maklumat penting.
  • 10. Terakhir, jangan mengecilkan kepentingan cover letter. Ia penting untuk menjelaskan mengapa kita berminat untuk memohon jawatan tersebut dan kebolehan diri sendiri yang berkaitan dengan jawatan tersebut.

Soalan Lazim & FAQ

1. Apa beza CV dan Resume?

Resume dibuat bertujuan untuk mendapatkan perhatian pihak yang mengambil pekerja manakala CV pula ditulis dengan memasukkan secara terperinci pengalaman pekerjaan anda dan pendidikan.

2. Apa itu contoh kemahiran/skills dalam resume?

Contoh kemahiran/skills yang boleh diletak dalam resume adalah seperti kemahiran soft skill iaitu penyelesaian masalah (problem solving), pemikiran kritis (critical thinking), fleksibel, kerja berpasukan, keteraturan (organized), kreativiti, kecerdasan emosi (emotional intelligence), bersikap teliti (detail oriented), bertanggungjawab, pengetahuan perisian dan aplikasi komputer.

Manakala kemahiran hard skill seperti pengetahuan perisian dan aplikasi komputer, analisis data, rundingan atau negosiasi, pengurusan projek, pemasaran, bahasa asing.

3. Bagaimanakah cara membuat resume yang menarik?

Untuk membuat resume yang menarik, pastikan bahawa resume anda ringkas, mudah dibaca, dan memaparkan kemahiran dan pengalaman yang sesuai dengan pekerjaan yang dipohon.

Gunakan bahasa yang jelas dan pastikan ia bebas dari kesilapan tatabahasa.

Anda juga boleh menambahkan butiran peribadi yang sedikit untuk menambahkan warna dan membuat resume anda menonjol.

4. Bagaimanakah anda menulis tentang diri anda dalam resume?

Untuk menjelaskan diri anda dalam resume, terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan. Anda boleh memaparkan kepakaran anda, seperti kemahiran teknikal atau pengalaman dalam bidang tertentu.

Anda juga boleh menekankan sifat peribadi yang positif, seperti sikap proaktif atau kebolehan berkomunikasi yang baik.

Pastikan bahawa anda memberikan butiran yang relevan dan padat untuk memastikan bahawa resume anda menarik perhatian majikan.

5. Apakah yang perlu ditulis dalam teks resume?

Dalam teks resume, anda perlu menulis tentang maklumat peribadi, pengalaman kerja, kelayakan akademik, kemahiran, dan pencapaian yang relevan dengan pekerjaan yang dipohon.

Contoh resume terbaik ini sesuai ke mohon apa jua kerja?

Ya. Contoh resume terbaik yang kami berikan boleh mohon apa jua kerja tak kisah kerajaan atau swasta

Leave a Comment